Monday, January 5, 2009

sebenarnya

kalaupun sudah lewat, SALAM MAAL HIJRAH untuk semua
walaupun beberapa hari sudah berlalu, SELAMAT TAHUN BARU.

kita ini sebagai manusia yang punya perasaan pasti terasa hatinya, andai orang yang rapat dengan kita asyik-asyik bercerita tentang orang lain, sering betul memberitahu kebaikannya atau keistimewaannya. saya juga akan tercuit hatinya walau hati memujuk - suka hati dia lerrrr...

tapi sang peneman saya yang rapat betul dengan saya ini, yang merapatkan saya dengan anda semua, yang diciptakan manusia mungkin juga merajuk... kerana sejak sebulan dua yang lepas saya gemar benar berceritakan tentang spesisnya yang berwarna-warni, nampak elok di mata, sejukkk mata memandangnya...:) tidak seperti dia yang gelap pekat hitam dengan jaluran perak. JUNSANG namanya. habis saya godeh cuba2 memujuk [ baca: membaiki] dia agar terus bekerjasama dan menemani saya. maka kerana itulah, blog saya ini tidak diperbaharui entrinya sehinggalah ke hari ini. sebenarnya, sampai ke hari ini dia masih lagi diam, cuma kadang2 dia tunjukkan mukanya itupun cepat2 dia mematikan dirinya semula. sudah dibawa berjumpa pakar, hajat hati nak menaiktaraf lagi keadaannya, tapi saya diberikan jawapan hampa.

Akibatnya.....

saya telah terbeli sesuatu yang saya senaraikan dalam deretan resolusi saya tahun sudah. walaupun sudah melepasi waktu, tapi saya berjaya juga mendapatkannya. dia-ippei ( sempena nama watak utama cerita ini, yang gambar2nya sangat cantik dan watak ippei itu sendri yang kuat semangatdan terus2an belajar) jadi saya dapat 2 dalam 1! penenang rasa + menunaikan resolusi. maka sehari dua ini sudah macam2 gaya dan model yang terakam di memorinya. hahaha...kalau orang baru pandai bawak kereta dan pantang tengok kereta digelar gila stereng, kalau saya?:)

p/s: moga hijrah kali ini membawa kita lebih kepada kecemerlangan. doakan saya berjaya ya!

7 comments:

Anonymous said...

last week masa new year..depa jual dslr murah2...dlm fukubukuro...kiss x (400d kot)...n kiss x2 (450d kot)...< rm 3k with double lense kit...kalau kiss x < rm 1.5k kot...

asuhara sue said...

nashriza:

kat kl cuma ada low yatt laaa..fukubukuro dgn big camera tak dak! Salam maal hijrah!

artakus said...

ni citer pasal lap top ke?
dah dapat lap top baru ke beb?

Atashi:- FID DESU said...

Assu.. Lap Top ke??Ni chan pun bercadang nak beli tp ni DG cam plk jd rosak.. ee bila berduit ni ada aje benda itu ini yg rosak....PENING lah nak pikir yg mana satu ni

asuhara sue said...

artakus:

laptop rosak tapi beli dslr baru.
kihkihkih

KF:

a ah, laptop rosak. mcm2 benda tersadai tak bleh nak buat. beli lah yg comel lote tu ni-chan. 1.4K pun dah bleh dapat, cuma x de cd rom jek la.

Atashi:- FID DESU said...

Yg jahatnya benda2 ni dia tau aje kita ada duit lebih kan.. eee..
Mcm ne keja dah selesa?

Anonymous said...

滿..........................