Thursday, February 12, 2009

letih

sekarang ini, saban minggu pasti ada presentation. bila sudah begini, keletihan yang terasa mula mengingatkan yang diri bukan lagi sama seperti zaman belajar. kalau dulu boleh tak tidur 3 hari semata2 untuk menyiapkan projek, sekarang ini...huh...1 malam berjaga pun peningnya 2 hari tak hilang...ada yang cadangkan ambil vitamin itu dan ini, tapi saya ni agak kurang percaya pada makanan2 tambahan yang ada. saya lebih suka makan yang segar2 buah2an ke, sayur2an ke. tapi bila dah penat, makan pun dah tak ada selera.

kerja 1 hal, masalah pergi dan balik kerja pun 1 hal lain. minggu lepas saya dan orang2 senasib saya menunggu 1jam setengah di BNM akibat kerosakan sistem komuter 'kesayangan' kami ( sayang sangatlah tuuu..*_*) selepas hampir 30 minit menunggu trip yang sepatutnya, pengumuman dibuat dengan suara dari kotak suara yang sangat2 susah nak difahami. saya yakin pekerja KTM di stesen itu sendiri sedia maklum masalah ini, tetapi....dah katanya perkhidmatan awam di Malaysia....faham2 sendiri sudahlah (maaf kalau sinis betul bunyi ayat saya). Pengumuman menyatakan kerja2 pembaikkan akan mengambil masa 40minit. kami masih faham, namun selepas 40 minit, dengan suara, nada dan ayat yang sama ( saya syak itu rakaman) berkumandang lagi. sudahnya kami menunggu 1 jam setengah di situ. saya memang keletihan selepas presentation seharian ( sebenarnya proses menyediakan bahan presentation yang meletihkan!) ditambah lagi dengan masalah pegangkutan yang kami amat2 perlukan ini. kadang2 saya terfikir, jalan raya dibina beria-ia, tapi kami yang tak mampu memandu jauh atau memang tak punya kenderaan sendiri ini dibiarkan kesusahan terus. ermm...nampaknya yang susah semakin susah dan yang senang semakin senang!

Malaysia (Kuala Lumpur)


jepun (tokyo)

p/s: saja saya letakkan peta2 laluan keretapi& lrt ini untuk dibanding-bandingkan, ok memang kl tak boleh disamakan dengan tokyo, tokyo maju, orang ramai dan bla...bla..bla....kalau ada orang ktm yang membaca pun saya peduli apa!

7 comments:

rudy bluehikari said...

asuhara sama,

kenapa tak capai teksi jerk. jgn susahkan diri dalam keadaan kesialan pengangkutan malaysia ni.

sukalah lagu kat sini...nak mp3 dia boleh? sapa ek nyanyi..adakah kiroro?

asuhara sue said...

rudy-san:

kalau nak capai teksi maunya bepoluh den nak membayonya nnt..tu pun mengangkutan awam jugak kann?

lagu?bukan kiroro. nnt saya emailkan.

artakus said...

nampak je sistematik (konon!), tapi hempeh! hahahahaha.

nak lagu tu jugak! :p

asuhara sue said...

artakus:

betul! betul! betul! (kata upin&ipin)

Anonymous said...

sabar...sabar...selagi politician tak memikirkan masalah rakyat mcm ni la jadinya...kalau dah asyik fikir...." asalkan aku senang ok la..." ...hehee

asuhara sue said...

nashriza:

manusia kalau dah ada kuasa lupa pada yang Maha Kuasa.

Anonymous said...

dah kena tag...http://nashriza.wordpress.com/2009/02/12/umie-tagged-us/ so buatla ye..