Tuesday, February 8, 2011

emilia

balik kampung beraya sakan, orang lain yang beraya kita yang sakan...hehehe...2 hari pertama manjadi supir pada kakak yang nak menguruskan kwsp. Penamaan waris memang penting, senang cerita apa2 yang berkaitan dengan kwsp memang pentinglah kan, silap haribulan habis duit kita beku tak boleh keluar kalau ada apa2 yang berlaku.

hari2 selebihnya duduk saja di rumah, pusing2 tengok pokok2 manggalah, rambutanlah, mata kucinglah yang saya dan adik tanam 2 tahun lepas, alhamdulillah 80% hidup, yang mati pon pasal orang potong rumput tak perasan, tersambar sekali anak2 pokok tu. mudah-mudahan yang lagi 80% tu akan 100% hidup seterusnya mengeluarkan hasil dan meredupkan halaman rumah.

dapat akhirnya saya 'melawat kawasan' di segget apa lagi kalau bukan pasar karatnya tu kan. macam2 adaaa....tapi saya masih rasa roadwalk di Penang lagi syiokkk! hasil lawatan saya benar2 memenuhi objektif nya iaitu mencari cd lama emilia contessa. pergh sekali dengarrrr.......terus terbuai masa silam.......

p/s: kali ni balik dapat belajar masak ungkep& botok2 dari mak! oishiiiiiiiii

2 comments:

Cikguzam said...

salam asuhara,
Wahhhh ini dah diikira mengimbau zaman silam hitam putih diari sendiri ni, hehehehhe. Anyway, slmt maju jaya dan ceria selalu......

asuhara sue said...

cikguzam:
hehehe begitu la, hitam putih kehidupan. arigatou ne!