Wednesday, March 12, 2008

sms

Tiba-tiba saya teringat sms kawan karib saya semalam

beb,aku ingat, bulan 5 ni kita dah kena start plan apa-apa yang patut

itu yang tertulis pada skrin comel hp saya ( yang selalu saya sembunyikan kerana skrin hp pelajar saya lebih hebat!). Saya mengangguk seolah-olah hp saya punya kamera yang boleh menunjukan jawapan saya ke sana. Memang pun, perancangan untuk pergi bercuti sudah hampir sampai ke tarikh yang dipersetujui bersama. Walaupun masih ada 4 bulan lagi menghadapi musim panas di negara yang Insya Allah akan kami lawati lagi, tetapi masa yang berlalu terasa begitu cepat berlari.. umpamanya larian 100m bukan seperti larian maraton yang hanya memerlukan pecutan dimasa-masa terakhir.

Asal perancangan kami sebenarnya adalah mengikut kemahuan saya untuk menelusuri Korea, tapi entah macamana setelah menonton drama bersiri Ushi Ni Negai Wo (Love & Farm) dan Yashashii Jikan (Affectionate Time) yang membuat penggambaran di Hokkaido, kami terus sahaja mengubah perancangan. Padahal tentetif meninggalkan jejak ke Korea telah kami siapkan. hanya tinggal RM dan Visa sahaja!

Oleh kerana sekarang telah berubah perancangannya, maka tentatif perjalanan baru perlu di rancang sebaiknya. Banyak yang perlu diterokai sebelum bumi Hokkaido kami singgahi. Takut-takut peristiwa di Kansai 2 tahun lepas berulang. Oleh kerana mahu jimatkan kos, kami memilih untuk menaiki densha daripada membeli tiket shikansen untuk ke Kansai Airport hanya kerana maklumat yang diperolehi dari internet menyatakan hanya perbezaan masa 30minit diantara keduanya, padahal perbezaannya adalah 1jam30 minit + 15minit berhenti kerana pertukaran kapitan densha (atau mungkin kami yang tersilap baca!). makanya kami terdampar di Kansai sehingga jam 1.00pagi ( tiket asal 11.oo pagi) untuk menaiki kapal yang menerbangkan kami dan terpaksalah menambah cuti 1 hari lagi.

Perjalanan kali ini hanya mengambil masa 2 minggu berbanding perjalanan lepas iaitu 3minggu dengan 2 destinasi major iaitu Tokyo dan Hokkaido.Insya Allah.

Salah satu tempat yang telah menerima kesan jejak bertapak kaki saya! HIDA NO SATO, TAKAYAMA





p/s: kalau ada cadangan tempat menarik di Hokkaido, panjang-panjangkanlah usul ya! ;)

6 comments:

terrarosa said...

dear asuhara...
tiba2 kena ganti Boss ke Penang next week ...
melepas peluang tuk kursus -kemahiran bertutur !
frust giler ni...dah la yuran FREE... dah la saya usahakan selama sebulan untuk menganjurkannya...

apapun, semoga penang menjadi tempat terbaik untuk lepaskan tension :)
hey... teringat pulak dekat USM kan ?

asuhara sue said...

projek kita postpone lagi la ek?

usm ehhh..
aku rinduuuu!!!!

kalau sempat singgah, jgn lupa minum kat BAKTI!

blackpurple @ jowopinter said...

Nak kirim daun boleh? Heheeh!

asuhara sue said...

bp@jp

nak daun apa tu?

nbo_3 said...

owho nak pegi hokkaido...

Kalau kawasan-kawasan alam semulajadi saya tak tahu sangat, tapi kalau nak lawat bandar saya recommend bandar hakodate. Bandar pelabuhan yang sederhana, banyak tempat menarik dan mesra pelancong. Pnah pegi sekali tahun lepas..

asuhara sue said...

arigato neh naim-san