Tuesday, March 24, 2009

namae

bengang saya sejak presentasi jumaat lepas masih berbekas. apa taknya, dah sebulan setengah dan lebih 5 kali sesi presentasi, jumaat lepas lakaran cadangan saya ditolak habis2an. entah penat lelah kita bekejar, bersengkang mata dan peluang masa berkualiti bersama keluarga dan kawan2 yang dilepaskan bagai tidak dihargai. tiba2 terasa keletihan yang terkumpul sejak awal projek terhempap di bahu. yang menjadi ketua pula tak habis2

''u have to work smart, don't work hard"

tapi sudahnya perancangan yang dibuatnya bikin kami tidak fokus pada satu2 kerja. untungnya saya baru punya 1 projek+ 2 tugas koordinasi, kawan2 saya yang punya 2-3 projek?. saya yang 1 projek pun terkejar2 dengan segala macam suratlah, boranglah, lawatanlah dan tahapapa lagi...nak buat projek kerajaan pun susahnya mengalahkan buat projek swasta. opss..saya bukan mengeluh! ini cuma luahan hati. heh!

namun munculnya orang baru dalam keluarga kami, buat hati saya sejuk bila di rumah. Alhamdulilah!
pilih punya pilih nama, Nurul Hani Damia jadi pilihan. susah juga memilih nama kan? saya lebih suka dengan nama yang pendek2 mudah disebut, nak tulis kat kertas jawapan peperiksaan pun cepat! hahahaha....macam nama saya juga, yang maksudnya pun yang cepat dan yang mudah! biarlah..dah itu anak mereka bukan anak saya. saya cuma tumpang gembira sebagai ibu saudara!

p/s: nama anak kawan saya: Shad.

8 comments:

Atashi:- FID DESU said...

GAMBATE KUDASAI assu.. terima lah hakikat hidup bekerja di bawah ketua jabatan.
Kalu dulu assu yg beri arahan pada budak2 kan..
Ni-chan pun sedih dah berkali2 proposal tapi semua nya di tolak dah malas dah ni nak pikir selepas 2kali di tolak dah tak ter GAMBATE KUDASAI laarr ni.. pikir nak kekkon aje, tapi bila pikir kan pasangan nya yg tak de kerja lah

terrarosa said...

salam Hari Gaji

macamana sambutan di sana ?
hahahahaaa...

kat sini cadangan ,
tinggal cadangan... bajet 2009 amatlah ciput :P

asuhara sue said...

KF:

yap, cuma saya berdoa saya akan jadi boss yg digemari dan dihormati anak2 buah nanti.aminn.

Terra:

Hari gaji...hahha, gaji blom dpt duit semua dah org punya!

artakus said...

gambatte assuhara chan!(?)

blackpurple @ jowopinter said...

Sungguh komersial nama 'orang baru' itu. :D

asuhara sue said...

artakus:

hait! gambarimassssss!

BP@JP:
hehehe...gitu la kira2nya kang!

Atashi:- FID DESU said...

Yg pasti statement dpt gaji semua org punya kf SETUJUUUU amat sgt.. bila agknya kita nak BEBAS dr hutanggggg niiiii

asuhara sue said...

KF:
bila hutang bebas dari kita ni-chan!