Tuesday, February 23, 2010

kelapa

saya kata saya sedih, rasa nak menangis tengok cermin kereta saya.
pak cik yang ternampak insiden menyayat hati ini menunjuk2 kelapa muda bekas gigitan tupai yang meremukkan perasaan saya seperti remuknya cermin muka buah hati saya itu.
hilang rasa lapar walaupun bau bihun singapura yang saya beli menyengat2 dalam gerimis.

saya kata saya sedih, rasa nak menangis tengok cermin kereta saya.
shuhie kata, sabar jek lah, itu adat berkereta.
c.na+ c.dal pun memujuk. minna, arigatou ghuzaimasss .

saya kata saya sedih, rasa nak menangis tengok cermin kereta saya.
kawan saya kata, nasib baik kena kereta, kalau kena kepala?
lepas tu dia ketawa terbahak2 dengan mewakilkan animasi budak lelaki berbaju belang2 ketawa sakan dalam ym.
kalau dia kat sebelah atau depan atau mungkin di sekitar kl ini, mau saja saya cari dia dan bagi sebiji tumbukkan padu cucu hang jebat! masa tu lah tapi....
nasib baik dia jauh. perlu beli tiket untuk turun di heatrow.
lebih baik saya beli tiket pergi balik kampung di kyoto tengok sakura haru nanti! ah melalut dah ni.

saya kata saya sedih, rasa nak menangis tengok cermin kereta saya.
ini ujian tuhan buat saya.
Alhamdulillah kena cermin sahaja.
nampak gaya, budget untuk mengisi rumah perlu disusun semula.

p/s: ee des yo ne!

No comments: