Wednesday, September 30, 2009

des ne?



dek kerana kepayahan mendapatkan bekalan minyak gas/minyak tanah, kami gunakan kaedah dan rekabentuk baru lampu raya kami. cuma perlukan botol2 tauchu ke, jem ke dan seangkatan dengannya, dawai untuk tangkai. kalau nak nampak lagi menarik boleh taburkan pasir pantai di dasarnya. oh jangan lupa lilin, beli bundle lagi murah! bagi kami, lampu raya ini lebih rendah kosnya dengan nilai estetika yang tinggi. tiap2 hari tukarkan je lilin.mudah kan?



gantunglah di tiang lampu ke, pokok ke tapi janganlah gantung kat handle motor, bahaya!


p/s: simple des ne?

Tuesday, September 29, 2009

kuruma

saya, dia dan putrajaya

Sunday, September 20, 2009

Lebaran

Salam Lebaran untuk semua yang kenal dan singgah ke sini. Pohon Maaf zahir & batin- jaluk ngapuro seng akeh2. Saya di Singapura sekarang, ke rumah pak cik yang tinggal berasama nyayi saya. inilah kali pertama saya melalui CIQ yang baru, hari raya kan, jadi sesak tetap sesak, namun masih boleh diterima akal lagi kesesakannya. dan inilah kali pertama juga rizki ke kota singa.

di kota singa ini aidilfitri memang sangat2 dirasai. meriah. bukan kata di malaysia tidak meriah, cuma kemeriahannya kadang2 sampai berlebih2an. yang menariknya orang2 singapura sekeluarga akan mengenakan busana raya yang sama warna dan adakalanya sama fesyen. mungkin juga untuk kemudahan mengenali ahli keluarga sekiranya mereka berjumpa secara beramai2.

pangsapuri pak cik saya tidaklah besar sangat, dengan pangsapuri HDB 5 bilik, bila waktu beraya seperti ini memang tak cukup bila semua anak2 nyayi saya datang serentak. sampai saya pun tak tahu nak duduk mana...heheheh..apa pun saya sangat2 gembira. bukan mudah untuk berjumpa mereka bila hari biasa walaupun secara dasarnya semua orang tinggal ditempat yang idak jauh antara satu dengan lain. nak buat macam mana kan, setiap orang punya rutin hidup sendiri.

jadi, sempena aidilfitri ini, sekali lagi saya pohon maaf zahir dan batin sepanjang tertulisnya perkataan yang keluar dari hati saya ini membuatkan ketidaksenangan perasaan sesiapa...( ada ke? >_<. honto ni gomen nasai!

p/s: misi raya kali ini untuk ziarah keluarga dan kawan2 sebanyak mungkin! Insya Allah.

Wednesday, September 16, 2009

kesan


jauh perjalanan saya pagi ni, taklah jauh sangat pun ...boleh laa, dari putrajaya ke shah alam kemudian dengan densha ke kl untuk menyampaikan diri ke pejabat. saya memang terlambat hari ni. tapi tak mengapa kerana saya diberi senyuman manis sepanjang perjalanan vertikal dari tingkat bawah ke aras perhentiannya.

p/s: agaknya inilah kesan penangan pantun yang saya kirimkan sebelum ini! kya! *_<

Friday, September 11, 2009

apa?

semalam saya ke salah satu jabatan di unversiti tertua di malaysia kerana meninjau kemasan lantai baru di sana. linoleum digunakan bagi menggantikan vinyl. linoleum diperbuat dari bahan alami dan merupakan salah satu bahan yang tersenarai menyumbangkan markah untuk Indeks Bangunan Hijau (Green Building Index) di Malaysia.

kemasan linoleum



kemasan vinyl


saya tertarik dengan struktur segitiga berulang di atas. ringkas tetapi menarik dan dapat menjalankan fungsinya. inilah hasil senibina sekitar tahun 70an hingga 80an. tidak perlu kecanggihan teknologi untuk menghasilkan sesuatu yang berfungsi dengan baik. cukuplah idea ringkas, inovatif dan bernas.

p/s: cuba teka gambar apa tu eh? kata kunci: jabatan kimia

Monday, September 7, 2009

dihempuk

puasa2 begini entah kenapa saya jadi sangat malas untuk menjalankan rutin harian saya iaitu bekerja...sepatutnya saya lebih bersemangat, sedangkan nabi pergi berperang dibulan berpuasa ini dan memperoleh kemenangan masakan saya begini?
kalau dulu ayat itu jugalah yang mematahkan alasan pelajar2 saya yang minta ditangguhkan tarikh penghantaran tugasan atau kelas gantian yang ingin saya adakan. kini saya pula dihempuk perasaan ini. tapi sebenar yang nyata bukanlah kerana puasa ini yang menjadikan saya begini. ah saya benar2 perlukan motivasi yang tinggi bagi mengharungi dunia pekerjaan yang masih belum berjaya membuat hati saya terjatuh!

moga lasykar pelangi yang sedang saya jadikan teman di dalam densha dapat menyuntik perasaan positif untuk saya. kawan saya katakan buku ini bagus ceritanya, maka saya cuba melayarinya. yoshaaaaa!

p/s: taskete!