Thursday, March 25, 2010

tsumara nai

apa-apa aje lah.

semalam cuti.
sebab saya rasa saya tak boleh bekerja dengan jayanya.
hari ni?

p/s: dah tengok alice in wonderlando?

Alice in Wonderland Visual Guide

Alice in Wonderland Hatter Ring

Monday, March 22, 2010

owharggg

tiba2 berperasaan nak make-up blog,
tapi tiba2 tak sempat sebab ada perkara yang perlu dikejarkan...

urghhhhh....

p/s:isk isk isk yabaiiiiii

Friday, March 19, 2010

hisashiburi

lama dah tak update blog sendiri (ayat piawai seorang blogger tak berapa tegar). isogashi ne......(sibuk laa...) dengan kerja pun ya, kemas rumah tak habis2. macamlah banyak sangat barang2 yang nak dikemas. apa pun hal major dah diselesaikan, Alhamdulillah.

jadi kalau sesiapa macam pernah nampak aparto (apartmen) macam ni, cuba seru nama saya, kot2 saya terdengar, silalah datang ke rumah. kalau bawak makanan lagi bagus. hehehe. joudan! joudan! (gurau2 je).

saikin (lately) saya dah tak tengok sangat cerita di tv kerana melayan cerita ini . berkisahkan perjalanan kerjaya seorang ketua salah sebuah unit baru yang mengendalikan anak2 buah yang semua ada sejarah tersendiri dan entah apa2 je..(macam berlaku je dalam jabatan saya ni????!!!).cerita ni banyaklah menang anugerah kat jepun. pelakon utama cerita ni, asalnya pelakon kabuki atau teater wanita dan pembantu2 yang mantap2 seperti takenouchi yutaka yang saya kenal sejak zaman belajar dulu.

Wednesday, March 3, 2010

tomodachi


gajet baru sangat menarik2 perasaan

buku baru untuk meneman perjalanan.

p/s: "dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asma ul-husna (nama-nama baik)- Surah Taha:8

Monday, March 1, 2010

remis

hujung minggu sudah kami ngelencer ke pantai remis.hajat hati nak berpiknik. piknik sangat ler.pantai remis ni lebih kurang je dengan pantai di kampung.apa? tokyo? takk..pontian...heheheh (perasan la tu) tapi pantai di pontian kalau tak ditambak, harus tak boleh nak berkejar-kejaran di tepi pantai. ini disebabkan pantai pontian adalah pantai pokok bakau yang sebahagian daripada kawasan ramsar.

err...nampaknya entri saya dah lari tajuk ni....\^_^/

kami sampai dalam pukul 10.30a.m, di pantai sudah ada beberapa orang sedang mencari remis. pada saya, remis itu adalah anak2 lala yang sedap kalau ditumis letak cili dan bawang putih+sos tiram. mula2 tengok , lama2 cuba pulak cari. bersemangat betul konon...akhirnya dapatlah dikumpulkan 20-30 biji/ekor remis..hahah. habis peluh, kami balik dengan sekilo lala yang berkulit coklat gelap (yang ini beli ok!). katanya sedap digoreng berlada...memang sedap pun, manis rasanya. di hakodate pun tak de tuh! selain dari tu, 1kg mentarang pun kami beli untuk eksperimen rasa. sesiapa yang tak tahu tu, sila menuju ke kuala selangor, pasti anda menjumpainya. balik, kakak masak rendang yang tak berapa rendang sangatlah. ok, sedap, cuma rupabentuknya yang agak pelik, membuatkan saya cuma merasa seekor/sebiji je.

bila dah berjalan, keletihan, almaklumlah bertungkus lumus mencari remis ( kalau dah pergi pantai remis, mesti la kena cari remis kan, tak gitu?) hilang dah rancangan balik ke putrajaya......tsukaretaaaaaa

p/s: mahalnya kekabu kat kuala selangor?