semenjak dua menjak ni rasanya life tawar jek...
mungkin rutin harian semakin menampakkan coraknya...
dan saya semakin menyatu didalamnya.
p/s:beautiful days, arashi
Monday, January 12, 2009
tawar
Thursday, January 8, 2009
manakah?
saat orang membuat resolusi sempena tahun baru tak kiralah hijrah atau masehi, saya didatangi demam malas bekerja. saya tau, teruk bunyiknya, tapi itu kenyataannya. saya menjangka semuanya berpunca dari cara hidup saya yang berbeza selepas berpindah ke sini. awal pagi saya ke tempat kerja, lewat petang pulangnya, sampai rumah- makan, tengok tv sebentar ( House, contohnya malam kelmarin), belajar beberapa teknik menangkap gambar dan tidur. berulang pusingan hari. bila hujung minggu saya jadi malas untuk beraktiviti sementelah rumah kakak itu perkhidmatan pengangkutan awamnya seperti biskut membuatkan saya semakin malas bergerak.
Huh! alasan...
sedang saya memberi kata gambatte pada sensei saya yang terpaksa berpindah ruang mencurah khidmat, atau adik yang sedang mencari pekerjaan atau seorang kawan yang katanya berada di wad yang entah apa penyakitnya serta si kecil amir yusof di glasgow dan juga pada para saudara yang berjuang dari kerasnya kuku besi di bumi palestin, saya di sini boleh pula merasakan perasaan ini?
Entah siapa yang akan berasa gembira dengan perasan ini agaknya?
Lalu, buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman yang saya jadikan pengisian luang waktu dalam perjalanan pergi dan pulang dari pejabat, banyak mengubah persepsi atau perasaan malas saya ini. Alhamdulillah. bacaan demi bacaan buat saya tersedar dan yang paling berkesan bila ayat ini sering berulang dan membuat saya juga sentiasa mengingat.
" Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?"
(surah Al-Rahman ayat 36)
p/s: saya mahukan hari saya yang ini lebih cemerlang dari semalam. Insya Allah. Gambare masho!

Monday, January 5, 2009
sebenarnya
kalaupun sudah lewat, SALAM MAAL HIJRAH untuk semua
walaupun beberapa hari sudah berlalu, SELAMAT TAHUN BARU.
kita ini sebagai manusia yang punya perasaan pasti terasa hatinya, andai orang yang rapat dengan kita asyik-asyik bercerita tentang orang lain, sering betul memberitahu kebaikannya atau keistimewaannya. saya juga akan tercuit hatinya walau hati memujuk - suka hati dia lerrrr...
tapi sang peneman saya yang rapat betul dengan saya ini, yang merapatkan saya dengan anda semua, yang diciptakan manusia mungkin juga merajuk... kerana sejak sebulan dua yang lepas saya gemar benar berceritakan tentang spesisnya yang berwarna-warni, nampak elok di mata, sejukkk mata memandangnya...:) tidak seperti dia yang gelap pekat hitam dengan jaluran perak. JUNSANG namanya. habis saya godeh cuba2 memujuk [ baca: membaiki] dia agar terus bekerjasama dan menemani saya. maka kerana itulah, blog saya ini tidak diperbaharui entrinya sehinggalah ke hari ini. sebenarnya, sampai ke hari ini dia masih lagi diam, cuma kadang2 dia tunjukkan mukanya itupun cepat2 dia mematikan dirinya semula. sudah dibawa berjumpa pakar, hajat hati nak menaiktaraf lagi keadaannya, tapi saya diberikan jawapan hampa.
Akibatnya.....
saya telah terbeli sesuatu yang saya senaraikan dalam deretan resolusi saya tahun sudah. walaupun sudah melepasi waktu, tapi saya berjaya juga mendapatkannya. dia-ippei ( sempena nama watak utama cerita ini, yang gambar2nya sangat cantik dan watak ippei itu sendri yang kuat semangatdan terus2an belajar) jadi saya dapat 2 dalam 1! penenang rasa + menunaikan resolusi. maka sehari dua ini sudah macam2 gaya dan model yang terakam di memorinya. hahaha...kalau orang baru pandai bawak kereta dan pantang tengok kereta digelar gila stereng, kalau saya?:)
p/s: moga hijrah kali ini membawa kita lebih kepada kecemerlangan. doakan saya berjaya ya!

Friday, December 19, 2008
seminggu
seminggu bercuti hari raya korban, puas tak puas sangatlah duduk di kampung. macam2 hal berlaku di kampung. isu politik lah, longkang digali untuk elakkan banjirlah (walaupun kampung kami tak pernah banjir seumurnya hidup saya!), majlis perkahwinan yang diadakan sehari sebulum raya korbanlah dan sudah tentu Hari Raya Korban yang kuyup. Tahun ini kampung kami berkorban 5 ekor lembu dan 3 ekor kambing. penuh semua peti ais. Alhamdulillah. manisnya daging fresh kan?dalam perjalanan pulang ke sini saya dapat panggilan memberitahu saya perlu menghadiri seminar IBS di Kelantan. Jadual seminar yang penuh membuatkan kami pendek langkah ditambah pula denga hujan. almaklumlah masih dalam musim tengkujuh di sana. air sungai kelantan di depan hotel sentiasa penuh. tapi kalau dah di KB tidak 'meronda' macam tak sah kan? sudahlah tepu kepala dengan seminar, bilik pulak tiada tingkap! ( huh! hotel with no view daa) dapat juga singgah di Pasar MPKB, Pasar siti Khadijah dan sekitar hotel yang berhampiran istana lama. cuma terkilan tak dapat makan nasi kukus...( nasi kukus di KL tak best!)
ole-ole dari Pasar Siti Khadijah, Pauh Mentega/lemak..oishiiii
p/s: IBS- Industrialised Building System
Wednesday, December 3, 2008
puji:keji
semalam baru saja saya baca 1 berita tentang 'dia' yang sudah dibaiki bahagian2 yang rosak di Sentul sana. menurut orang yang bertanggungjawab lagi, dengan selesainya proses baikpulih di 'graveyard' di sentul itu maka 'dia' akan bekerja dengan lebih produktif. 'dia' akan bergerak sekerap mungkin dengan jarak 15 minit antara gerakannya.
semasa dalam perjalanan, saya memberi puji-pujian pada 'dia' di depan abang saya yang selalu mengutuk 'ketidakefisyenan' 'dia' ( walaupun adik dia ni perlukan si'dia' sangat2).
saya berkejar menunggu 'dia' di tempat biasa. jam di tangan memberitahu saya cuma ada seminit untuk sampai ke tempat itu sebagaimana biasa. bila tiba. 'dia' tak muncul2.
seminit.... (tak pe seminit jek lambat..)
5 minit.... (..isk..isk..mana le ni)
10minit ( sah le saya lambat sampai opis nih!)
15minit...( sah saya lambat 'punch card')
'dia' baru datang. tadi saya baru memuji-muji. sekarang saya rasa nak mengeji pulak. bila 'dia' datang dengan manusia-manusia yang pentingkan diri sendiri ( umpamanya, dia sajalah yang nak bekerja. kami cuma nak pegi jalan2, ronda KL...umangaihhhh...masuk le lagi ke tengah, onegaishimasssss! kami pun menjadi tulang belakang negara, menjana ekonomi negara, penyedia prasarana untuk rakyat!)
5 minit selepas 'dia' pergi, kawan 'sidia' menyusul. nah! kosongggg. saya duduk. namun hati masih kesal sebab tadi memuji-muji 'dia' di depan abang. abang saya yang sangat suka mengutuk 'dia' buat muka tak de perasaan mendengar puji-pujian saya. kalau saya ceritakan pada dia nanti, apa yang berlaku....harusss saya digelakkan!
"abang dah kataaa....."ayat biasa memperkasakan sebab 'ketidaksukaan' abang pada 'dia'.
saya sampai juga ke opis. Alhamdulillah. tapi jauh di sudut hati berkata;
"mengapa kau lukakan hatiku lagi , saat aku sedang berusaha menjadi orang yang tepat pada waktu? mengapa? mengapa KTMB?
p/s: salah ke kalau sesampainya saya di pejabat, kad saya sudah tercatat waktu sebelum hadirnya saya ke situ?isk..isk..isk...

Subscribe to:
Posts (Atom)