Monday, August 24, 2009

kyowa

saya batuk sekarang ini. tapi bukanlah batuk berpanjangan, sekaliiiii sekallaaaa berbunyik, cuma bila dah mula tu, sampai keluar air mata menahan gatal di tekak. yelah kalau bulan2 lain barangkali sudah diteguknya air, atau tidak pun strepsils bermain2 dalam mulut. mungkin juga kekerapan yang tak kerap ini kerana kita sedang berpuasa dan makanan terakhir yang masuk melalui leher saya ini pun malam semalam sewaktu berbuka. jadi radangnya yang menjadi2 hanya berlangsung ketika tidur.
di pejabat ada orang telefon, bila mendengar suara saya, dia bertanya kenapa tak m.c saja. saya dengan gelak2 katakan yang saya ini pekerja cemerlang, jadi sakit sedikit saja dan tak perlukan m.c (walaupun saya rasa sangat enaknya kalau dapat berbaring!). ayat terakirnya buat saya terdiam, "nanti berjangkit pulak pada orang lain". helloooo saya bukanlah warganegara yang tidak bertanggungjawap tau, saya tahu bagaimana nak mengelakkan berlakunya penyebaran virus batuk saya nih..kalau tak puasa mungkin itu jawapan saya. heh. sabarrr....
mujur juga perasaan yang sedikit kacau tadi dapat dilitupi dengan senyuman2 musshumuru-kun, fuhhh legaa....hehehehe...
p/s: akhirnya saya dapat vitamin s!

5 comments:

Nida Shaari said...

waaaahhh

gembira je kedengarannya.

bila lah nak jumpa awak kan. he he he

asuhara sue said...

madulebah:

gembira?biasa2 jek.
entah tu bila tah nak jumpa kita, dah naik belapuk fridge magnet ni tau!

artakus said...

vitamin s? vitamin apakah itu? mesti ada jual kat orang tersayang je nih? hehehehe

asuhara sue said...

artakus:
vitamin s tu cuma ada kat opis jek.hahaha..!

Atashi:- FID DESU said...

Artakus - Ni chan pun tau vitamin M aje...

Assu.. Ni chan pun sama masih
batuk2 kata mak buat minum "KICAP+LIMAU NIPIS" tapi tak terbuat plk di sebab kan phobia dek recepie melalut ni..
Kkd org2 ni tak paham, yg patut di MC & berjangkit tu kena lah pakai MASK bkn semua nya sakit yg bolh baik dlm MC 1-2hari aje..bukti nya Ni-chan ni dah lama batuk2..rasanya tau knp sbb kalau makan "watermelon" tu kalu tak 1/4biji itu tak namanya makan "watermelon" ha3 akibat nya huk huk huk ...