Sunday, August 3, 2008

mrsmkt

bermula petang khamis, saya yang masih belum sihat 100% ini telah diarahkan berehat sambil memantau pelajar2 untuk satu perkhemahan. Berehat kerana saya tidak sihat tetapi perlu menggantikan pensyarah lain yang seharusnya pergi. Melihat kesungguhan penyelaras aktiviti yang juga sudah tiada suara, saya terima walaupun rancangan saya adalah untuk berkemas2 untuk kembara yang bermula selasa nanti.

" awak berehat je kat sana, su. semua BPP yang settle'kan" penyelaras tanpa suara

" saya tak janji En. Mazli, tapi selagi saya boleh bergerak, Insya Allah saya gi lah!" saya konon dalam loghat tempatan.

dan khamis petang itu saya beserta 2 lagi teman sejawat yang lain ke MRSM KT. dalam kepenatan sempat lagi menyinggah dipinggir pantai, menghirup udara pantai. Pantas saja mengutip kulit siput, leka, menoleh kebelakang kereta milik kawan saya itu sudah jauh di belakang. cepat-cepat meneruskan perjalanan. Hajat kami menikmati sata, namun yang terjumpa air nyio yang degan (isi kelapa) sangat melegakan tekak, sudah lupa batuk yang sedang sembunyi2!

2 hari di KT kami benar2 berehat, cuma memantau pelajar2 agar laku tidak keterlaluan. selebihnya kami berputar2 disekitar bandar KT. Kepingin menelusuri pasar malam Pulau Duyong tersesat sehingga Masjid Kristal yang menjadi sebutan. saling bertingkah pandangan positif dan negatif dalam kepala sepanjang kembara kecil di sini.

ke destinasi tujuan, hanya durian menjadi pilihan hati. Pulang ke MRSMKT, dibentangkan kanvas, kami berkelah menikmati durian di laman rumah tamu MRSMKT itu sambil mengira bintang!

p/s: Alhamdulilah, rehat yang ditugaskan benar2 merehatkan saya!

2 comments:

Atashi:- FID DESU said...

Assu

itsumo genki desu... gambate...

Mmg skr ni ramai benor yg sakit2, nasib lah ni-chan tetap bertahan agaknya sbb tak makan DURIAN jd tiada alahan,,,,

malkomal said...

kak sue.. bila g japang?? asik adaaaa jek kat bumi malaysia ni.. hehehe...