Thursday, April 30, 2009

paddington

acara jom makan2 kali ni ke paddington pancake di midvalley. biasalah acara mencuba makanan yang belum dirasa diteruskan dengan perasaan yang berkobar2. selalunya bila lalu restoren ni, tak ramai orang di dalamnya. macam2 interpretasi yang kami buat seperti:

" waktu ni bukan waktu puncak kot"
" agaknya mahal sangat ke?"
" tak best langsung nih"

tapi dek kerana nak sangat mencuba dan awal2 dah ada sms yang mengajak ke sana, jadi, kami teruskan agenda bulanan kami ( tapi dah macam acara mingguan jek!)

menu2nya:


kak liza: apeke namanya tah ada potato pancake, lamb, mushroom + sayur segar


marina: pancake, daging blackpaper, fresh vegi+fruit with dressing


atashi: light n easy pancake, sos tomato + terung bakar


shuhie: tokyo-pancake berinti daun apatah + chicken chop with cheese

pencuci mulut:


longgggg black kohi


3 keping pancake yg rasa mcm ubat, pisang + aiskrim

25 mini pancake + peach+aiskrim dengan 5 jenis of dip sauce

lepas selesai, barulah kami dapat memberitahu dengan konkritnya kenapa orang tak ramai ke sini. kalau kata bintang tu cuma dapat 2/10 jek. kalau tak percaya pegi la try!

aksi2 gembira yang hanya lakonan sahaja

p/s: jangan mudah tertipu dengan gambar2 menu di atas!

Tuesday, April 28, 2009

syurgaku

hujung minggu hingga isnin kelmarin saya berada di kampung. menghantar mak yang sudah sebulan menjaga kakak yang melahirkan damia~ the princess of saujana utama! sambil2 menjenguk 'matahir' yang dah semakin pandai melaram.
mak dan cucu2nya


amcam? boleh lawan takeshi keneshiro?- hideki


puteri tunggal abang saya-yaya yang suka bergaya

sejuk pagi di kampung memang sungguh selesa...amat selesa. sempat snap! snap! keliling rumah. durian masih belum berbunga. rambutan, pulasan dan manggis dah berputik. kalau nak rasa nanti, kalau tak malu datanglah rumah! kikikiki.
dibalik pokok nun di sana gunung pulai


pelam yang sedang tunggu untuk dijolok!


buah pokok salam/bay ( entah boleh makan ke tak?)

kalau dah masak nanti kuning warnanya rambutan ni


pucuk buas2 atau jawanya singkel


water popi mak saya

p/s: kampungku syurgaku

Monday, April 20, 2009

gusar

hati makin gusar,
banyak baju yang nampaknya sudah 'mengecil'.
eheh!

kyowa, sho-chan mula berdiet untuk projek terbarunya nanti.
jadi saya cuba ambil sedikit semangatnya
untuk saya juga memulakan kembali projek diet saya yang selalu sangat
saya TERLUPA!

p/s: sho-chan, gambatte!

Wednesday, April 15, 2009

bila

bila kau pandang dia,
dan tiba2 hati berkata,
dialah!

pernahkah kamu merasakan?
tapi sampai satu waktu kemudian kamu katakan pula:
oh! bukan dia rupanya?

p/s:
心が見えなくて 
不安な日もあった
誰かを愛する意味 
自分なりに決めた
すべてを信じ抜くこと

(Kokoro ga mie nakute
Fuan na hi mo atta
Dareka wo aisuru imi
Jibun nari ni kimeta
Subete wo shinji nuku koto)- precious by yuna ito

Friday, April 10, 2009

dah jumaat semula.
minggu yang agak hectic.
tapi sempat belajar nihonggo melalui internet.
kalau ada yang nak cuba, boleh pergi ke sini: http://www.livemocha.com

nihonggo benkyo shio!

p/s : watashiwa Damia des!

Tuesday, April 7, 2009

mata

kata orang:

'bila mata bertentang mata, kelu lidah untuk berkata"

tapi tak pun, lancar jek bertingkah kata?

ke tu tandanya tak ada apa2?

erkk...hahahhaha tahapahapa jek.

joudan! joudan!

p/s:
Dekisugiten no sa sono te no Story yume miru dake yume miteru
Hakadoranai kyou mo Work hirusagari no machikado
Tonikaku suteki na hito ni atta migi mo hidari mo wakaranai
Soshiranu kao de kyou mo sugiru kokoro wa sou Inside out
- Life Goes on by arashi

Friday, April 3, 2009

jumaat

minna...salam...di hari jumaat yang mulia ini tiba2 nak menyenaraikan perkara2 yang nak saya buat dalam 1-2 tahun ini misalnya:

1. membeli 1 lagi kuruma untuk kegunaan saya sendiri
2. bawak haha pegi umrah dulu, lepas tu baru ibadah seterusnya
3. nak renovate rumah di kampung (nak tambah anjung biar kurang bahangnya tatkala hari panas)
4. gunting semua kad2 yang boleh saya membeli dulu dan bayar kemudian
5. melewat aki di nikko
6. miliki lensa yang lebih power
7. bijak tangkap gambar yang ada jiwa
8. pergi kelas nihonggo
9. boleh 'menggoreng' lagu kegemaran dengan gitar sendiri
10.setakat ni sampai no 9 jek dulu...


kita nih kalau kata nak, macam2 nak, tak pandai2 nak ingat. kalau fikir dari sudut positifnya, itulah yang boleh jadi pendorong saya untuk menjadi manusia yang lebih positif, tapiii
macam kata puteri nora dlm puteri impian:

"angan2 tanpa usaha tak akan jadi kenyataan!"


p/s:

Sou bokura wa zutto matteru
Itsumade datte matteru
Dokomade mo tsuzuite yuku michi de
Tokoro ni zutto daiteru
Kono yume kitto kanau hazu

Naite waratte susunde yuku

(That's right, we're always waiting
No matter how long it takes, we wait
Because the dream we're always holding in our hearts
On that endless road
Will surely come true
We'll continue on, crying, laughing.)

Thursday, April 2, 2009

akhir

hari terakhir bulan march banyak berikan saya cerita gembira.

1. dapat bertemu muka dengan blogger yang manis. bawakan pada saya blook yang di dalamnya terdapat cerita /entri darinya.

2. menerima Perempuan Simpanan dari blogger di no. 1

3. dapat makan tengahari percuma, disponsor juga blogger di no. 1

4. mendapat jam tangan baru, dari diri sendiri- hasil unjuran blogger di no.1 sewaktu menghantarnya ke pintu MJ.


5. dihiburkan dengan lagu-lagu seperti:

-bolehlah boleh

-rozana
-mercy
-precious
-goodbye day
-kokoro no tomo
-diakhir garisan
-bosanova
-suatu masa
-fantasia bulan madu
-mengapa
-kembali senyum
-bulan cinta
-dll.

haa..macam2 ada dan kammi dihiburkan oleh diri kami sendiri! heheheheh di kotak merah sempena tanjobi kak liza dan sakinah. minna! otanjobi omedetooooo!







p/s: otanjobi omedeto neh abg heikal!