Tuesday, June 10, 2008

penang

Salam buat semua..
Sudah masuk hari ke-3 saya di kampus ini. Nun diseberang jambatan. Di atas bukit ini...bukan tanjung puteri OK...saya di verandah cafe sekarang ini, selepas menjamu selera...apa lagi iwak leleh berlada. Saya disini sebagai mengawasi pelajar-pelajar saya ke 20th Architectural Workshop di sini. Kami tiba agak lewat, malahan menjadi delegasi terakhir yang sampai pun.
Turun dari bas...betul-betul di hadapan School of HBP ini terus saja hati saya tergelincir pada kenangan silam, saat nakal menjadi pelajar, saat studio menjadi dunia kehidupan, saatnya digelar Hantu Balik Pagi.... semuanya terkenang dan tergambar...sorang-sorang junior yang masih ada tertinggal di school yang terkenal dengan Ali Setan ini menyapa saya.... tak sangka masih glamer jugak saya walau sudah sebelah tangan lamanya meninggalkan school yang terkenal dikampus ini ( ini lebih kepada ayat perasan la nih...ehehehe....).
Berhadapan dengan hampir 400 pelajar dari disiplin yang sama tetapi dari uni dan kolej yang berbeza sudah cukup menggegarkan dataran yang kami panggil TEMPLE. dalam pada menguruskan pelajar saya( sebenarnya saya lebih kepada monitor saja, biarkan saja mereka melakukan sendiri!ehehe) beberapa bekas pelajar di kolej lama menyapa saya..rata-rata menyambung pengajian mereka di uni swasta ternama Lim Kok Wing Uni. Tak mengapalah, saya dapat lihat perubahan dan kematangan dari wajah dan atitude mereka. dan saya sebenarnya rasa bangga kerana mereka masih mengigati saya dan menegur saya.
semalam sewaktu opening ceremony barulah saya berpeluang bertemu mata dengan lecturers saya...masih macam dulu ( 5 tahun sekarang ini tidak banyak yang dapat diubah atau berubah barangkali) kerana mereka masih lagi sama seperti waktu hari terakhir saya meninggalkan mereka. En. Wan yang penuh falsafah, Pak Ku yang sangat-sangat kakkoiii dan sporting, Mr. Yeoh yang begitu detail bila mengkritik, Pn. Wan Mariah yang semakin anggun dan Dr. Majid yang hebat bersilat. Semua masih manis dan saya masih gembira kerana mereka masih ingatkan saya walau tidak pada nama, tapi gambaran wajah saya masih jelas diingatan katanya. Honto ni arigato ghuzaimas!
p/s: menyaksikan semuanya dari perspektif yang berbeza ini membuatkan saya berkata : Jadi student lagi best!

5 comments:

musim bosan said...

eikk in penang ye kak.. wahh mesti best workshop budak2 arkitekk.. memacam hasil seni bleh lihat.. ekk ramai bebudak kolej lama stadi kat lim kok wing.. sape jek??

best ke jadik pelajar.. masa bukan waktu exam best la kot.. hehehe...

Simanis said...

beb,
ko gi USM? Hmm, aku baru blk from penang last weekend, tapi tak gi USM coz aku kat umah abg aku jek tgk akak ipar aku dpt baby baru.Last 2 months ada la gi usm, jumpa sugar daddy aku and pn. mariah! hehe...dorang still ingat kat aku lagi le. budak yg sokmo tukar course nih! ehhehe...

asuhara said...

musim bosan:
ehehe..ah ah la tul..erm sorang x-ypj tapi lupa la sapa nama dia,pompuan..sorang x-edi.

mmg best time tengah best jek...eheheh..

simanis:
aha aku kat sini la ciklin..lepak kat guest house.

nash said...

best ke jadik pelajar...saya ni nak cepat2 kerja balik...pressure nya lain...but tak nak balik cepat2 ke msia sbb minyak mahal...huhu

asuhara said...

nash:
pada saya waktu genting cuma waktu exam jek nash. yg lain2 tu saya harung dengan perasaan enjoy...minyak mahal?hahahha...jangan tak balik langsung dah la nash eh?