Monday, June 23, 2008

buchou

buchou datang ketika saya sedang 'lepak2' dengan yang lain. maklumlah dah habis waktu kerja.

"wah! wah! gembiranyaaa..." hahaha macam tu dia menyapa. buchou saya nih sempoi je. tapi jangan buat hal dah la, memang dia tak marah cuma kata-katanya sudah cukup menghiris-hiris ulu hati dan gegendang telinga kami. dah itu cara dia...

"dengan bangganya, saya dah submit nama kamu, awak (saya la tu), g and heri, pegi course seminggu" macam best je tu..

" kat mana boss?' cepat jek heri tanya

" kat Genting, ha kalau nak cuba2 jadi kaya boleh la, minyak kan mahal dah sekarang nih" bukan macam dah ni, ni memang best nih...hehehheeh ( saya gelak dalam hati). semua orang yang ada di working station saya ni gelak gembira. tempat best kan..

" bila?" nasib baik ingat nak tanya, gembira sangat mengenangkan tempatnya. macamlah course tu buat di Australia ke new Zealand ke..

" ogos!" aiseh!....cepat2 saya angkat tangan (macam budak sekolah pulak!)

" bos, saya tak boleh!" itu suara saya. dah tentu-tentu saya dah kata padanya yang saya nak kembara lagi.

" saya pun bos" itu suara g.

"apsal pulak?"

"eh kan saya kata saya nak cutiii......"

" saya ada trip pg bangkok kannn...., kan dah inform hari tu" g tak puas hati

" ahhh...tak peduli, kena pegi jugak. saya dah hantar nama awak semua..."

" ala...bosss!" saya cuba pujuk lagi..

" saya tak pernah cuti lagi tau! dengki la nih!" ayat mengukuhkan penolakkan saya.

" ah.. tak de, takde..kata nak cuti julai...takde takde..." begitu kata buchou saya bergerak pergi
sambil ketawa dengki, yang bunyinya macam ketawa geng jahat dalam cerita otromen tu...

" hampeh punya boss!" kebengangan yang amat nyata saya rasakan saat itu. g pun sama, cuma heri yang nyatanya gembira.

p/s: warate warate warateeeee (smile, smile, smileeeee)

" bosss...nak tanya pasal course kat genting tu...." dengar saja kata-kata saya dia buat gelak yang macam semalam tu....hah! hah! hah!....begitu bunyi dia. saya dah nampak dia kecikkkk je...

" kih..kih..kih..." dia gelak lagi, versi lain pulak..

"tak lah...saya tak email lagi nama u" cheh buat suspen jek buchou aku nih!

p/s: buchou ( ketua jabatan/fakulti)

7 comments:

KAMATO said...

hari ni dia berkeras, esok bagila tu

asuhara said...

kamato:
ha..ha.. ye la bro! x payah tunggu besok dah.

Eridzhuan Zhaineo said...

Pergi course kat Genting...best apa...nanti time tu bolehlah curi-curi tuang pergi enjoy. Saya nie blum lagi gi Genting. Cam manalah tempat tu kan

terrarosa said...
This comment has been removed by the author.
terrarosa said...

ehem...
kalau lah saya ader buchou hencem macam awak punyer... hik..hik..hik...
gerenti kerja berprestasi cemerlang setiap tahun :P

Terrr....tapi !
saya tau kata - katanyer kadang2
bleh belah pisau lipat kepada 2 bahagian yang sama !!
har..har..harrr

rudy bluehikari said...

baguslah boleh gurau2 dgn buchou....

asuhara said...

erid:
hehe..mmg best la, tapi x boleh pegi pun sbb dah plan nak backpack, dah beli ticket lagi!

terra:
hencem ke?kalau dia tau lah terra uiii..mesti sengih sampai tido!

rudy-san:
Alhamdulilah, dan dia jarang menyusahkan kami setakat nih.