Monday, March 1, 2010

remis

hujung minggu sudah kami ngelencer ke pantai remis.hajat hati nak berpiknik. piknik sangat ler.pantai remis ni lebih kurang je dengan pantai di kampung.apa? tokyo? takk..pontian...heheheh (perasan la tu) tapi pantai di pontian kalau tak ditambak, harus tak boleh nak berkejar-kejaran di tepi pantai. ini disebabkan pantai pontian adalah pantai pokok bakau yang sebahagian daripada kawasan ramsar.

err...nampaknya entri saya dah lari tajuk ni....\^_^/

kami sampai dalam pukul 10.30a.m, di pantai sudah ada beberapa orang sedang mencari remis. pada saya, remis itu adalah anak2 lala yang sedap kalau ditumis letak cili dan bawang putih+sos tiram. mula2 tengok , lama2 cuba pulak cari. bersemangat betul konon...akhirnya dapatlah dikumpulkan 20-30 biji/ekor remis..hahah. habis peluh, kami balik dengan sekilo lala yang berkulit coklat gelap (yang ini beli ok!). katanya sedap digoreng berlada...memang sedap pun, manis rasanya. di hakodate pun tak de tuh! selain dari tu, 1kg mentarang pun kami beli untuk eksperimen rasa. sesiapa yang tak tahu tu, sila menuju ke kuala selangor, pasti anda menjumpainya. balik, kakak masak rendang yang tak berapa rendang sangatlah. ok, sedap, cuma rupabentuknya yang agak pelik, membuatkan saya cuma merasa seekor/sebiji je.

bila dah berjalan, keletihan, almaklumlah bertungkus lumus mencari remis ( kalau dah pergi pantai remis, mesti la kena cari remis kan, tak gitu?) hilang dah rancangan balik ke putrajaya......tsukaretaaaaaa

p/s: mahalnya kekabu kat kuala selangor?

1 comment:

JueHasrul said...

MENTARANG!!! sedap ohhhh~ sy suke... tp seekor mentarang colestrol tggi gler....org ad drh tggi xleh mkn w'pun sbiji,nnt teknn mgkin tinggi!!
( ini pengalamn sy ^_^)