Tuesday, June 17, 2008

makeover

semester baru akan bermula hujung bulan ni. hampir semua tenaga pengajar sudah berkemas-kemas. Ada yang melakukan majoring makeover pada ruang kerja ( termasuk saya) sebagai motivasi pada diri sendiri ( ini pendapat saya). Yang bercuti sedang enak bercuti, yang berpindah ke lokasi baru sedang sibuk berpeluh mengemas. macam tulah keadaannya sejak 3 semester yang sudah-sudah semenjak wujudnya saya di sini.

saya juga sama: membuat makeover besar-besaran ( kalau boleh nak panggil debbie travis je rasanya...ha ha ha). Kemas punya kemas, saya terjumpa kad ini. sebenarnya ni kad raya tahun sudah! Gomen neh , pada sapa yang tak dapat balasan dari saya nun di JB tu ...wani, jimi, johny...kad ni terselit antara celahan nota-nota yang bertindih dalam rak saya tu.



sudah hampir 5-6 tahun saya tidak membeli kad, tak kisah lah kad hari raya ke, kad hari jadi ke, hari ibu atau kad-kad yang seumpamanya.... inilah masanya saya 'berkarya' ( bunyi macam artis la pulak ek) tapi walau se'simple' mana pun kad saya, saya puas jika orang yang menerimanya gembira. dan saya akan lebih cukup puas jika penerimanya menghargainya.

p/s: sonomama ( macam tu ler...)

13 comments:

KAKTINY said...

sesimple mana pun hasilnya tak kisah.. janji yang bagi tu ikhlas dan pasti yang menerimanya tersangatlah gembiranya..

salam kenal..

asuhara said...

kaktiny:
salam kenal juga.
thanks singgah di blog ni.
Yup, seikhlas mungkin si pemberi kad tu.

faisal said...

slm kenalan,

wah, samelah kita, sudah terlalu lama tak beli kad apa2..tapi ada gaklah buat kad seniri..:) lebih beri kepuasan even tak lawa..:)selamat mengajar dengan penuh semangat..:)

en_me said...

me dah lamer tak buat kad raya.. pakai internet email jer.. voleee kannns

Eridzhuan Zhaineo said...

Motivasi untuk diri sendiri...biasanya tempat baru dengan suasana baru memberikan banyak inspirasi dalam diri sendiri...tak pun just ubah apa-apa yang patut...

terrarosa said...

hey... buku LIPAS tu lawak arrr...
tak terasa langsung tunggu services keta 4 jam , dek kesungguhan nak habiskan buku tu hik..hik...hik...

p/s saya pun tak sabar nak make over kawasan meja tapi ada kerja tak siap lagi ni :P

terrarosa said...

opss komen ttg post diatas...
ehem2 saya ni memang tersangat rajin hantar kad raya...
kad birthday pulak ?? lebih ekonomi dari hadiah hikhikhik
kad hari Ibu ? siap tandatangan semua adik - beradik... cuma tahun ni jer... tak buat dek kehilangan adik tersayang tu...
InsyaAllah amalan tu tak akan putus dan pupus .
Yang Baik Akan berterusan !!

asuhara said...

faisal:
salam kenal jugak.
thanks atas doa. semoga jadi penternak cum businessman berjaya!
hidup jawa!

en_me:
pada saya kad maya ni kureengg sket la impact dia....tp yg penting kan ingatan kan?

eridzuan:
oh yup...saya setuju tu..

terra:
har har har...lawak ek kan.
teruskan...mcm yg sy katakan pd en_me, yg penting ingatan!

blackpurple @ jowopinter said...

Kad yang dibuat sendiri lebih dekat dan berjiwa. :)

manje said...

salam kenal...

betol tu... tak kira mcmane 'simple' pon kad ucapan tu dia tetap ada nilai sentimental nye tersendiri... dan buat penerimanye lebih dekat ngan kite dan rasa dihargai... :)

asuhara said...

bp:
oh ya...setuju sungguh dgn kamu kang!
pernah buat bg mbakyu nya ke?

manje:
salam kenal.
thanks singgah sini.
saya harap penerima kad2 saya semuanya begitu!

musim bosan said...

waaa teringat zaman kita buat kad sesama.. rindunya pada zaman itu.. really thank u for all the ideas, the paper and the help.. u r the best..

asuhara said...

hahahha...yup, kenangan di ktb..