Tuesday, March 31, 2009

masa

"Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian ,
kecuali kepada orang yang berpesan-pesan"

moga adanya pengingat waktu ini pada saya akan lebih menambahkan perbuatan kebaikan dari saya. Insya Allah.

p/s: thanks pada cik madu yang sudi menghantar karyanya juga membelanja saya!

Tuesday, March 24, 2009

namae

bengang saya sejak presentasi jumaat lepas masih berbekas. apa taknya, dah sebulan setengah dan lebih 5 kali sesi presentasi, jumaat lepas lakaran cadangan saya ditolak habis2an. entah penat lelah kita bekejar, bersengkang mata dan peluang masa berkualiti bersama keluarga dan kawan2 yang dilepaskan bagai tidak dihargai. tiba2 terasa keletihan yang terkumpul sejak awal projek terhempap di bahu. yang menjadi ketua pula tak habis2

''u have to work smart, don't work hard"

tapi sudahnya perancangan yang dibuatnya bikin kami tidak fokus pada satu2 kerja. untungnya saya baru punya 1 projek+ 2 tugas koordinasi, kawan2 saya yang punya 2-3 projek?. saya yang 1 projek pun terkejar2 dengan segala macam suratlah, boranglah, lawatanlah dan tahapapa lagi...nak buat projek kerajaan pun susahnya mengalahkan buat projek swasta. opss..saya bukan mengeluh! ini cuma luahan hati. heh!

namun munculnya orang baru dalam keluarga kami, buat hati saya sejuk bila di rumah. Alhamdulilah!
pilih punya pilih nama, Nurul Hani Damia jadi pilihan. susah juga memilih nama kan? saya lebih suka dengan nama yang pendek2 mudah disebut, nak tulis kat kertas jawapan peperiksaan pun cepat! hahahaha....macam nama saya juga, yang maksudnya pun yang cepat dan yang mudah! biarlah..dah itu anak mereka bukan anak saya. saya cuma tumpang gembira sebagai ibu saudara!

p/s: nama anak kawan saya: Shad.

Monday, March 23, 2009

irresaimasen!

jumaat lepas,
bertambahlah koleksi cucu mak saya, sekaligus senarai penerima duit raya saya tahun ni.

Nurul Hani .........(miza?mirza?mirdza?) irresaimasen!

p/s: arigatou neh fid-kun!

Wednesday, March 18, 2009

hujan

pagi ni malas betul nak bangun, apa taknya hujan mencurah2. barulah rasa menyesal tidur lambat. macam biasa pergi kerja dengan densha. setelah berapa lama menjadi warga densha, saya dah tau teknik2 untuk mendapatkan tempat selesa (dan mungkin boleh melelapkan mata) walaupun dalam keadaan berdiri. hebat bukan?



tadi dikoch 'saya' ada seorang gadis cina, muda lagi. saya jangkakan dia pelajar kolej. tiba2 dia hilang imbangan, nasib baik ada seorang kakak yang perasankannya dan jasa baik seorang kakak yang sedang duduk , bangun memberikan tempatnya. dalam pada tu kakak yang pemurah itu mula bercerita tentang insiden2 serupa ini. banyak juga pengalamannya berhadapan dgn situasi seperti yang terjadi pagi ini. tapi ayat terakhir yang saya ingat:

' yang akak herannya, muda2 pulak yang nak pengsan2 ni, ni mesti pasal tak jaga makan. mentang2 masih muda.....'

jadi, sesiapa yang masih muda atau bersangka muda, sila jaga corak pemakanan kamu. supaya kamu tidak termasuk di dalam senarai pengalaman kakak yang pemurah itu, atau memberi pengalaman baru seumpama itu pada orang lain.

p/s: shigoto! shigoto!

Tuesday, March 17, 2009

kagi

saya ada sorang kawan nun di selatan. dia paling tak suka bunyikan hon keretanya. macamana sekali pun dia dianiaya ketika di jalanan, dia tetap tak tekan hon kereta yang dipandu supaya berbunyi dan boleh memberitahu si pembuli. ada tak ada pun dia cuma cakap,

"tolonglah buat keputusan pakcikkkk!" andai kiranya pemandu di hadapan berada di tengah2 garisan pembahagi. migi tidak, hidari pun bukan. kami yang naik kereta dengannya selalu tepuk dahi kerana kesopanan dan kesusilaan cik puan ini membawa kereta.

itu satu, ada lagi sorang pun punya tabiat yang sama, tak akan bunyikan hon. sampai satu masa waktu nak raya, dia hantar kereta untuk servis. rupa-rupanya hon keretanya dah lama tak berfungsi. isk...tak ke bahaya kalau terjadi kecemasan, nanti hon ditekan tapi mulut yang keluarkan suara.

kenapa saya bercerita tentang ni? sebenarnya macam tak ada kena mengena. tapi cerita2 pengalaman kawan2 saya buat saya tersedar. rupa-rupanya dah lama doawo
hati saya telah terkunci tanpa saya sedari....

ok, sesiapa yang terlibat sila pulangkan kagi saya! he he he

p/s:
Tanoshikute mo kurushikute mo
Mou bokura wa aenai
Donna ni negattete mo

Sunday, March 15, 2009

keli

minggu lepas saya pulang ke kampung, serasa hilang stress yang melata di kepala. pagi yang dingin, rumput di laman yang basah dengan embun juga keletah hideki buat saya rasa damai dan tenang. cuma sekarang bunyi azan agak sayup2 kerana surau kampung telah dipindahkan ke tanah yang telah disediakan dan agak jauh dari rumah kami. selama saya hidup di kampung ini (kami sekeluarga berpindah ke kampung ini sewaktu saya baru berumur tidak kurang 60 hari) surau kampung kami dibina atas dana dan tanah persendirian Allahyarham Hj. Basri (moga rohnya dicucuri rahmat, amin) seorang peneroka dari seberang tambak. wah, keluar pulak sejarah kampung saya ye?

saya mengambil cuti pada Jumaat lepas, pulang ke kampung dengan bahagianya...sebenarnya sambil pulang sebagai rutin bulanan kebetulan juga adik ipar kakak saya menjadi ratu sehari. hitam dan putih menjadi tema majlis perkahwinannya. majlis ini memang ditunggu2 kerana kami pasti juadah yang disediakan memang pasti ichi-ban lah! sebab mertua kakak saya ini boleh tahan terkenalnyalah di pekan kami..lebih2 lagi ini adalah majlis anak peremuan tunggal dan yang terakhir dalam keluarga. tapi apapun mestilah setiap ibubapa mahukan majlis yang sempurna untuk anak2 kan?

seperti yang kami jangka, juadah beriani gam yang dimasak beralaskan tebu (menurut adik ipar saya yang turut rewang) memang menjadi, pendek kata kalau makan nasinya saja pun sudah cukup! (dasar orang johor yang tak boleh nampak nasi beriani betul saya ni!). usai menjamu selera dengan hidangan ikon johor itu, kami pulang dengan perut yang...agak sendat jugalah...hehehe...


semalam saya sudah meng'oder' ikan keli ternakan abang kira2 2 kilo. punyalah bagus abang siap siangkan lagi ikan2 keli tu. saya memang berhasrat nak bakar saja ikan keli tu, macam yang saya biasa makan di bukit aman. di bawah pokok salam (bay) pantas saja segala kelengkapan tersedia, almaklumlah kami memang suka berBBQ, jad kelengkapan semuanya sedia ada.

bentang saja tikar, air sirap, donat yang cik adik beli dan rempeyek yang mak buat sedia dihidang sambil menunggu keli bakar siap. anak2 abang ghairah meneroka halaman dengan pelbagai aksi, kalau kat rumah cuma tempat letak kereta sajalah ruang permainan eksterior mereka...






siap saja keli2 dibakar.... apalagi...hehehe...


p/s: sebenarnya berkumpul bersama2 sementelah dikampunglah yang melahirkan rasa bahagia kami. Syukur padaNya kerana menyediakan ruang waktu untuk kami bersama2.

Wednesday, March 11, 2009

padam

saya melakar biasanya menggunakan pensil, pensil 2B lebih tepat, kalau guna clutch pensil pun lead nya tetap saya pilih 2B juga. kenapa? mudah melakar, mudah juga untuk buat shading (redupan) atau kalau lakaran terlalu kelihatan silapnya, atau hilang imbangan perkadarannya yang boleh buat lakaran figura manusia menjadi raksasa bila skalanya silap. ambil saja getah pemadam, zas zas zas dan nah bersih semula. dan lakaran baru boleh dimulakan semula, atau digantikan saja butter paper yang sesuai untuk kerja2 lakaran. nipis dan murah.

kalau menggunakan pen untuk menulis, macam2 cara boleh digunakan untuk memadam kesalahan, paling senang menggunakan cecair putih yang biasanya orang panggil liquid paper (termasuk saya) padahal itu adalah jenama barangan yang bernama blanco. tak apalah yang penting mesej yang nak disampaikan, sampai!

tapi macamana nak memadam cerita best yang pernah buat kita tersenyum (kadang2 senyum sendiri!) yang sekarang sangat2 mengilukan ingatan bila teringatkannya?

p/s: takziah buat fajar sekeluarga atas perginya anaknda amir yusuf yang dikasihi.

Tuesday, March 3, 2009

puas

dari dulu2 lagu2 kembara memang seiring dengan kembara hidup saya. lagu paling menceriakan hari: Ekspress Rakyat....masa pun macam ekspress yang tak berhenti2...sampailah sekarang ini atau lebih tepat 27/2 (otanjobi omedeto kang BP!) saya, suli + chah ambil peluang menghadirkan diri di Istana Budaya untuk saksikan pujaan saya yang dipanggil2 sifu. ah, walaupun nun di tingkat 3 (kerana tiket tu je yang dapat) dengan pandangan mata burung, suara sifu yang tersendiri itu masih berjaya membuatkan saya (dan mungkin semua di situ) 'merinding'. Lagu menyentuh jiwa saya mestilah: keroncong untuk ana dan suatu masa. Tapi lagu yang buat semua mahu 'bersenam': Apokalips + Phoenix Bangkit. namun sebenarnya, semua lagu yang didendangkan malam tu berjiwa dan bagus! kalau boleh nak datang ke3-3 mlm persembahan.

Puas!

............................................................

acara jalan-jalan cari makan hujung minggu membawa kami ke Pasta zenmai lagi. kali ni saya berkeras nak kan gohan unagi-sangat2 suka, sampaikan sempat bertemu-ramah-mesra dengan waiter yang ada iras2 nihonjin tu! uihhhh oishiii !!!

shuhie: sirloin steak set

kak liza: seafood pasta

asuhara: gohan unagi set
natto: hajime

dessert kesukaan nino


desserto: kesukaan kami- ichigo aiskrim

puas!

p/s: ureshiiiikata.
1 2 3
Do Re Mi
Apa nak jadi
Alif Bata A B C
Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti