Sunday, June 15, 2008

Haikei, Chichiue-sama



terkadang rindu yang terlalu memberat rasa
saat terkenang lelaki ini,
buat kolam mata pecah tebingnya
dan hadiah yang aku kirimkan
tiap waktu agar menjadi tanda kasih yang terhebat kau terima.

Haikei, Chichiue-sama,
jika hari ini katanya hari istimewa buat mu,
bukan bagiku,
untukku
hari yang dulu berlari bersamamu
biar jauh mana jaraknya kau dari ku
adalah yang terhebat aku rasakan.

Haikei, Chichiue-sama
nilai kesabaran mengalir dalam diri ini
adalah tanda darimu yang tak akan hilang
kesungguhan yang terpamer dulu
akan terus aku ikutkan.

Haikei, Chichiue-sama
salam hari yang memperingati jasamu.
bukan cuma hari ini
tapi setiap hari nafasku beralun

Otosan!( Abah)
arigato ghuzaimas! ( Thank you so much!)


p/s: Haikei, Chichiue-sama ( dear, father)

4 comments:

FID said...

Assu,

Boleh buat kelas bahasa Nihon ni ..

asuhara said...

kf:
ni-chan kalau nak tambah vocab boleh tgk kat link nash/orenojinse tu under my tomodachi tu.

kosong said...

otosan?

heheh teringat cerita drama2 dulu.
ada mahmud june jadi orang jepun.
pehtu anak dia jerit2 otosan.. otosan..!

ingatkan apa la makna otosan tu. rupanya ayah.
ehhehe

asuhara said...

kosong:
mueheheh ye ke..citer apa tu ek..
oklah tu, skang ah tau.