Monday, July 20, 2009

tadaima


tadaima (saya dah pulang). berlepas waktu tempatan (narita) pukul 2.00 petang (pukul 1.00 petang di malaysia) dan tiba pada pukul 8.30mlm. krew penerbangan memang sangat mesra, tak sia-sia tagline mas MH- malaysian hospitality. ini kali kedua saya terbang dengan MAS selebihnya dengan syarikat2 penerbangan lain.sepatutnya syarikat terbang murah negara kita patut contohi kemesraan krew MAS<--ini komen ikhlas nih.hehehe

ermm..kembali kepada realiti, hari ni saya bekerja seperti biasa. untung pembantu teknik dan draftman saya cekap orangnya. kerja2 yang saya amanahkan dapat diselesaikan dengan baik. jadi saya terus saja menyambung kerja2 saya tanpa ada kerja yang tertangguh.

pengalaman pertama berjalan beramai2 di tokyo betul2 menyeronokan dan menjadi pengalaman yang ceria. biasanya saya cuma berdua dengan sahabat saya shuhie. ini kalau dah ber-6 macam2 kerenah perlu dilayan. yang mulut laser, yang asyik kena laser, yang cool giler, yang menjerit macam kena histeria pun ada. hehehehhe.

apa yang penting? kerjasama.....macam wonder pets pulak dah. tapi memang itulah yang penting pun kan. walaupun kebanyakan tempat saya dah pergi sebelum ni, ada juga beberapa tempat baru yang kami singgah-tsukiji market, disney world, fujiyama, eye of tokyo di odaiba dan apa yang saya kagum, ada sebuah bangunan baru di hadapan tokyo station yang baru, yang gah berdiri yang tidak kelihatan setahun lepas kunjungan saya ke tokyo. kagum!

ok, atas kelewatan saya menukar yen, nilai tukaran menjadi tinggi pada hujung minggu dan saya mendapat kurang dari apa yang dijangkakan. dengan rm 400= 10k yen, kami habiskan 64k yenuntuk percutian kali ini termasuk penginapan dan perbelanjaan harian. tahniah pada ketua rombongan! yoshaaaa!

pada sesiapa yang teringin nak ke tokyo dengan budget yang agak ketat, cuba ikut budget kami ini (yen):
1. Accomodation
a. House of ikebukuro (3 mlm)= 8k
b. konansou Hotel Fuji ( 1 mlm)=12k
c. sakura hostel ( 3mlm) = 8.82k
2. Fare to/from narita airport =2.2k
3. Disneyland = 5.8k
4. Fuji travel expenses =5k
5. Daily expenses =22k

rancangan perjalanan kami:
1. ahad-tokyo-shibuya, shinjuku, harajuku
2. isnin-tokyo-tsukiji, ginza, imperial palace garden
3. selasa-Disneyland
4. rabu- ke Fuji, cable car di kaci kaci yama
5. khamis- sekitar fuji-kawagachico, pulang ke tokyo
6. jumaat- tokyo- akihabara, odaiba
7. sabtu- free& easy
8. ahad-narita airport, balik ke malaysia.

cukup seminggu dan alhamdulillah semua puas. saya sempat ke cotton city-nippori membeli sedikit kiriman kawan2. saya terpaksa menahan sabar kerana budget bershopping dah tinggal beberapa ratus yen saja. hehehehhe...

p/s: nihon- ja' matta ne!

6 comments:

Unknown said...

perghhhh..best gilor..tapi walaupun bajet ketat namun ia tetap kelihatan mahal..hehe..mana ole2 nak letak kat kedai gula-gula? :P

asuhara sue said...

hehehe, giler best.ole2 kena blanja gula2 dolu ler baru dapat!

KAMATO said...

budget itu la yg sentiasa difukir bila berada di negeri orang

asuhara sue said...

hehehe tu lah pasal.kalau pergi negara yg duitnya lebih kecil dari kita takpe jugak kan.

Atashi:- FID DESU said...

Assu skr ni pertukrangnya at 3.8 kan wa.. dgn Kwon pun agak2 sama.. tp kan ni-chan tgk walau pun korea pesat membangun & penuh dgn hero2 ni-chan, jepang tetap di hati ku..kagum kan dgn mereka ni..pandai mencantik kan tempat2 dia & setiap tempat penuh dgn estitika kan.
Hem.. budget tu mmg betul budget..

asuhara sue said...

kalau weekdays mmg lebih kurang 3.8, tapi assu tukar on saturday, so dia dah naik 3.9++.nak senang kira 4rm=100y lah.

budget tu mmg agak ketat, tapi alhamdulillah semua org gembira.yang x de duit shopping mcm assu nih, dapatlah jugak 4 helai baju, 1 handbag, 1 wallet zara (diskaun 70%!) tengok sale sana sini terpaksa tahan napas la ni-chan! hehehehe