Monday, May 5, 2008

dia

dia bekas pelajar saya di kolej terdahulu tempat saya bekerja. dia pantas dan teratur bicaranya. Jarang sekali menunjukan muka yang tidak manis pada saya mahupun tenaga pengajar lain. dia bukanlah pelajar yang konsisten, tapi dia bijak mengurus keadaan. Alhamdulilah, dia dapat menyambung pengajiannya ke satu lagi peringkat. biarpun bukan kehendak dirinya 100%, tetapi dengan minat pada bidang yang berkaitan dengan pengajian yang diambil dulu, dia relakan permintaan keluarganya.

malam tadi dia menghubungi saya setelah saya menghantarkan pesanan ringkas bertanyakan tentang peperiksaannya. Awal-awal dialog dia sudah mengeluh. mengeluh bukan kerana beban tugasannya (kerana katanya tugasan yang saya beri dulu, lagi berlebih-lebih!), tapi kerana sikap pensyarahnya yang suka menggunakan kata-kata yang tidak elok, menyebut-nyebut nama haiwan yang menjadi berita hangat di selangor bulan sudah, perkataan-perkataan yang ada pada kamus 'dewan bahasa dan puaka' dan benda-benda yang tidak elok didengar. Katanya lagi, pensyarahnya itu, jika memungkiri janji sehingga ke tahap 'gaban' ( katanya). Dalam jadual kelas jam 2.00 petang, menghantar mesej ditunda ke jam 4.00 petang pada pukul 2.00 (jam yang sepatutnya kelas dimulakan) namun muncul pada saat-saat jarum jam lurus menunjukkan angka 6 dan 12.

saya cuma minta dia bertahan dan bersabar selagi mampu, kerana katanya hatinya sudah tidak ada lagi di institusi itu dek kerana sikap pensyarah itu. keluhannya membuatkan saya termenung, termenung dan merenung diri saya, adakah saya juga mungkin pernah begitu.

Namun sudah jadi amalan keluarga saya, sedari kecil, andai perkataan yang tidak indah keluar dari mulut, padahlah jawapannya. Emak memang tegas, sementelah sendirian menjaga kami 3 beradik kerana arwah abah bekerja di Singapura. Tapi sikap emak itulah yang membuatkan kami adik-beradik berhati-hati apabila mengeluarkan kata-kata. Terimakasih mak!

Kembali kepada cerita anak muda yang mula mengenal dunia ini, dia sudah menyuarakan hasrat untuk berhenti sebagaimana 10 orang teman sekuliahnya yang lain, akibat sikap pensyarah itu. Saya berpesan, andai itu jalan yang terbaik untuk dia membina kehidupan gemilangnya, saya doakan dia berjaya selagi jalan yang dipilih tidak dassen ( tergelincir) dari landasan.

p/s: Ganbatte miru yo yarerudake ,Ganbatte mite yo sukoshi dake (I'll try to do my best as much as I can. ( i want u too) try to do your best a little more.)

5 comments:

Atashi:- FID DESU said...

Asu,

Wa! puding pandan mintak sikit, terra mesti dpt rasa kan.. hem terasa lah puding nya...

hem! ssh nak ckp bdk2 skr ni tak bolh susah sikit sentiasa nak mengalah, nilah semangat yg patut di tekan kan di setiap budak2 yg masih belajar..

Kalu negara kita kaya mcm Jepun tu tak pe.. ni kita nak belari sendiri pun tak bolh.. so dgn pelajaran lah yg kita dapat bertapak ...... gambate neh.. Asu

Anonymous said...

mintak puding.. o puding

siapakah yang sudi menghantar puding ke sini?

eheheh

asuhara sue said...

Onni-chan:

entah dia rasa ke tak, sbb dia duduk BP 2.

Pasal student tu, saya kenal dia bukan mmg student manja ( dlm kenchiku field, kalau manja dah lama fail!)Cuma yang saya kesalkan pensyarahnya yang suka maki2 tak tentu hala. Pada saya, perkara mcm ni yg menjatuhkan standard dia pada mata student dia sendiri.

onni-chan, arigato! gambaruyo!


kosong:
sudi-sudikanlah menghantar alamat!
thanks jenguk blog ni!

rudy bluehikari said...

buku soljah tu kena beli terus drpd mereka. sbb sy cuma ada yg lipas jer..ehehe

Anonymous said...

chotto yorokobi, ade org melayu gak nak buat charity nie...

pls email me ur details to contact u for next activities. (napangku@yahoo.com)

or just visit IEM blog or join IEM yahoogroups for more info on activities.

http://theiemgns.blogspot.com/
http://tech.groups.yahoo.com/group/IEMYESAnnounce/

-napang-