Thursday, January 8, 2009

manakah?

saat orang membuat resolusi sempena tahun baru tak kiralah hijrah atau masehi, saya didatangi demam malas bekerja. saya tau, teruk bunyiknya, tapi itu kenyataannya. saya menjangka semuanya berpunca dari cara hidup saya yang berbeza selepas berpindah ke sini. awal pagi saya ke tempat kerja, lewat petang pulangnya, sampai rumah- makan, tengok tv sebentar ( House, contohnya malam kelmarin), belajar beberapa teknik menangkap gambar dan tidur. berulang pusingan hari. bila hujung minggu saya jadi malas untuk beraktiviti sementelah rumah kakak itu perkhidmatan pengangkutan awamnya seperti biskut membuatkan saya semakin malas bergerak.

Huh! alasan...

sedang saya memberi kata gambatte pada sensei saya yang terpaksa berpindah ruang mencurah khidmat, atau adik yang sedang mencari pekerjaan atau seorang kawan yang katanya berada di wad yang entah apa penyakitnya serta si kecil amir yusof di glasgow dan juga pada para saudara yang berjuang dari kerasnya kuku besi di bumi palestin, saya di sini boleh pula merasakan perasaan ini?

Entah siapa yang akan berasa gembira dengan perasan ini agaknya?

Lalu, buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman yang saya jadikan pengisian luang waktu dalam perjalanan pergi dan pulang dari pejabat, banyak mengubah persepsi atau perasaan malas saya ini. Alhamdulillah. bacaan demi bacaan buat saya tersedar dan yang paling berkesan bila ayat ini sering berulang dan membuat saya juga sentiasa mengingat.

" Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?"
(surah Al-Rahman ayat 36)

p/s: saya mahukan hari saya yang ini lebih cemerlang dari semalam. Insya Allah. Gambare masho!

4 comments:

malkomal said...

sama sama kita berusaha menjadi yang lebih baik yer..

ganbatte ne..

Nida Shaari said...

Oh, sempena hari Jumaat - penghulu segala hari, saya juga menyeru kepada diri saya untuk lebih baik dan cemerlang dari hari-hari sebelumnya.

asuhara sue said...

eves, madulebah:

gambarimasho ka!

Anonymous said...

滿..........................