dah 2 minggu rupanya tak update blog ni.
macam2 hal yang berlaku. Alhamdulillah, kebanyakannya yang positif walaupun terpaksa bersengkang mata macam zaman study dulu. bidang ini memang perlu pengorbanan masa dan mata. jadi sesiapa yang punya anak yang ada riak2 minat dunia arkitektur ini, maka sediakanlah kata2 semangat untuk dia terus bersemangat nanti. :).
walau apa pun, manalah ada kerja yang tak punya cabaran kan? desho ne?
hari ni ke tempat kerja dengan mata separuh. malam tadi menempuh 'jammed' di nilai-seremban PLUS. fuhh... saya yang duduk di belakang pun berpeluh apalagi pilot2 kereta. bila ini terjadi, hanya kesabaran yang menjadi tunggak keselesaan.
sampai di rumah, berkemas2 dan terbuka astro prima yang sedang tayangkan unguviolet. saya belum lagi menonton cerita ini, ok memang tu cerita dah lama dan agak lapuk, tapi dek kerana minatkan padi ( penyanyi soundtrack cerita ini) saya gagahkan juga melayari cerita ini hingga ke pukul 1. sudahnya...-_-
*****************
dua minggu sudah saya sempat menjejakkan kaki ke bumi bali. pertama kali ke tanah seberang indonesia. dengan 3h2m kami ber-5 ( saya, shuhie, isz, pn. salmah dan marina) berputar2 sekeliling bali dan merasa makanan2 tradisinya serta kopi bali yang istimewa rasanya serta kopi yang termahal di dunia ( menurut kata orang2) saya pasti kalau diceritakan proses penyediaan kopi termahal ini pasti ada yang tak sabar mencubanya!
isz gila dengan arkitektur bali, saya biasa2 saja kerana itu bukan konsep yang saya suka...tapi tetap menghargainya...saya lebih tertarik dengan senibina indonesia moden yang jelas terlihat sensitivitinya pada keadaan setempat ( huh tidak macam di malaysia ini yang berlumba2 dan gah dengan konsep luar yang tak sesuai langsunggg dengan cuaca setempat!) sempat juga ambil batu2 dari gunung berapi yang diguna untuk membina bangunan di sana! terpegun dengan landskap padi bertingkat dan hasil kerja rapi dari batu2 keras.
sempat singah membeli lukisan yang murah 'gila' harganya (of course lah, sebab tak asli) oleh kerana itu aktiviti 'melicinkan' duit yang ada, jadi dengan 'belen2' (baca: balance) duit yang ada saya cuma dapat 3 keping lukisan abstrak. jadilahhh....
balik sambil2 menunggu penerbangan pulang ke kl, shuhie tercicirkan lukisan isz, walaupun macam2 kaedah digunakan, malangnya sampai ke sudah, lukisan tu tak dijumpai. kesian isz. beria2 tawar-menawar waktu membeli.
hidangan pertama kami: ayam bakar, tempe penyet, sayur
tanah lot
padi berteres
kecuali isz, pn.salmah, shuhie, marina tekun mendengar penerangan abdul
galeri lukisan yang kami singgahi
malam terakhir merasa masakan jawa timur
uluwatu
uluwatu: perawan bali yang jadi pujaan isz
pantai kuta: kunjungan akhir sebelum berangkat balik
p/s: kami mungkin ke sana lagi!
7 comments:
niceee.. terimbau balik masa g bali last year..
and yeaa.. entah bila tapi kami juga menyimpan niat untuk ke sana lagi.. :)
rasanya semua yang p sana nak datang semula mcm kita ni!
nampak mcm best je..teringin plak nak g...
p/s: arkitek merupakan cita-cita saya sejak kecik tau tapi apakan daya..tersilap pilih 'simpang' suatu masa dulu..
best...p le kaff..
p/s: it's ok, sekarang pun u r an architect of your own future! gambare masho!
Bila sebut Bali terus teringat Made Wijaya. :)
eheee...
peminat made wijaya la ni eh kang?
ikitai kedo..itsuka...
Post a Comment