Friday, January 14, 2011

hari ni,

pagi:
tiket parkir di ERL Putrajaya kehabisan walaupun masih banyak kekosongan. saya tak tahu agenda sebenar pihak pengurusan.

tengahari:
saya arkitek surat, jadi kita teruskan kerja2 surat menyurat, walaupun teknologi semakin canggih dan katanya hendak mengurangkan penggunaan kertas, tapi masih mahu bertulis. apalaa.....ok surat dibuat dan dihantar untuk semakan, kalau tak 2 kali pembetulan tak sah. bukan ke orang2 teknikal seharusnya gunakan ayat straight to the point? ini nak berbunga bagaii...patutlah banyak konsultant yang kaduk naik junjung.

petang:
jumpa ketua unit. ok mari dengar nasihat2 dan beberapa ayat marah kerana surat lambat dikeluarkan walaupun surat yang saya dapat itu lambat. tak campur lagi hujung minggu, boss tak ada, boss kursus, saya pun bercuti...welll..saya kan arkitek surat. tadah aje la. besok cuti.

p/s: ini adalah siri meluah perasaan sendiri. sonomama........

No comments: