Friday, January 14, 2011

hari ni,

pagi:
tiket parkir di ERL Putrajaya kehabisan walaupun masih banyak kekosongan. saya tak tahu agenda sebenar pihak pengurusan.

tengahari:
saya arkitek surat, jadi kita teruskan kerja2 surat menyurat, walaupun teknologi semakin canggih dan katanya hendak mengurangkan penggunaan kertas, tapi masih mahu bertulis. apalaa.....ok surat dibuat dan dihantar untuk semakan, kalau tak 2 kali pembetulan tak sah. bukan ke orang2 teknikal seharusnya gunakan ayat straight to the point? ini nak berbunga bagaii...patutlah banyak konsultant yang kaduk naik junjung.

petang:
jumpa ketua unit. ok mari dengar nasihat2 dan beberapa ayat marah kerana surat lambat dikeluarkan walaupun surat yang saya dapat itu lambat. tak campur lagi hujung minggu, boss tak ada, boss kursus, saya pun bercuti...welll..saya kan arkitek surat. tadah aje la. besok cuti.

p/s: ini adalah siri meluah perasaan sendiri. sonomama........

Monday, December 20, 2010

sekarang

waktu saya tahun 4, studio 400 terletak di aras tanah. pun begitu, siarkaki (hallway) yang selari dengan bilik2 studio dan pensyarah2 itu terdapat tembok setinggi 1m. betul2 berhadapan dengan pintu masuk ke studio 400 (kami cuma ada 1 pintu untuk keluar masuk kerana studio sudah dibahagi 2 dengan studio Pengurusan Projek- kalau bomba datang buat inspection pasti tak lepas!) oh! betul2 dihadapan pintu studio kami terdapat pokok bunga yang saya tak tau namanya, tapi berdaun keras, lebar dan besar seperti lidah buaya dan ada satu tangkai yang menujah langit memikul bunga2 berwarna putih. sampai sudah saya tak tahu apa nama bunga tu.tapi bunganya melepasi aras 1 bangunan studio ala le corbusier kami.

tapi bukan tentang bunga yang saya nak imbas kembali, tapi pasal tembok setinggi 1m bewarna merah jambu (tak de warna lain kaaa?). tembok tu penuh dengan lambang orang2 yang stress, geram atau mungkin gembira. hanya dengan initial tapak kasut semuanya terlepas dan melerai di situ. perasaan2 itu. dan rekabentuk tapak kasut yang paling banyak adalah tapak kasut saiz 4 dan semua orang tau atau dengan betulnya dapat meneka itu tapak kasut kepunyaan saya. waktu itu, waktu muda2 dulu tak ada lagi ayat2 seperti 'ada aku kisah?' , 'lu pikirlah sendiri' atau 'ishhhh cara laa kau'. biasanya selepas bekas tapak kasut saya melekat pada tembok setinggi 1 m itu berbekas, cuma ada ayat 'oiiii hang gila ka pa?' kalau waktu itu sudah ada ayat2 selamba seperti di atas, pasti ayat 'ada aku kisah?' yang paling layak saya berikan.

itu kisah saya, waktu dulu2, muda2, waktu perasan geng ali setan.....

sekarang, kalau nak melepaskan stress, kerenah orang2 yang lebih- berkuasa- menunjukkan- kuasa-yang-akhirnya-kita tersepit-sendiri saya cuma perlu beli sesuatu, OMG!........sebagai penyejuk perasaan bagi menggantikan tapak kasut saya melekat di dinding pejabat yang dah macam hospital- mentang2lah- kerja kami berkaitan-hospital!

p/s: maaf saya bukan doktor, nak m.c mintak kat Dr.tapi jangan mintak pada dr yang buat filem itu..opssssss!

Tuesday, December 14, 2010

cemburu


kadang-kadang saya cemburu pada saya yang dulu, saya yang ketika mengatur kata setiap kali membias suara pada anak2 bangsa sendiri, saya yang tak pilih hari bekerja, saya yang tidak mengira detik pulang, saya yang selalu mahu buat yang cemerlang.

saya rindu saya yang dulu.........

Wednesday, December 8, 2010

ok

ok, awak memang rajin bekerja, cuti pun bekerja, malam pun bekerja, itu semua pilihan awak bukan? jadi kenapa persoalkan orang lain yang juga bertungkus lumus bekerja mengikut masa kerana kekangan perkara luar pada waktu habis pejabat?

oh, satu lagi, bolehkah awak cantikkan sedikit ayat pertanyaan awak itu, seolah2 awak seorang yang banyak kerja sedangkan yang lain melangu menanti habisnya waktu mengetik kad pada ruangan keluar?



p/s: melayan aplikasi2 yang ditawarkan keitai baru (^0^)

Monday, November 1, 2010

JOM

ciliq ajak saya join bengkel fotografi oleh Noorizam Sabran atau nama comelnya ijam. memang comel pun dia ni, sangat sesuai dengan kamera leica yang dipegangnya.....huh jeles!

ijam mengajar kami yang 105 orang ini tentang asas fotografi. kalau nak tahu isi bengkel kami boleh tengok website ijam kerana anda boleh muat turun e-booknya dengan bahasa yang senang difahami. hontou! selain memanjat tangga batu cave yang tak mungkin saya panjat kalau tak ikuti bengkel ini, berjumpa dengan kawan2 baru juga memberi pengalaman hebat. bagi saya, memanjat batu cave boleh saya umpamakan dengan 1 kata pujangga jepun oleh Suguro Sensei tentang Fujiyama yang saya pernah baca di fb irfan jani:

"Ichido noboranu baka, nido noboru baka"



p/s: gambar yang saya tangkap sewaktu dibengkel akan saya masukan nanti, Insya Allah.-->ok, dah masuk pun...11.44pm.