Wednesday, July 28, 2010

mukadimah

saya selalu rasa saya tak bijak dalam berniaga, terutamanya perniagaan yang saya tak nampak proses jual belinya, contohnya macammmmm....MLM yang perlu cari orang2 bawah. memang saya kandaslah kalau ada subjek tu waktu sekolah...sebab tu saya selalu dapat 'cangkul' untuk sejarah..aiseh! tapi score untuk geografi, almaklumlah banyak contoh boleh nampak walaupun sekadar dengan gambar. realitinya saya lebih cepat faham benda grafik2 ni, macam carta ke, peta ke dan seangkatan dengannya daripada ayat yang panjang berjela-jela yang cuba menerangkan sesuatu. sama jugak bila travel, semua yang perlu dibaca akan dibaca shuhie, saya akan selesaikan perkara2 seperti peta, gps dan info bergambar. barulah seimbang ye tak?

umang aih...panjangnya mukadimah saya...sebenarnya saya nak bagitau yang saya sedang cuba berniaga. nanti saya tunjukkan. kalau tak beli pun, saya harap kawan2 dapat memberi komen pada saya yang baru belajar. Onegaishimasssss. inilah waktunya saya praktiklan marketing plan yang saya belajar dulu. nak tengok kemampuan saya sendiri, boleh dapat untung tak sebab subjek tu saya score A! (huh! macam saya sorang dapat A, ada dapat A+ lagi!)

ok, jadi sebagai permulaan, mana yang ada hajat nak rasa kerepek pisang tanduk dan kerepek rempah Mak Som (okasan saya tu) bolehlah bagitau, saya akan hantarkan pek percubaan dengan percuma sahaja!



p/s: dah nak puasa? alamak, pasport tak buat lagi........yabaiii

4 comments:

KAMATO said...

kat opis pun ramai yg dah jual kuih raya

asuhara sue said...

kamato: biasalah tu kan bro. saya kat opis ni sapa yg tau je lah order, saya tak jual macam yang lain2 tu.

Atashi:- FID DESU said...

Imoto chan..

GAMBATTE KUDASAI neh dgn biz baru..onechan mmg tak pandai berniaga nak2 bila time org berHUTANG malas nak KUTIP
ramai berkata BERNIAGA bolh buat UNTUNG lebih tp kalu semua dah BERNIAGA sapa plk nak jd PEMBELI...betul tak??

asuhara sue said...

KF:
hahaha, betulllllah ne-chan!
anyway, arigatou!