Wednesday, November 25, 2009

+

saya bengang (macam lagu akim) + cemburu!

p/s: salam aidil adha minna

Friday, November 20, 2009

sugoiiii

minggu ini 1 minggu yang sangat letih dan stress, sampai jerawat pun merawat muka barang seketul dua....*_*


p/s: sugoiiiii kalau dapat travel....

Wednesday, November 18, 2009

bebas

semalam saya hadirkan diri ke marriott putrajaya untuk seminar antarabangsa PV (photovoltaic). yang sangat menarik perhatian saya adalah 1 projek MASDAR-carbon free city.

FOSTER+Partner sebagai konsultant perekabentuk (arkitek uni. petronas di tronoh). 2 perkara yang menjadi teras bandar yang dipagari tembok konkrit ini adalah;

1. 100% bebas karbon
2.100% bebas bahan buangan

nampak seperti mimpikan? tapi bandar ini sedang dalam pembagunan di Abu Dhabi. bila ditanya mengapa bandar sebesar mimpi ini ingin dijadikan, jawapan yang diberikan adalah; untuk merealitikan sebuah mimpi!

anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut di sini.

p/s: ciliq, moga mendapat haji yang mabrur.aminnn.itte rashai!

Friday, November 13, 2009

berkobar

cerita tentang wan yang berjaya mendapat Ar. (Arkitek berdaftar) buat saya teruja. saya pulak lebih2. dan tiba2 berkobar2 nak ambil periksa. tiba2 terlupa yang saya belum pun lagi mendaftar hatta sebagai G.A (Graduate Architect) walhal dah lebih 5 tahun berkonvo.

takpe, tahun depan adalah tahun memulakan segala2nya. gambarimasss!


p/s: Wan, omedetouuu ghuzaimas!

Thursday, November 12, 2009

larat

saya rasa tak larat, batuk membawa kepada sakit kepala dan badan yang tidak selesa. suara saya jangan ceritalah, ella pun kalah 'keserakbasahan'nya. tapi pada ketika inilah kerja datang bertimpa-timpa dan semua2 yang SEGERA belaka.

bila kesihatan yang jadi harta paling berharga dalam hidup diambil kembali olehNya, baru teringat ketika sihat kita lupa tentang kesakitan atau mungkin kita lupa pada tuhan...Astaghfirullah!

p/s: mashumuru-kun, gambatte!

Tuesday, November 10, 2009

paksa

semalam bercuti. perasaan tak ada perasaan nak kerja. boleh gitu? tapi hari sabtu saya dipaksa kakak untuk buatkan baju damia dengan kain kapas yang saya belikan di asakusa dulu...




p/s: nanti saya tunjuk tuan punya baju menggayakannya ek. ja' matta !

Wednesday, November 4, 2009

gabaruzo!

asuhara,



tanjobi omedetouuuu!
p/s: minna, arigatou!

Tuesday, November 3, 2009

dekitaaaaa!

saya cuba berkarya hujung minggu lepas. macam ye ye o jek saya. tapi berhasillah jugak. waktu kakak sekeluarga pergi kenduri kahwin, saya duduk sorang2 di rumah merealisasikan perasaan yang melonjak2 nak ber-d.i.y. senang sikitlah, kalau ada ahli2 RELA kakak saya yang sentiasa rela 'membantu' mesti kecoh.

jadi, saya keluarkan omiyage dari nippori yang saya beli. tarraaaaaa....

420 yen
dengan kemahiran membaca gambar yang ada (sebab sepatah harammm tak tau baca tulisan jepun) saya cuba ikut satu-persatu aturan membuat beg yang kawaii tu ( entah jadi beg ke jadi perca je nanti..;)...). dalam diy kit ini telah disediakan iron-on pattern yang mudah untuk digunakan. lebih kurang macam 1, 2, 3 je lah. Lepas tu ikut saja langkah2 yang diberi. saya rasa sesiapa pun boleh faham dengan aturan yang digambarkan, cuma masa yang diambil untuk memahamkan gambar2 tu jek yang berbeza.

selepas 1 jam berhempas pulas+minum2+ makan2+layan tv, akhirnya saya berjaya siapkan beg yang saya idam2kan dengan sedikit tambahan inovasi, saya dapat 2 dlm 1 beg. dekitaaa!!!!!

rekacorak 1
rekacorak 2

sebenarnya 1 beg yang boleh digunakan luar dan dalam



dan sedikit tambahan aksesori
sekian, terima kasih. selamat mencuba siapa yang berani...ehehehehe
p/s: kawaii des ne?(comel kan ek?)<--- perasan sikit!

Monday, November 2, 2009

sepatutnya

sepatutnya saya ke kuantan hari ni, tapi tak jadi sebab boss lupa mintak tandatangan boss dia pada dokumen yang sepatutnya saya bawak tadi.

sekian, terima kasih.

p/s: shigoto! shigoto! (kerja!kerja!)