Tuesday, February 26, 2008

emosi

Sebel,
marah,
geram,

berdiri lalu
aku duduk
cuba pula berjalan
untuk kurangkan amarah yang
tersebar.

Dengan nama Tuhan,
aku makan kek coklat
yang tertinggal...
kunyah dan telan
membawa emosi yang bersarang...

Alhamdulilah

Yoroshiku Onegaishimasssss

Pagi ni bermula dengan EGM. macam jarang-jarang dengar kan..Emergency Grand Meeting.
biasanya AGM dan dibuat awal-awal tahun. Semua nampak serious giler sebab nampak Ketua Fakulti kami yang agak tegang air mukannya. Saya yang tak nak mulakan pagi dengan kelam, buat-buat la cerita klakar yang akhirnya nampak berjaya laaa...

Dari 1 agenda ke 1 agenda lain sehinggalah kepada masalah student di asrama. Beberapa masalah dan isu pelajar mahupun warden yang menimbulkan isu yang secara logiknya dan nampak jelas tanpa perlu disuluh telah menggolongkan pelajar fakulti kami dalam lingkungan negatif. Kalau ditanya mengapa jadinya situasi seperti ini, maka saya belum dapat jawapan yang sebenarnya...
kerana saya masih mentah disini. Menyambut ulang tahun pertama berada di sini pun belum tiba waktunya. Kalau anak kecil, mungkin saya baru mula bertatih.

Walau bagaimanapun, dalam mesyuarat ini juga ramai yang telah mencadangkan agar saya menjadi warden bagi mewakili fakulti kami (nota: setiap fakulti perlu menghantar wakil untuk menjadi warden di kolej saya ini). Kerana apa saya yang dipilih? kata mereka ( kawan-kawan saya):

1. saya garang dan tegas
2. saya dah memang komiti Disiplin
3. bujang ( tak banyak komitmen macam yang lain2)
4. dapat elaun
5. ( dalam bisikan salah seorang rakan) inilah masanya nak lepaskan diri tanpa isu dengan housemate! (rujuk:Mungkin)

Sebenarnya saya tidak membantah langsung, cuma perlukan penjelasan tentang diskripsi kerja sebagai warden dan kemungkinan yang perlu diambil sekiranya saya ingin mengambil cuti yang panjang ( kerana setiap tahun saya akan cuba mengembara ke mana-mana destinasi sekurang-kurangnya 2 minggu sebagai hadiah ulang tahun diri sendiri). Jadi tunggu sajalah panggilan dari Pengarah atau Timbalan Pengarah! kalau tiada panggilan maknanya tak perlulah menjadi warden!

p/s: sesiapa yang ada pengalaman dan nasihat, nasihatilah saya agar boleh digunakan andai saya menjadi warden nanti. demo ne, kalau tak jadi pun masih boleh digunakan jugak kan? Yoroshiku Onegaishimas!

Monday, February 25, 2008

Perasaan

Perasaan saya sekarang berada di tempat ini sebenarnya....



untuk melihat pameran ini sebenarnya....



Hakikat sebenarnya.....
Saya di sini.....



Dalam hakikat kasihmu ku ikat,
dalam firasat dukaku terubat,
segala pertanyaan tiada terjawab,
dalam debar mencari kasih

Sunday, February 24, 2008

Ahad

setiap hari ini, rutin kerja saya memenuhi ruang waktu yang ada, bermula dari 8.00 pg hinggalah menjelang petang. kerana itu jika saya terpaksa bercuti kecemasan(macam hari raya cina haritu)sukar untuk mendapatkan masa yang sesuai untuk menggantikan kesemua waktu yang tertunda.

saya mengajar sejarah khusus dalam bidang saya. tapi masih lagi berkaitan dengan sejarah tamadun dunia. Seingat saya, saya adalah antara pelajar yang lemah dalam sejarah ketika di sekolah menengah... masalah betul nak mengingat tarikh. Kerana itu saya lebih gemar subjek geografi, kerana jika saya tak faham, saya boleh tengok gambar sama ada di tv atau di buku-buku rujukan atau terus ke lokasi yang sebenar. Itulah mungkin kekurangan saya yang saya gunakan dalam memberi kefahaman kepada pelajar.saya telah ubah kelemahan saya menjadi kelebihan dalam memberi penerangan menggunakan pelbagai bentuk bahan visual. Nasib baiklah sejarah dalam bidang saya ini dapat dilihat tinggalannya sehingga kini. Jadi mudahlah untuk melihat dan membuat kesimpulan.

Bak kata orang satu gambar bernilai seribu perkataan( 1 picture is worth a thousand words)- kalau silap pendefinisian saya, minta dibetulkan! Onegaishimas! Selain itu, minda kita juga berfungsi dengan mengingat secara visual ( ini saya dapati ketika berkursus dengan Osman Affan). Kalau tak percaya cuba aktiviti ni....

pejamkan mata dan bayangkan pokok yang lebat daunnya... saya pasti mesti akan tergambar sebatang pokok yang daunnya lebat dan banyak sekali. betulkan? Cubalah kalau tak percaya!

Thursday, February 21, 2008

Pelik

Dua tiga hari kebelakangan ini ( kemarin dan kemarin dulu kalau ikut orang-orang di sini) macam-macam yang pelik berlaku di sekitar kawasan rumah sewa saya. Mungkin pelik bagi sesetengah orang, tapi pelik yang biasa bagi sebahagian yang lain.

Apa yang saya katakan pelik kerana, jika petang kemarin saya senang-senang dapat menikmati kebiruan langit dan kemulusan putih awan, hari ini, sewaktu pergi kerja pandangan saya telah terhalang oleh 'langsir-langsir' dan 'tabir-tabir' yang dipasang setinggi tiang lampu. Walaupun kombinasi warnanya yang masih harmoni ( biru dan hijau)tapi nikmat penglihatan saya sudah berkurangan.

Semalam sewaktu saya pulang dari kerja, jalan yang pada pendapat saya masih sangat elok, telah dibaikpulih. Entah apa yang sakit hingga dipulihkan. Tapi nikmat perjalanan semakin menenangkan tatkala melalui jalan comel yang di kiri dan kanannya terdapat banyak sarang labah-labah besar ( sarangnya pun besar lah! yang menurut kawan saya seperti di Jurrasic Park ;)).

Itulah keadaan pelik yang saya pelikkan. Sekejap tak ada, tiba-tiba ada. Cuma apa yang saya harapkan adalah, janganlah selesai agenda nanti, 'langsir' dan 'tabir' itu menjadi sampah yang tiada harga! ( sampah pun ada harganya tuuu). Kalaupun sudah susut nilainya, janganlah dia menjadi bahan pembawa kesan negatif persekitaran. Membaikpulih jalan biarlah ianya pulih lebih baik dari sebelumnya kerana jalan itulah yang digunakan orang ramai.