Wednesday, July 9, 2008

jom

1.
' cik su, jom pegi Tasik Kenyir' ujang, ketua geng kembara kolej terdahulu telefon.
' settt' cepat saja saya menjawap. Ujang yang sihat dan sangat lebih besar dari saya itu kalau merancang kembara memang menjadi.
' canteekkkk..nanti saya confirm bila' ayat terakhir ujang. Kali terakhir berkembara dengan geng itu ke Tioman, sebelumnya memanjat Ledang dan meredah Taman Negara.

esemes ujang berbunyi: Tasik Kenyir 15-17/8
jawapan saya : aisehhh, saya x de kat sini laaaa.

2.
' Kak Su nak pegi KK tak? saya nak visit site' naim, qs ministry of edu. mengajak. rasanya bukan ajak2 ayam seperti pelawaannya ke Shanghai awal tahun dulu (tapi takpe lah dibawakan saya selendang sutera dan t-shirt sebagai omiyage)
'nakkk...bila?' memang impian nak ke Sabah dah lama tercipta. Jawapan naim membuat saya kecewa lagi. Tarikh pemergian dia sudah tidak ada ruang kosong di kalender perancangan saya.

3.
'Beb, jom tengok konsert kat dome. tiket aku dah dapat, seat pun menarik nih. aku dah check, flight harga tengah ok ' bekobar-kobar saya baca e-mail shuhie.
' Bila?'
' 2 minggu lagi!'
' erk! gila!' saya yakin tak akan dapat cuti kerana waktu itu hari pendaftaran pelajar baru dan saya terlibat dengan komitinya. Malam ini dia bertolak dari narita mengakhirkan kunjungan
ke sana dia mengesemes saya semasa di odaiba malam tadi.

4.
' Kak sue nak pegi ekspidisi kayak kat Terengganu tak?' shila. semalam. teruja lagi. dah lama tak bersukan yang agak ekstreme.
'Bila?' soalan biasa yang perlu ditanya. tapi unsur-unsur untuk kecewa lagi sudah beraura.
'17-20 ni' kan betul, keterujaan terpadam juga. mana mungkin saya dapat pergi kerana 21-25 perlu hadiri kursus di KL.

5.
terima esemes adik: kak mel, mak tanya bila nak balik?
balasan saya: hujung minggu ni.ahad cuti.
hasrat hati ingin menjenguk sekali nyayi ( nenek) di Singapura, kali terakhir berjumpa sewaktu kenduri perkahwinan adik awal tahun kemarin. semoga semuanya berjalan lancar kali ini. Aura kampung yang menghadap gunung pulai sudah mula saya rasai.......

10 comments:

Atashi:- FID DESU said...

Assu

Wa balik kg,, nyayian arwah surdriman... KF kalu masa belajar dulu,pasal balik kg laju aje tp kalu balik kolej mcm ada batu berkilo2 kat kaki, walaupun sebenarnya kolej tu tak jauh dari rumah ha3..

asuhara sue said...

KF:

harharhar...semua pon mcm tu je...
sama!

Anonymous said...

wah best2nya seme ajakan tu...

tapi bizi sungguh cik asuhara ni...

jom KK...boleh selam kat manukan

asuhara sue said...

kosong:

tu ler pasal, tapi tak pe, projek naim kat kk complete next yr, byk lagi time boleh pegi!

Shila said...

Wah...banyak benar pelawaan untu cik asuhara...jangan lupa masa untuk diri sendiri.

asuhara sue said...

shila:

Thanks, singgah.
Insya Allah.

KAMATO said...

huh banyaknya aktiviti....

asuhara sue said...

kamato:
aktiviti mmg banyak bro, tapi x tercapai dek tangan!

malkomal said...

waaa kak sue.. ko pkir berjalannnnn je yek.. sume org pun tgk kak sue pkir nak ajakkk jalaaannnn jek.. jom p bandung ujung taun ni beb..

asuhara sue said...

eves:
hahaha...weh bukan aku le yg pk bejalan jek, org 2 yg berjalan n pk aku..ehehhehe..elemek hang p dgn in law hang, x nak lerrr...

p/s: err..kalau jadi nak p somewhere le hujung tahun.