Friday, November 21, 2008

handwriting

hari ni saya tak bawak komputer riba ke office kerana tau yang saya tak akan berkesempatan meng'on'kannya kerana mengikut perancangan saya perlu menelaah contoh POE Hospital Putrajaya dan ....dan...aiseh, satu lagi saya tak ingat pulak dah (inilah perlunya gingko biloba ni!). kemudiannya diberi tugasan ad-hoc untuk membuat plan baru bagi makeover ruang pejabat/kerja kami kerana peruntukan telah dikeluarkan...yang seronoknya, ruang kerja saya akan bertukar ke tempat yang lebih cerah! di tepi glasswall. mudahlah pokok2 saya memproses makanan nanti!

Jadi barulah waktu selewat begini saya berpeluang melayar internet khususnya blog saya.

macam biasa, penjelajahan blog2 sensei dan tomodachi dijalankan. satu, dua, 3, empat dan seterusnyalah. dan sampai di blog yg ini, saya terbaca dan saya telah ditag. malaskan nak jawap tag2 nih....tapi tag ni lain macam sikitlah...selain nak tau saja2 dengan soalan2 yang berkaitan dengan tulisan sebenarnya tag ini boleh juga menunjukan personaliti seseorang melalui tulisan tangannya. dulu saya adalah belajar sikit2 dan basic sangat pun ilmu tu...tapi bila dicuba pada kawan2 ada yang betul dan ada yang menyimpang jugak...err...tapi biasanya betul tauuu! dan sekarang saya benar2 sudah lupa ilmu basic yang saya tahu dulu..rugi kan?

ini tagnya:
tag tu suh tulis tangan sume benda2 yg aku dah tulis tangan ni pastu aku amek gambo aku buh kat sini. dah lah tu dia suh lak kita tag 6 org lagi.

soalan2nya adalah seperti berikut:


(baru upload!)

mcm tak clear pulak gambar ni kan? soalan2nya cuma 5 je:

satu: name/username

dua: lefthanded or righthanded

3: favorite letter to write

4: least favorite letter to write

*****: tulis " the quick brown fox jumps over the lazy dog"

( info tambahan: kalau nak tahu kenapa ayat ni selalu menjadi latihan menulis kerana dalam ayat ni ada semua 26 huruf dari A-Z!)

saya tak nak tag sapa2 pun, tapi kalau ada dari senarai sensei dan tomodachi yang berminat nak pamerkan tulisan tangan sendiri, jangan lupa beritahu saya! tapi saya teringin juga nak tgk tulisan tangan org lain, almaklumlah, teknologi yang ada buat kita lupa sekejap bahawa kita ada tulisan yang berupaya mempamerkan identiti dan tersirat personaliti kita!

p/s : teringat waktu mula2 membina identiti tulisan....setiap orang perlu ada identiti sehinggalah, tulisan tu boleh dikenali pemiliknya, walau tanpa nama...waktu tu saya sangat jeles dengan tulisan milik rudy ( bukan rudy-san yer). Rudy kat mana kamu sekarang?

6 comments:

Anonymous said...

salam ziarah dari bumi Dublin. Nice blog!! Keep it up. Kalau rajin, dtg laa ziarah blog hamba.. :)

asuhara sue said...

JHaZKitaRo:
salam. arigato neh, sudi mampir blog saya.Akan saya ziarahi nanti ya!

asuhara sue said...

JHaZKitaRo:
apa kata cuba tag tu? ehehe

Nida Shaari said...

Cantiknya tulisan tangan tu. Saya suka. Dan selalunya pemilik tulisan begini adalah orang dalam bidang seni lukis dan senibina

asuhara sue said...

madulebah:
wah mcm ahli nujum laaa...
kene je jawapannya!

Anonymous said...

滿..........................