Wednesday, March 19, 2008

Gila

saya dah gila sekarang...

bukan gila yang kena dapatkan rawatan di Hospital Permai atau Tanjung Rambutan, tapi gila yang boleh memercikkan peluh di dahi saya sendiri. Saya sudah mula (nasib baik baru bermula) membeli-belah ditalian (online shopping). Bermula dengan membeli beg sandang, kemudiannya buku, dan buku lagi dan yang hampir dibeli adalah pakaian. Iklan pakaian ini akan terpacul (pop-up) di monitor bilamana blog Rudy-san dibuka.
Maka saya yang gilakan barangan Jepun tanpa lengah melakukan survey!

Agak parah juga kerana sudah hampir cukup sebelah tangan barangan yang menjadi pilihan! cuma tinggal ditekan 1 lagi kotak untuk menjadikan barang-barang yang ada dalam monitor itu berada betul-betul di atas meja saya ini!di depan mata saya ini!

taskete kudasai!

p/s: salah satu buku yang telah saya T E R B E L I !
-FREE STYLE by SATOSHI OHNO



2 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Saya dah betul-betul faham. Kamu di Japang rupanya. :D

asuhara said...

BP@Jp

ekkkk ( ini bunyik buzzer yg keluar kalau salah jawapan diberi)

saya kat M'sia ni, cuma merantau jauh sikit ke negeri kelahiran bulan yang berwarna hijau.

:)