Tuesday, March 25, 2008

Bengkel

Saya diberi tugas sepenuhnya oleh Ketua Fakulti untuk menyelaras delegasi kolej kami ke 20th Architectural Workshop yang akan diadakan di tempat saya mendaki puncak mencipta sejarah diri saya(ini tidak ada kena mengena dengan AF!).

Sebenarnya Workshop ini betul-betul sebati dengan kematangan diri saya. Tahun pertama mengaji di lokasi penggambaran Ali Setan ini, kampus itu telah menjadi lokasi workshop yang mengembara tema 1, 2, 3...universe. Ketika ini satu deklarasi senibna telah ditandatangani oleh semua wakil delegasi. Deklarasi yang dinamakan Deklarasi Pulau Pinang yang telah kami alunkan menjadi lagu dan berbunyi:

Kami pelajar2 senibina seMalaysia sebagai warga komuniti arkitektur dunia, penuh hemah dan kesedaran, dengan ini menyatakan:

1. bahawa arkitektur adalah milik manusia dan kami mencipta untuk kesejahteraan mereka seluruhnya;

2. bahawa bumi adalah tapak yang diamanahkan kepada kami menempatkan hasil kami untuk diwarisi generasi akan datang;

3. bahawa alam adalah sumber peraturan yang sentiasa kami halusi untuk mencapai kesinambungan dan keseimbangan ciptaan kami;

4. bahawa ilmu adalah alat utama dalam segala bentuk penghasilan ini;

5. demi Pengatur sekelian Alam, ciptaan kami hanyalah untukNya;

6. Dirgahayu arkitekturku.


Kemudiannya pada tahun akhir pengajian saya, selepas habis tesis dipersembahkan, kami bertungkus-lumus pula untuk menjayakan workshop terakhir kami sebagai pelajar. Ironinya, ia diadakan di kampus kami juga, yang berbukit-bukau bentuk muka buminya.

5 tahun pengalaman melombong ilmu di situ amat sangat saya hargai. Andai ia sebuah elemen yang boleh dilihat, dipegang dan dirasai, pastinya jika berlaku bencana, ia adalah antara barang yang akan saya selamatkan! Tahun akhir pengajian kami gerakkan workshop yang bertema Convergence yang penuh dengan aksi mendebarkan seperti Con-Dome, Conviction dan macam-macam con lagi lah!

Kali ini saya datang lagi untuk membiarkan pelajar saya pula merasai apa yang pernah saya rasai ( itupun kalau paperwork diluluskan Boss! -_*)

Gambare!

7 comments:

fid said...

yoroshiku onegaishimasu.......

asuhara said...

Fid

:), ;)

p/s:dah tengok Security Police-Okada Juinichi?

fid said...

asuhara,

suka ati,, kat sini susah nak cari drama jepun, KF lebih suka tgk drama yg di act oleh Kimura Takuya & Tomoko Matsu..
Actually KF punya nihon jin tak berapa bagus, tp mandrin terror...

Aliff said...

konachiwa, asuhara..
asuhara ni sensei jugaklah kat USM kan? hehe satu kepalalah kita kaki drama jepun dan anime. beli cite kat Kota Raya, Sungei Wang KL belambak.. okey ja ne..

asuhara said...

aliff:

sy bukan sensei di USM di kolej shj. belum layak nak jd sensei kat usm nun. Alumni USM jek!

Sekepala ek, best ni...ada kawan!
yoroshiku onegaishimassss

terrarosa said...

haa...ha... at last jumpa gak kf gan peminat hero2 mata sepet kat sini... kalau both of you mengumpat saya , komfem saya tak tahu sepatah haram pom
haa..ha..ha...

rin hane koma :D

p/s asu , kalau perlukan pertolongan tuk buat paper work atau ajk kecik... insyaAllah saya boleh tolong.

asuhara said...

terra:

eheheh...tu la pasal..

bagos nih, arigato na terra-chan!