Friday, February 25, 2011

percayalah!

Percayalah saya dah angau!

nampak kapal terbang, hati bergetar....
nampak jualan murah tiket2, saya menggeletar....
mimpi selalu di tempat indah2....
nasib baik hari2 naik ERL...(^.^)


adoi aiiii nak kena jalan2 ke niiiiiiii........hahahha alasan klise! m(. .)m

p/s: ada sesiapa bermurah hati nak sponsor? err..tauke kedai misalnya?

Thursday, February 17, 2011

p r e - D E B U T

saya bercadang untuk DEBUT kedai atas talian saya J O U R N A L B E N A N G pada awal Mac ini, jadi sepanjang 18-28 Februari 2011 ini saya akan mengadakan pre- DEBUT sale. semua item yang disenaraikan akan diberi diskaun sebanyak 20%! yay~ \(^O^)/

kedai atas talian saya ini adalah kesinambungan dari passion saya pada jahitan khususnya pembuatan beg. Insya Allah, DEBUT saya nanti akan saya tunjukan beg hasil idea saya! doakan ya minna.

p/s:
kimi no eranda MICHI wa KOKO de yokatta no ka?
nante wakaranai kedo... -Ai Uta : Greeeen

Thursday, February 10, 2011

tertangguh

ini adalah tempahan paling awalllll yang saya dapat waktu saya mula2 berperasaan bahawa menjahit itu dapat menghilangkan stress dan meluahkan idea2 untuk berkarya. ecewahhh...
tapi tadi malam baru saya dapat menyiapkan beg yang fungsinya untuk membawa botol air ke pejabat.

lia, gomen ne~

nah!


p/s:
tiada yang lebih gembira dari menggembirakan! have a nice day!
ずっとずっと心にあるんだ。だからこそ伝えてみたいんだ。
ありがとう…“これからもありがとう”

Tuesday, February 8, 2011

emilia

balik kampung beraya sakan, orang lain yang beraya kita yang sakan...hehehe...2 hari pertama manjadi supir pada kakak yang nak menguruskan kwsp. Penamaan waris memang penting, senang cerita apa2 yang berkaitan dengan kwsp memang pentinglah kan, silap haribulan habis duit kita beku tak boleh keluar kalau ada apa2 yang berlaku.

hari2 selebihnya duduk saja di rumah, pusing2 tengok pokok2 manggalah, rambutanlah, mata kucinglah yang saya dan adik tanam 2 tahun lepas, alhamdulillah 80% hidup, yang mati pon pasal orang potong rumput tak perasan, tersambar sekali anak2 pokok tu. mudah-mudahan yang lagi 80% tu akan 100% hidup seterusnya mengeluarkan hasil dan meredupkan halaman rumah.

dapat akhirnya saya 'melawat kawasan' di segget apa lagi kalau bukan pasar karatnya tu kan. macam2 adaaa....tapi saya masih rasa roadwalk di Penang lagi syiokkk! hasil lawatan saya benar2 memenuhi objektif nya iaitu mencari cd lama emilia contessa. pergh sekali dengarrrr.......terus terbuai masa silam.......

p/s: kali ni balik dapat belajar masak ungkep& botok2 dari mak! oishiiiiiiiii