Tuesday, April 13, 2010

안녕하세요

tajuk tu bunyinya, anyonghaseyo (selamat pagi, petang, malam dan mana2 selamatlah, janji bukan kassim selamat)

Alhamdulillah. hari ni mula bekerja semula. perasaan? macam biasa pun, tapi mata ada mengantuklah sebab dah 2 malam sebelum ini tidur lambat walaupun di luar suhunya 5 darjah C. tapi kerja menanti dah dijangka. nasib baik dapat anak2 buah yang boleh diharap walaupun mulut membebel saja. dah penat senyap lah tu.

kami pergi untuk sakura, tapi sakura belum full bloom sebagaimana jadual alam yang biasa. tapi banyak juga yang dah cantik berbunga sekitar seoul. perkara paling seronok dan sangat2 tak boleh lupa bila kami dihujani sakura waktu menghabiskan saki-baki won yang ada di douta (shopping mall). rasa macam dalam drama pulak! \*v*/. tapi tak sempat nak rakamkan gambar sebab terlalu gembira. ehem, bukan kami saja tau, orang2 tempatan pun sama teruja!

diantara kami ada yang pergi kerana winter sonata. hahaha saya mula2 pun begitu. tapi perasaan ke nami island (lokasi winter sonata) tak sama kalau nak dibandingkan dengan perasaan berada di lokasi haikei chichiuesama (tokyo) & yashashi jikan (hokkaido). mungkin, kalau junsang ada, baru rasalah kot...hahahahha berangan! akhirnya cita2 nak menyedut udara yang sama dengan junsang dah tercapai, tapi hidung saya berdarah kerana tak tahankan cuaca sejuk (perasaan nak duduk negara 4 musim, tapi sejuk sikit dah tak tahan! cheh)

saya cuba cari buku catatan perjalanan BYJ, tapi sayang, tak berjumpa.*__*, .

p/s: korea tidak seperti yang terlukis di fikiran saya.

2 comments:

malkomal said...

hmphhhffhh.. sudah pegi ker?? hmmmphhhfffhh.. jeles weh..

asuharAsuE said...

hehehehe...x yah jeles, x best sangat pun