Monday, December 20, 2010

sekarang

waktu saya tahun 4, studio 400 terletak di aras tanah. pun begitu, siarkaki (hallway) yang selari dengan bilik2 studio dan pensyarah2 itu terdapat tembok setinggi 1m. betul2 berhadapan dengan pintu masuk ke studio 400 (kami cuma ada 1 pintu untuk keluar masuk kerana studio sudah dibahagi 2 dengan studio Pengurusan Projek- kalau bomba datang buat inspection pasti tak lepas!) oh! betul2 dihadapan pintu studio kami terdapat pokok bunga yang saya tak tau namanya, tapi berdaun keras, lebar dan besar seperti lidah buaya dan ada satu tangkai yang menujah langit memikul bunga2 berwarna putih. sampai sudah saya tak tahu apa nama bunga tu.tapi bunganya melepasi aras 1 bangunan studio ala le corbusier kami.

tapi bukan tentang bunga yang saya nak imbas kembali, tapi pasal tembok setinggi 1m bewarna merah jambu (tak de warna lain kaaa?). tembok tu penuh dengan lambang orang2 yang stress, geram atau mungkin gembira. hanya dengan initial tapak kasut semuanya terlepas dan melerai di situ. perasaan2 itu. dan rekabentuk tapak kasut yang paling banyak adalah tapak kasut saiz 4 dan semua orang tau atau dengan betulnya dapat meneka itu tapak kasut kepunyaan saya. waktu itu, waktu muda2 dulu tak ada lagi ayat2 seperti 'ada aku kisah?' , 'lu pikirlah sendiri' atau 'ishhhh cara laa kau'. biasanya selepas bekas tapak kasut saya melekat pada tembok setinggi 1 m itu berbekas, cuma ada ayat 'oiiii hang gila ka pa?' kalau waktu itu sudah ada ayat2 selamba seperti di atas, pasti ayat 'ada aku kisah?' yang paling layak saya berikan.

itu kisah saya, waktu dulu2, muda2, waktu perasan geng ali setan.....

sekarang, kalau nak melepaskan stress, kerenah orang2 yang lebih- berkuasa- menunjukkan- kuasa-yang-akhirnya-kita tersepit-sendiri saya cuma perlu beli sesuatu, OMG!........sebagai penyejuk perasaan bagi menggantikan tapak kasut saya melekat di dinding pejabat yang dah macam hospital- mentang2lah- kerja kami berkaitan-hospital!

p/s: maaf saya bukan doktor, nak m.c mintak kat Dr.tapi jangan mintak pada dr yang buat filem itu..opssssss!

2 comments:

KAMATO said...

amboi, lepas geram nampak ......

asuhara sue said...

kamato:
hahahhaha...sejuk dahhh ni bro!