Monday, November 27, 2017

Aki | luruh | autumn


"The trees are about to show us how lovely it is to let things go"

Mungkin inilah sebenar-benar masanya yang betul untuk melepaskan sesuatu yang dibiarkan bergantung tanpa tali yang jelas akan erti berkawan. 

entah itukah yang dinamakan kawan, berbeza gender, berlainan rasa  
dan beratusan jarak sua,
tali yang tak jelas kelihatan umpama jejeran air hujan waktu lebat turunannya masih lagi aku pegang atas dasar setia kawan agaknya hingga berjaya mencipta sejarah lebih sedekad termaktub.

memang kadang-kadang keletihan meladeni hati-hati manusia ini 
buat ingin mengakhiri semuanya.
dan musim luruh di sana mengajar, 
adalah suatu keindahan bila melepaskan sesuatu untuk  pergi.
dan kiriman terindah Sang Pencipta,

Indeed what is to come will be better for you than what has gone by (93:4) 

Insya Allah, amin.










Wednesday, August 9, 2017

    manusia seringnya begitu,
    langsung jarang sedar dia menyakiti,
    tapi terus geger bila terasa disakiti.
    penyakit apa ini?

Friday, August 4, 2017


Perasaan seperti mau menulis lagi tentang apa-apa saja datang tiba-tiba, dan lagi.
mungkin sedang rindukan masa lampau agaknya, atau kawan2 dalam talian yang entah kemana semua.
semoga semua dibelai kasih Ilahi.
Aminn.

Tuesday, May 12, 2015

Hairan





























manusia saat tersepit baru rasa perlukan pertolongan,
andai tidak begitu mudah sungguh membuat seolah kita ini hanya bayangan.

tanggungjawap bagai bola, selagi di tangan pelbagai perkara harus diselesaikan,
jadi tendang saja pada yang lain, agar dia bebas dari tanggungjawab itu.
biarlah lantak asal bola sudah tidak di tangannya.

bagaimana kamu perlu sokongan dan dokongan dari ahli lain jika
keputusan yang kau ambil itu atas pilihanmu sendiri?

'termengeluh' sendiri.

Friday, May 8, 2015

bersalah

rasa bersalah ini memang sukar untuk diluruhkan dari hati.
lebih-lebih lagi jika perasaan bersalah itu terhadap penama yang amat baik dengan kita selama ini.
membantu kita apa adanya.

ingin saja menjerit-
maaf kan saya!

tapi saya masih tak berdaya,

yang terdaya hanyalah:
menangung rasa bersalah ini.



Thursday, May 7, 2015

Tadaima'

Tegami, 

Setelah sekian lama berdiam atau tidak berbuat apa-apa terhadap halaman ini, biarlah hari ini, yang tidak ada keistimewaannya selain hari ini adalah hari Khamis jadi garisan penyambung koma yang lama. 

Banyak sungguh yang pernah tercerita di sini dulu-dulu telah berubah dan menjadi cerita lain sepusing 365 darjah jadinya. 

Tulisan ini bukan untuk sesiapa, tapi untuk saya. 

Asuhara Su 
Mei 2015



Friday, April 20, 2012

musim bunga



p/s: OMEDETOU untuk adik bongsu saya yang telah selamat menjadi okasan! 
Hajime maste Batrisyia Miza Bahazi!

Thursday, January 19, 2012

Wednesday, December 21, 2011

Tuesday, December 20, 2011

Sungkai



p/s: durian kat sini memangggggggg sedappppppppp! sugoiiii!

Sunday, December 4, 2011

kenangan



p/s: kenangan zaman dolu2. terjumpa waktu mengemas tadi.
jiwangnya saya.......dalam hati ada taman!

Thursday, December 1, 2011

Tuesday, October 25, 2011

sekarang

setelah 3 tahun saya minta diri berkelana mencari pengalaman di kementerian lain. dan diberi rezeki berada di kelompok kawan2 saya juga. Alhamdulillah. di tempat baru saya berkelana sendirian tiada yang di atas untuk dirujuk atau dibawah untuk membantu. kalau sebelum ini projek dibawah seliaan saya puluhan juta, di sini cukuplah jutaan sebelah tangan angkanya...

moga projek pertama yang telah ditender 24hb yang lalu akan membuahkan hasil yang lumayan untuk kebajikan binatang2 di zoo serta pengunjung yang mengharapkan yang terbaik untuknya.


peluang menyaksikan gajah beraksi selepas lenguh melawat tapak

lawatan tapak projek pertama saya!


ke pulau mutiara menghadiri mesyuarat selama seminggu bagai sireh pulang ke gagang, walau tak sempat menikmati nasi kandar dan char keow teow, menghirup udara teluk bahang pun dah berjaya membawa kami ke zaman silam. apa lagi bila kamu yang menyambut ketibaan saya!

pandangan dari bilik saya di teluk bahang


tema makan malam kami Green Utopia

p.s:
omae wa hashiridasu nanika ni owareru you
ore ga mienai no ka sugu soba ni iru no ni

Wednesday, September 28, 2011

kamu

kamu!
kamu telah buat saya kembali menggodam
hard disk jiwa saya,
mengupload kembali cerita gembira
lantas membiarkan yang hitam saja terdelete

kamu!
kamu biarkan saya
mengimbas kelibat akhir kamu
dengan baju warna sesukaan kamu

kamu!
terima kasih untuk 2 hari yang telah berlalu
memberi saya waktu untuk saya
bersama
kamu.
moga kembali ketemu,
saya dan
kamu.

p/s:
belayar berbelok-belok,
sauh dibongkar di tempat tenang
yang pergi hati tak elok,
yang tinggal hati tak senang.

Thursday, September 22, 2011

neko

ohchan kuro riida orenji

hari sabtu lepas, ketika sedang sarapan dengan Hajah, tiba2 kami ambil langkah spontan iaitu beraya ke rumah marina di rembau! siap singgah di cendol yang terkenal dengan pemilik yang hebat menyebut fakta2 tentang malaysia, malah kami di alu2kan dengan panggilan puteri2 negara dan diiring ke kereta dengan panggilan srikandi2 negara! bukan senang mendapat panggilan sebegitu. tapi mungkin disebabkan hari hujan, maka tekak kami cuma berjaya menghabiskan semangkuk cendol seorang.

nak dijadikan cerita, saya memang dah lama nak cuba bela kucing walaupun ciri2 pembela kucing dari arwah abah seperti abang dan adik saya kurang menyerlah dalam darah saya. dek kerana cemburukan teman blog di okayama yang punya 4 ekor kucing dan shuhie yang ada beanie, saya cuba juga membela 2 ekor kucing sekaligus. pakar penasihat saya adalah abang, adik, shuhie dan tuan helmy. Terima kasih nekosensei!

p/s:melihat telatah mereka buat saya jadi leka......

Sunday, September 11, 2011

kambing

Saya kira-kira puasa tahun ini adalah yang bayak sekali saya dijamu dengan daging kambinggggmmmmmsedapnyaaaa.....:)! itu belum ditambah dengan waktu hari raya tu. Fuhhhh bila makan terasa segala lemak2nya berhenti di tempat2 yang sangat mudah dia melekat (ok ini imaginasi saya saja, tapi lebih kurang macam ilustrasi kawan saya yang ini).. cuma bezanya dia dok mengira tepung, tapi saya membayangkan lemak2 tepu yang bertebaran bak dandelion di badan yang entah kenapa susah bebeno nak turun!

Terima kasih kepada kawan2 yang menjayakan reunion kali ke-2 dan hadiah kambing dari tauke kambing kita, en. ajis!

Kambing ensem yang masih bujang

kambing yang sedang dibahagi2 oleh orang yang dah tak bujang

pertama kali masak nasi beriani darat, YaY!

SALAM AIDILFITRI, MOHON MAAF ZAHIR & BATIN

p/s: tahun depan rusa ke kita?

Monday, August 8, 2011

teruja

Harap-harap masih belum terlepas garis kelewatan untuk memberi ucapan ini pada semua.
Bulan yang kita tunggu2 dan penuh keterujaan melengkapkan sisi diri yang satu lagi dengan memaksimumkan seluruh kesempatan yang ada dengan amal.
Semoga Ramadhan kali ini akan lebih membawa makna.
Insya Allah

keterujaan saya yang satu lagi ini pula telah membuatkan jari saya tak elok (orng jawa baca: kapalan) untuk bersalaman dengan bakal mertua di hari raya ini.
Ehem....nasib baik tak de! (^O^)
Jari dipinjamkan Dia
Pensil tajaan Izati
Pen percuma dari Saint-Gobain (Kereta siapa guna cermin ni?)

p/s:Terawih di mana malam ni?

Friday, July 22, 2011

jounetsu

asuhara, jounetsu o misete!


inilah kegilaan saya sekarang.
harap2 menjelang hari lahir nanti saya sudah berjaya memainkan lagu untuk saya sendiri!

p/s: baru 3 not sudah kematu jemari ni. apa pun gambarimassssss!

Wednesday, July 13, 2011

tulus

buku yang sedang dalam penantian untuk dihabiskan bacaannya.


dari Rindu Ibu oleh A.Samad said yang saya beli dari WiraBukit

p/s: suki des!

Monday, July 11, 2011

separuh


p/s: khas untuk hajah