Thursday, March 27, 2008

Pertama

Sejajar dengan sambutan ulang tahun Sultan negeri ini, saya juga akan menyambut ulang tahun pertama saya menjejakkan kaki ke tanah yang berpasirkan emas ini dipenghujung bulan nanti.

Diam tak diam, pejam celik-pejam celik dah setahun saya di sini meninggalkan mak di selatan di tanah kelahiran saya dan bersendirian di sini. Menyorot semula ingatan sewaktu mula-mula sampai di tanah ini, yang bulannya sentiasa mengambang 24/7, 365 hari sepanjang siang dan malamnya ramai yang tidak percaya dengan tindakan saya.

"Hah? kau biar betul beb, nak pegi tempat jin bertendang tu?" sadiskan bunyi soalan teman karib saya itu? Biarlah dia , hampir sepanjang hidupnya dia berada di bandar metropolitan. Saya cuma sengih je.

"Isk...jauh tuuuu..."

" La...tak de tempat lain ke?" dan macam-macam lagi lah kata-kata yang saya telan dengan senyuman.

Selain saya yang nekad untuk mencari pengalaman hidup, sementelah saya masih belum terikat dengan ikatan yang perlukan perbincangan untuk mendapatkan kata putus, maka saya terima ini semua sebagai cabaran untuk diri saya sendiri. Saya pasti, keluarga saya, terutama mak akan terus menyokong saya.

Maka pada tahun lepas pada 29hb bulan ini, saya yang tidak pernah menjejakkan kaki ke negeri ini, tiba di stesyen keretapi lebih kurang pukul 10.00 pagi buat pertama kalinya. Ketika itu, stesyen ini sedang dalam pembinaan menaik taraf bangunannya dan sekarang hampir 90% telah pun siap.

Minggu pertama di sini, selera saya agak sedikit terganggu dengan kehadiran rasa manis pada hampir semua makanan. Tapi Alhamdulilah, kerana saya yang bak kata Aziz Sattar dalam cerita Seniman Bujang Lapok ;

" Aku ni Din ( S.Shamsuddin aka sudin), jangankan kayu, batu pun aku telan!)"

Minggu-minggu seterusnya perut saya ini telah dapat menyesuaikan rutinnya dengan masakkan disini:)! maka bermulalah eksperimen-eksperimen merasa makanan yang pelik-pelik bunyinya seperti Akok, lompat tikam, kerabu kaki ayam, tuak (nira) dan macam-macam lagi lah.

Pengalaman pertama menghadapi musim bajir juga saya sudah alami, sehingga kolej ditutup selama 2 hari, nasib baik ketika itu cuti semester pelajar sudah bermula.

Perjalanan ke pejabat lebih menenangkan berbanding ketika di bandaraya di tepi Selat Tebrau dulu. Kalau sebelum ini, udara pagi yang macam segar itu sebenarnya penuh dengan habuk-habuk yang kadang-kala sehingga mengganggu pandangan dan menyesakkan nafas, kini perjalanan saya dihamparkan dengan sawah padi yang menghijau dan udara yang betul-betul menyegarkan!

Walaupun perjalanan untuk pulang ke kampung setiap bulan (sebagaimana yang telah dijanjikan dengan abang dulu) amat memenatkan, tapi apa yang paling saya suka dan tidak ternilaikan adalah ijab dan kabul dalam setiap urusniaga walau pun dengan hanya perkatan - " Jua deh (Jual ya)!" dan kita membalasnya dengan kata-kata seringkas anggukan sahaja pun sudah cukup. Terlihatnya kesopanan budaya Melayu yang sudah jarang-jarang saya terima ketika berurusniaga dengan orang luar dari negeri tempat saya berada sekarang.

p/s: doakan saya terus berjaya ya! Yoroshiku Onegaishimasss

7 comments:

rudy bluehikari said...

gambatte kudasai~

asuhara sue said...

zutto arigato ghuzaimasu!

fajar said...

salam perkenalan dari saya asuhara. :)

Wah, jauh betul merantau ke tempat org mencari rezeki. tp, mengikut pengalaman saya yg selalu pulang ke negeri isteri, tempat itu cukup istimewa!

semoga Allah melimpahi rahmat dan rezeki yang berpanjangan.

Simanis said...

mel, check out my blog at www.chelindisini.blogspot.com ok.

asuhara sue said...

fajar:

salam perkenalan juga. Terima kasih sudi singgah blog saya ya!

jauh-jauh saya merantau, jauh lagi fajar & family merantau kan. Tapi x kisahlah kat mana pun kita, yang penting niat kita baik dan semoga dirahmatiNya yek!

Atashi:- FID DESU said...

Asuhara,

KF yakusoku masuk kan omai asuhara dlm doa tiap hari...
Oh! kalu nak sms dgn KF mintak no hp pada Terra..

asuhara sue said...

KF:

Domo arigato ghuzaimas!