Thursday, June 25, 2009

potensi

saya ada teman yang ada kemahiran 'mengira' potensi diri seseorang melalui tarikh lahir.
tapi awas ya, dia bukanlah menilik nasib. semuanya adalah berdasarkan kajian yang dijalankan bertahun-tahun ke atas personaliti dan ragam hidup sample2 yang diambil.

saya juga sudah hulurkan padanya tarikh lahir saya, tapi memandangkan kesibukkan sebagai pengajar kolej yang berdedikasi, dia cuma sempat memberikan 1-2 potensi saya. Antaranya saya ini sudah berada di landasan kerjaya yang betul (potensi saya dalam bidang seni!) dan saya mampu mempengaruhi orang. saya ambil semuanya sebagai perkara positif. betul juga lah kan, kuasa mempengaruhi itulah yang saya titipkan pada pelajar2 saya dulu. Minna, benkyo gambatte no ka?. Ah! terbawak2 pulak cerita lama. tapi kalau cerita itu boleh buat saya tersenyum sendirian, tak ada salahnya kan. malah itu pun salah satu yang saya anggap kejayaan dalam hidup saya.

sekarang ini sedang bertungkus lumus menyatukan diri dalam projek sulung saya. sudahlah ketua projek saya sangat, sangat, sangat tegas dan garang, mujur saya punya team rekabentuk disiplin lain yang sangat bekerjasama. dan lagi saya sudah ada booster yang menjana semangat untuk menjadi pekerja cemerlang. Ah kalau di tempat kerja terdahulu pun saya boleh, masakan tidak di sini kan? Insya Allah.

p/s: gambare masho ka!

6 comments:

KAMATO said...

Boleh...mesti boleh, kalau dulu boleh, sekarang insyallah boleh

asuHara sU said...

KAMATO:
Terima Kasih Bro! ganbarimas!saya akan berusaha!

artakus said...

hahahaha....patut la aku mudah terpengaruh dengan ko dulu! ^_^

asuHara sU said...

eh, ye ker? honto? apa yg ko tepengaruh?

FID said...

Wa ni sudah baik bagi yg Nichan punya plk

asuHara sU said...

hehehe..ni-chan pegi mintak terra!hahah kalau org lain berbayar tuuuu!