Wednesday, April 2, 2008

April

Semalam hari pertama bulan April.
Kebetulan hari ulang tahun anak sulung kakak saya yang ke-9 tahun.

'Tanjobi Omedeto, Abg Heikal!'
( apa nak bagi ye?)

semalam juga hari pertama menulis dalam diari dari Jepun yang dibeli juga dari internet. Tapi bila jemari merasa cantiknya setiap helaian dan kualitinya kertas, hati jadi sayang untuk menulis, waimah 1 huruf pun.

Saya tersenyum panjang. Klakar dengan diri sendiri. dalam hati berbisik:

' dah beli mahal-mahal dari jauh, limited edition pulak tu, tak tulis apa2 pun ke Sue?'

Cuba capai pen Lamy saya, tapi berhenti lagi saat mata hitam pen mahu bersua dengan kertas pada catatan 1 April 2008. Akhirnya saya kalah, saya simpan semula diari tu dalam kotaknya yang tertera huruf A yang besar, yang hampir memenuhi buku bersaiz A5 itu. Saya tersenyum lagi. Mencapai pula buku resepi yang dititipkan beserta diari tersebut.....nampak sedap semuanya, perut pun lapar jadinya.

Saya ke dapur dan diari tadi tersimpan dalam kotaknya sampai saat ini tanpa 1 huruf pun terhasil dari jemari saya!

p/s:bakara shee neh? (tahapa-hapa jek!/ How silly!)

4 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Tak apa. Boleh simpan dalam almari kaca. Buat perhiasan. :D

mafiqam said...

adehh...
elok guna daripada simpan

la ni
cuma sayang di mata

bila dah tulis nanti
dekat di hati

kuikuikui...

Simanis said...

Kalu aku pun aku simpan. sayang le kan sbb lawa sgt. macam le paper bag yg collect....time desperate nak pakai sanggup aku tak pakai.pakai bag pastik je.anyway, bape reganye? sure mahal bebeno kan?

asuhara sue said...

Purp :

(panggil nama ni ok tak? mcm sinaganaga)

eheheeh...a ah kan, ada oeang pun sanggup beli perhiasan semata-mata!

mafiqam:

thanks sudi singgah ya.

kuikuikui...
akhirnya saya tulis juga sesuatu!


simanis:

a ah la kan..tingat ko simpan paper bag n wrapers dolu2 kan...
tak de lah mahal sangat...tapi kalau nak beli sendiri, harga tiket boleh beli 15 buah diary tu!

p/s: aku dah terjangkit gegel shopping online! Nasib baik aku x guna cc skarg nih! Fuhhhh...legaaa -_<