Sunday, April 6, 2008

rumah















Mesti pernah tengok kan iklan seorang budak lelaki yang ditanya kenapa suka pada rumahnya?

Mesti seronok kan kalau dapat rumah idaman hati...

Rumah..

Cuti hujung minggu mengundang saya untuk kembali menonton drama yang masuk ini mungkin kali ke-6 sudah ditonton, hingga hafal hampir semua dialognya. Mungkin sebab heronya ( biasalah kan...), agaknya jalan ceritanya ( walaupun kadang-kadang rasa tak puas hati) tapi sebenarnya saya sukakan drama ini dan drama lain ( baca: nihon dorama)
adalah dialog-dialog yang dituturkannya. Sarat dengan makna yang mudah difahami dan tertancap di hati saya ini.

Berbalik pada R U M A H....

Ada beberapa babak tentang rumah ( bukan rumah binaan, walaupun cerita ini tentang beberapa orang arkitek) tapi..., beginilah...

Bila ditanya apakah rumah yang nak didiami selepas berkeluarga nanti ? Jawapan yang diterima adalah:

jika dapat bersama orang yang disayangi,rumah bagaimana pun tidak penting, hati adalah rumah terbaik untuk didiami bersama.

dan pada waktu yang berbeza bila soalan itu diajukan padanya sendiri sebelum dia bertanya soalan yang sama, jawapannya adalah:

Rumah paling bahagia untuk didiami hanya akan dibina di hatinya

Mungkin bahasa saya yang belum tersusun membuatkan dialog ini nampak biasa, tapi tatkala menonton dan mendengar dialog ini ( walaupun saya baca alih bahasanya sahaja), hati saya tersentuh, kerana saya tidak terfikir dapat 'bertemu' dengan orang yang punya pendapat seperti saya ( penulis dialog, pengarah atau pelakon itu sendiri) melalui drama ini.

P/s: Agaknya kerana itu, sudah 6 kali saya melayari cerita ini.

7 comments:

rudy bluehikari said...

rumahku syurgaku asuhara san~

asuhara sue said...

rudy-san:

mochiro neh!

Simanis said...

rumah? Hmm..ko buat aku terpikir camne le aku nak dispose 4 bijik umah yg aku tgh dok bayor ni??? Aku nye pendapat based on scientific. Rumah tak liquidated le. Lambat nak dpt duit masyuk!!
Tapi kalu tang umah yg artistic tu....aku surrender le. Watashi...zero tau!

OP Zaharin said...

rumah yang bahagia ialah... rumah sendiri la kut. hehe.

asuhara sue said...

simanis:

beb, itu simpanan hari mendatang ko tu. Aku cuma ada rumah sewa dgn rumah pusaka jek!

op:
thanks jenguk blog saya.

Sepatutnya mmg rumah sendiri tu membahagiakan, barulah rumahku syurgaku kan?

Atashi:- FID DESU said...

asuhara,

drama nihon apa yg asuhara tgk? kat JB ni mana ada byk dvd jepun nak cari yg korea pun ada tempat2 nya..asuhara bolh ckp nihon ka?

Kalu balik JB bolh dian hu onie-chan, then kita bolh jln2 cari dvd drama

asuhara sue said...

onni-chan:

asuhara boleh ckp nihon sukoshi dake jek..
selalu asuhara dpt latest drama dari member yg dwnload kat internet.

kalau ni-chan nak, asuhara bagi pinjam dvd. Kat jb dolu-dolu cari kat CS, tapi dah lamaaaa tak pegi pun, tak tau ada lagi ke tak kedai tu.

next time asuhara balik jb, i'll let u know ya!