Sunday, October 24, 2010

hati

agaknya kalau bisa hati ini boleh diertikan seperti kain,
mahu saja aku basuh dengan peluntur, biar terus memutih,
hanya tinta terpilih
yang menyenangkan saja
memenuhi lembarannya.......

p/s:
Yuki wa tada shizuka ni maru de anata no you ni
Kono kata ni mai orite sotto hohoemu
Te de furereba kitto kiete shimau kara
Kono mama de hitori me wo toji anata kanjiru


Tuesday, October 19, 2010

isogashi


saikin, watashi ha totemoooooo isogashi katta!
saya menanggung kerja kawan yang sedang bersalin anak ke-2.
waktu anak pertama saya baru2 masuk dalam pasukan ini.
dah 2 dah yek.

kerja2 baru banyak yang saya tak tahu. sebelum ni projek saya hanya projek2 dalaman, tak gunakan kepakaran luar. berbanding dengan projek2 yang saya ambil alih. perlu mentelaah satu-persatu projek2 ni. walaupun cuma 2 bulan, tapi macam2 perkara boleh berlaku kan.

ok. baju2 saya dah tinggal jahit kainnya sahaja. yay!

p/s: asuhara, gambatte!

Tuesday, October 12, 2010

habiskan


minggu ni saya berazam nak habiskan menjahit semua baju2 yang sudah separuh siap itu. bila dah siappppp...barulah perasaan bekarya tidak terganggu.

p/s: 1 lagiiii!!! asu, gambatte!

Wednesday, October 6, 2010

empat

saya baru sahaja selesai membeli dan membelah kocek untuk hadiah ulang tahun saya bulan hadapan. perasaan? kyaaa~~~~~

baiklah lepas ni sesiapa perlukan pekerja tambahan boleh hubungi saya!

p/s: di dalam bulan berbahasa kebangsaan ini, saya akan cuba sebaik mungkin menggunakan bahasa ibunda seratus peratus. bahasa jiwa bangsa.

Tuesday, October 5, 2010

sekian

salam,

hari ni hujan, tapi sekarang dah reda. semua jalan sesak,err..ada ke jalan di KL yang tak sesak waktu2 macamni? adalah agaknya....cuma kat banat manalah kan... sejuk2 macam ni tiba2 rasa nak tulis surat pulak...

nak cerita apa? entah kan, selalu rasa cemburu pada anak2 Pak samad said yang selalu dapat surat dari bapak mereka (baca: Warkah dari Eropah) macam...best lah pendek katanya.

mungkin kalau saya yang menulis, saya nak beritahu tentang perasaan gerammmm...err...geram ke? atau mungkin terkilan..entah yang mana satu pun saya tak tau. semua perasaan yang tidak ketahuan tu akibat dari email yang mengarahkan touch-up pada elevation cadangan KK saya dilakukan segera. katanya KP tak suka, sebab nampak tak inovatif dan berdaya saing. Memanggg punnn......sebelum ni semua cadangan saya yg berorientasikan moden dan hijau ditolak mentah2. katanya itu tak boleh, ini tak boleh, nah...akhirnya jadilah begitu.

ok, itu tadi saya berperasaan begitu, sekarang dah kembali normal. itulah kehidupan kalau kita masih dibawah. moga2 ketika saya di atas nanti saya tidak lakukan perkara ini pada orang bawahan saya. Insya Allah.

sebenarnya surat ini adalah untuk diri saya sendiri rupanya. tak perlu dihantar pada orang lain pun sudah cukup meredakan perasaan yang tercalar.

sekian, terima kasih.

p/s: yay!

Saturday, October 2, 2010

ketentuan


iza dah larang, tapi saya diam. dalam hati tidak mengendahkan.
anis kata pergilah ...lama2 waktu bakal membunuh segala yang saya tidak mahu berada dalam ingatan.
dan ketentuan tuhan itu adalah yang terbaik untuk saya, bila perjumpaan yang tidak sepatutnya saya hadirkan diri tidak menjadi.

Terima kasih Ya Rahman!

p/s:
taisetsu na omoide sae
itsukawa iro awasete kurukara
genjitsu kara me wo sorashite yume to yu kotoba ni nigeta


Friday, October 1, 2010

sepatutnya


sepatutnya hari ini PM akan berada di pameran yang salah satu rekabentuknya milik saya.
entah terpandang ke tak pun. apa pun saya gembira \('v')/

p/s: malam ni nak cuba makan di Hokkaido? ikoh!