Tuesday, April 1, 2008

Tsukareta

Selepas bercuti hujung minggu dan ditambah 2 hari sempena ulang tahun keputeraan Sultan negeri ini, saya tertonggok lagi di hadapan pc ini. Sebenar-benarnya perasaan saya masih di Johor bersama-sama keluarga. Home sick konon-kononnya! lol

cuti kali ini dihabiskan dengan percutian keluarga di Desaru. Tapi gambarnya masih 'melekat' dalam digital camera kakak di Johor. Nantilah saya upload bila sudah mendapat gambarnya. Kami bermalam di Damai Beach Resort. Secara kasarnya, bangunan resort ini memang nampak buruk dan seperti ditinggalkan, tapi pandangan dari laut masih bisa menggamit perasaan untuk menyatakan ianya menarik apatah lagi jika memandang ke horizon yang membiru.

Malam itu kami ber' b-b-q' daging dan kambing untuk kami adik beradik dan mak ( kecuali abang sebab ada darah tinggi)dan untuk anak-anak yang 7 orang itu daging beger dan hotdog. Semuanya gembira ( mungkin inilah sebab saya jadi homesick!), kami adik beradik berbual-bual cerita yang kadang2 sudah diulang entah kali keberapa, anak2 berlari dan bermain pasir yang putih.....bahagia rasanya... Hilang semua penat dan lelah membakar daging-daging dan berendam waktu siangnya.

Sekarang ini, warna kulit yang sememangnya sudah gelap bertambahlah gelap! nasib baik serinya masih ada!( perasan!). Apapun kenangan bersama keluarga adalah kenangan terindah buat saya.

p/s: Pukul 7.00pg baru sampai ke rumah dan terus bersiap ke kolej! Tsukareta (penatnyaaa)

2 comments:

Taiki said...

bila balik kolej tugasan menanti kita faito.. asuhara

asuhara sue said...

aliff:

a ah kan. Tapi semangat tu Insya Allah dah bertambah. macam pegi cas bateri gitu!