Sunday, September 20, 2009

Lebaran

Salam Lebaran untuk semua yang kenal dan singgah ke sini. Pohon Maaf zahir & batin- jaluk ngapuro seng akeh2. Saya di Singapura sekarang, ke rumah pak cik yang tinggal berasama nyayi saya. inilah kali pertama saya melalui CIQ yang baru, hari raya kan, jadi sesak tetap sesak, namun masih boleh diterima akal lagi kesesakannya. dan inilah kali pertama juga rizki ke kota singa.

di kota singa ini aidilfitri memang sangat2 dirasai. meriah. bukan kata di malaysia tidak meriah, cuma kemeriahannya kadang2 sampai berlebih2an. yang menariknya orang2 singapura sekeluarga akan mengenakan busana raya yang sama warna dan adakalanya sama fesyen. mungkin juga untuk kemudahan mengenali ahli keluarga sekiranya mereka berjumpa secara beramai2.

pangsapuri pak cik saya tidaklah besar sangat, dengan pangsapuri HDB 5 bilik, bila waktu beraya seperti ini memang tak cukup bila semua anak2 nyayi saya datang serentak. sampai saya pun tak tahu nak duduk mana...heheheh..apa pun saya sangat2 gembira. bukan mudah untuk berjumpa mereka bila hari biasa walaupun secara dasarnya semua orang tinggal ditempat yang idak jauh antara satu dengan lain. nak buat macam mana kan, setiap orang punya rutin hidup sendiri.

jadi, sempena aidilfitri ini, sekali lagi saya pohon maaf zahir dan batin sepanjang tertulisnya perkataan yang keluar dari hati saya ini membuatkan ketidaksenangan perasaan sesiapa...( ada ke? >_<. honto ni gomen nasai!

p/s: misi raya kali ini untuk ziarah keluarga dan kawan2 sebanyak mungkin! Insya Allah.

4 comments:

Atashi:- FID DESU said...

Imoto chan..Xdtg pun rumah Ni chan..maknenaya misi raya masih blom trcapai tuuu

asuhara sue said...

ni-chan, gomen ne, aktiviti penuh jek..tak pe nanti2 asu singgah ok?

artakus said...

ni bilo pulak ekau nak ghayo kek ghumah eden ni hah! ponek eden buek kueh ghayo. abih gitu ajo dah! tinggal air sighap ajo nih! ^_^

asuhara sue said...

takpo sighap pun sighap la limmm