Friday, August 15, 2008

seterusnya...

Kami cuma dapat tinggal di Japan Youth Hostel 4 mlm sebelum ini, perkataan 'cuma' itu sebenarnya hanya sesuai di beberapa JYH yang kami singgah untuk bermalam. JYH ini asalnya ditubuhkan untuk menyediakan tempat tinggal dengan kemudahan asas kepada backpackers dan hikers yang dahagakan aura alam semulajadi.

- Abashiri, Mashuko dan Shibetsu juga Akkeshi JYH
Abashiri:
Dari tingkap bilik kami. Sebelah tu ladang sayur. depan kami laut, cuma cuaca yang kurang terang dan berkabus.
Abashiri JYH. Layanannya baik dan orang2 yang menginap pun friendly! Kami berjumpa dengan 2 orang obasan ( lingkungan 50thn) yang kembara dengan basikal sahaja.
Mashuko:
Dari tingkap bilik kami. waktu ini lebih kurang pukul 6 pagi. hujan renyai2 dan kabus tebal hampir menutupi seluruh bahagian kawasan ini.

bangunan JYH tempat kami menginap, berada di kawasan ladang tenusu. Susu segar disini benar2 segar! mesti terbayang2 bila dah balik Malaysia nanti! Di sini juga penginapnya friendly juga. Kami berjumpa semula dengan 2 obasan yang sama2 menginap di JYH Abashiri...walaupun kami dengan kereta dan mereka berbasikal! Kagummmmm

Shibetsu:
Dari tingkap bilik kami yang berbentuk dorm 8 katil. Tempat ni menarik, cuma ada seorang gadis inggeris yang pentingkan diri sendiri. Tapi di sini juga kami bertemu dengan kawan baru. Terkejut saat saya bertanyakan shuhie tentang katil yang kosong dia menjawap 'TAKDE'. Kami terkesima sekejap kerana betul2 tak sangka berjumpa dengan orang Melayu di hutan belantara yang bergunung ni....hahaha..Christine anak Penang yang bekerja di Singapura dan dihantar training di Kanagawa.

Semua orang dilarang untuk minum air sungai yang sangat2 jernih di hadapan JYH ini kerana terdapat serigala yang berkeliaran. Serigala yang kelihatan comel ni dikatakan membawa penyakit yang agak bahaya.

Serigala yang datang mendekati kami yang sedang bersarapan. Nampak comel kan serigala tu, tapi pembawa penyakit yang ditakuti pendaki sekitar hutan di Akan National Park ini. Hahaha dan diam2 serigala ni dah gigit beg berisi notebook shuhie, nasib baik perasan, kalau takadalah berita nanti : 2 warga Malaysia pulang melancong di Jepun pembawa penyakit serigala! hahahha..


Akkeshi :
JYH Akkeshi berada di perkampungan nelayan. Asalnya Minshuku ( homestay) tapi telah ditukar kepada JYH dan di uruskan oleh sekumpulan warga emas ( 60-80 thn). Kami ber-3 diberi bilik yang kecil, 6 tatami sahaja besarnya...layanan agak kurang memuaskan, shuhie bengang sebab obasan yg menjaga kaunter perli2 kami tak tahu berbahasa nihon. Padahal Christine boleh berbahasa Jepun walaupun kurang fasih ( nihonggo sukoshi dake), shuhie boleh faham dan saya yang paling kurang vocabnya ini memang tak paham langsung sebab loghat tempatan mreka yang sangatttttt pekat!

***********
Banyak tempat menarik yang kami lalui, 3 hari ni, kembara kami lebih kepada Misaki( cape/tanjung) Splendid. Kalau boleh memang saya nak share semua gambar yang dah dirakam, tapi apakan daya. Harap2 rakaman kami ini dapat meredakan keletihan mata kalian!


Rausu Misaki






Kushiro Shitsuge Misaki

Kat celah2 cerun tu ada rusa sedang makan dan bersantai!


Dihadapan tu gunung2 yang terkenal dikalangan pendaki, antara 5/6 gunung itu yang tertinggi 1661m.

Hamparan bunga liar. Rasa nak golek2 jek!

Nepputa Misaki


Papan tanda di sini ada 3 bahasa: jepun, english dan russia. Di hadapan misaki ini terdapat gugusan pulau yang masih menjadi rebutan antara Jepun dan Russia..( macam pulau batu putih tu)

Akeshi Misaki




RAMSAR SITE ( world list hearitage wetland)...marshland terbesar di Jepun, 6 ribu tahun dulu dataran ni merupakan laut yang kemudiannya menjadi dataran selepas berlaku pergerakan kerak bumi dan akhirnya membentuk dataran marshland ini. Sekali imbas sungai yang beralun-alun bentuknya sama seperti sungai Rajang, cumanya kawasan ini lebih luas...seluas mata memandang apatah lagi setiap musim pemandangannya berbeza. Kawasan ini terkenal dengan Japan cranes...so, berkunjung ke nature centre pun dapat omiyage paper crane!
********
Jadi malam ini, kami bermalam di Route Inn sebelum menerskan kembara ke Chitose seterusnya ke Toya Lake untuk mencuba onsen dan menyaksikan hanabi dari tempat yang lebih selesa!
p/s: Yoshhhhhhhhaaaaa!

6 comments:

Anonymous said...

wuuu teruja teruja.. kak sue ngn kak shuhie drive ek??

terrarosa said...

i can't help myself anymore...
nak serigala sekorrr !!!
tapi yg bulu putih punyer , heh :P

Anonymous said...

Aku pernah camping tepi toya lake tuh... pagi2 berkabus... nampak ditengah2 bukit yg dikatakan akan mengeluarkan lava.. hahaha... masa tuh la... 2001. :)

artakus said...

nak serigala gak....nak serigala!!! (>_<)

Anonymous said...

pi jepon senyap2 je ek?

julie77 said...

beb..kalo x korang dorang dh jd werewolves la..melesha lom ada lg beb..glemer siot..haha