Wednesday, December 3, 2008

puji:keji

semalam baru saja saya baca 1 berita tentang 'dia' yang sudah dibaiki bahagian2 yang rosak di Sentul sana. menurut orang yang bertanggungjawab lagi, dengan selesainya proses baikpulih di 'graveyard' di sentul itu maka 'dia' akan bekerja dengan lebih produktif. 'dia' akan bergerak sekerap mungkin dengan jarak 15 minit antara gerakannya.

semasa dalam perjalanan, saya memberi puji-pujian pada 'dia' di depan abang saya yang selalu mengutuk 'ketidakefisyenan' 'dia' ( walaupun adik dia ni perlukan si'dia' sangat2).

saya berkejar menunggu 'dia' di tempat biasa. jam di tangan memberitahu saya cuma ada seminit untuk sampai ke tempat itu sebagaimana biasa. bila tiba. 'dia' tak muncul2.

seminit.... (tak pe seminit jek lambat..)

5 minit.... (..isk..isk..mana le ni)

10minit ( sah le saya lambat sampai opis nih!)

15minit...( sah saya lambat 'punch card')

'dia' baru datang. tadi saya baru memuji-muji. sekarang saya rasa nak mengeji pulak. bila 'dia' datang dengan manusia-manusia yang pentingkan diri sendiri ( umpamanya, dia sajalah yang nak bekerja. kami cuma nak pegi jalan2, ronda KL...umangaihhhh...masuk le lagi ke tengah, onegaishimasssss! kami pun menjadi tulang belakang negara, menjana ekonomi negara, penyedia prasarana untuk rakyat!)


5 minit selepas 'dia' pergi, kawan 'sidia' menyusul. nah! kosongggg. saya duduk. namun hati masih kesal sebab tadi memuji-muji 'dia' di depan abang. abang saya yang sangat suka mengutuk 'dia' buat muka tak de perasaan mendengar puji-pujian saya. kalau saya ceritakan pada dia nanti, apa yang berlaku....harusss saya digelakkan!

"abang dah kataaa....."ayat biasa memperkasakan sebab 'ketidaksukaan' abang pada 'dia'.

saya sampai juga ke opis. Alhamdulillah. tapi jauh di sudut hati berkata;

"mengapa kau lukakan hatiku lagi , saat aku sedang berusaha menjadi orang yang tepat pada waktu? mengapa? mengapa KTMB?

p/s: salah ke kalau sesampainya saya di pejabat, kad saya sudah tercatat waktu sebelum hadirnya saya ke situ?isk..isk..isk...

9 comments:

Balqis said...

hai...

apo nak dikata....

huhu, pernah mengalaminya...

sabor yer~

Anonymous said...

Huh. Indah khabar dari rupa. Aku baru mengharapkan Malaysia punya kereta peluru sendiri. Tapi apakan daya. Yang selambap siput ini pun tak pulih-pulih lagi.

Huh~

Anonymous said...

Itulah antara nama 'Tanah Melayu' yang masih kekal di Tanah Melayu :)

Ops! Komen saya tiada kena mengena dengan cerita entri kamu. :)

artakus said...

nasib baik la opis ko masih pakai punch kad lagi! :p

malkomal said...

naik skoot skot je la asu..

asuhara sue said...

BalQis:
sabarr...terpaksa sabar, kerana saya betul2 perlukan kehadiran dia.
Tapi sampai bila?

SangPelangi:
Sementara kamu di sana itu fan, kau nikmati la densha/shinkansen yg sangat menepati masa tu. err..ada baiknya kamu bawak balik basikal kamu tu!

JP:
Ha ha..nama saja Tanah Melayu, tapi x de semangat orang melayu dulu2!

artakus:
masih nasib baik lagi kan?

eves2eves:
hu hu hu kamu mau aku berlumba dgn lori2 yg gaban2 kat jalan shah alam tu ke tul?

KAMATO said...

bila la agak nya si dia tu nak datang tepat macam mereka di japan

Atashi:- FID DESU said...

Assu, Biasa lah dah nama HAK KERJAAN terima aje lah HAKIKATnya.. kalu kat JEPUN tu lain lah semangat MALUnya tebal kat sini perkataan MALU aje yg di mengerti tp maksud nya TAK ... alamak mati kena bulun dgn org ni..

Anonymous said...

滿..........................