Tuesday, February 26, 2008

Yoroshiku Onegaishimasssss

Pagi ni bermula dengan EGM. macam jarang-jarang dengar kan..Emergency Grand Meeting.
biasanya AGM dan dibuat awal-awal tahun. Semua nampak serious giler sebab nampak Ketua Fakulti kami yang agak tegang air mukannya. Saya yang tak nak mulakan pagi dengan kelam, buat-buat la cerita klakar yang akhirnya nampak berjaya laaa...

Dari 1 agenda ke 1 agenda lain sehinggalah kepada masalah student di asrama. Beberapa masalah dan isu pelajar mahupun warden yang menimbulkan isu yang secara logiknya dan nampak jelas tanpa perlu disuluh telah menggolongkan pelajar fakulti kami dalam lingkungan negatif. Kalau ditanya mengapa jadinya situasi seperti ini, maka saya belum dapat jawapan yang sebenarnya...
kerana saya masih mentah disini. Menyambut ulang tahun pertama berada di sini pun belum tiba waktunya. Kalau anak kecil, mungkin saya baru mula bertatih.

Walau bagaimanapun, dalam mesyuarat ini juga ramai yang telah mencadangkan agar saya menjadi warden bagi mewakili fakulti kami (nota: setiap fakulti perlu menghantar wakil untuk menjadi warden di kolej saya ini). Kerana apa saya yang dipilih? kata mereka ( kawan-kawan saya):

1. saya garang dan tegas
2. saya dah memang komiti Disiplin
3. bujang ( tak banyak komitmen macam yang lain2)
4. dapat elaun
5. ( dalam bisikan salah seorang rakan) inilah masanya nak lepaskan diri tanpa isu dengan housemate! (rujuk:Mungkin)

Sebenarnya saya tidak membantah langsung, cuma perlukan penjelasan tentang diskripsi kerja sebagai warden dan kemungkinan yang perlu diambil sekiranya saya ingin mengambil cuti yang panjang ( kerana setiap tahun saya akan cuba mengembara ke mana-mana destinasi sekurang-kurangnya 2 minggu sebagai hadiah ulang tahun diri sendiri). Jadi tunggu sajalah panggilan dari Pengarah atau Timbalan Pengarah! kalau tiada panggilan maknanya tak perlulah menjadi warden!

p/s: sesiapa yang ada pengalaman dan nasihat, nasihatilah saya agar boleh digunakan andai saya menjadi warden nanti. demo ne, kalau tak jadi pun masih boleh digunakan jugak kan? Yoroshiku Onegaishimas!

2 comments:

Irfan Jani said...

Hooo.. kalau aku jadi warden, aku nak jual hotdog panas malam2 kat depan umah. Tak pon, upah runner jualkan pon dah OK.

Bisnes beb.. bisness.. hahaha..

P/S: Jika anda dirudung masalah, sila fikirkan cara penyelesaiannya dari sudut bisnes. (sbnanye mmg aku otak aku ni pk bisnes je.. hahahaha)

SangPelangi dot com

P/S: Cik adik, tukar la sistem komen kat blog tu supaya semua orang yang tak ada Google boleh komen. Patik mahu meninggalkan link ni. Hahaha..

asuhara sue said...

irfan

amboii aiii..bisnes semata ehhh...
hopefully x jadi la warden tu..beso tanggungjwp dia...

p/s: nanti la eh, saya budak baru belajar ni. Tapi SangPelangi dah ada dlm link tomodachi saya kat blog tu!