Saturday, November 29, 2008

ride on time

saya letak lagu baru untuk menambah 'kesegaran' blog saya. lagu ni 'soundtrack' drama jepun: Good Luck (2003) dengan pelakon utamanya Kimura Takuya.


Seingat saya, selepas drama ini disiarkan, permohonan untuk jawatan juruterbang telah meningkat dengan mendadak di jepun. begitu juga dengan kolej2 yang menyediakan kursus ini. besar sungguh impak drama ini atau lebih tepat penangan si Kimura Takuya itu. walaupun sebenarnya dalam drama ini dia cuma menjadi pembantu juruterbang saja.

Saya belum jumpa lagi makna lirik lagu ini, untuk sementara saya letakan senikata yang telah di 'romanji'kan.





Ride On Time
Romaji by: cori
From the single Ride On Time


aoi suiheisen wo ima kakenuketeku
togisumasareta toki no nagare kanjite
aa tokimeki e to ugokidasu sekai wa
wasurekaketeta tooi yume no otozure

*
Ride On Time samayou omoi nara
yasashiku uketomete sotto tsutsunde
Ride On Time kokoro ni hi wo tsukete
afureru yorokobi ni hirogare Ride On Time

boku no kagayaku mirai saa mawarihajimete
utsuro na hibi mo subete ai ni tokekomu
aa nan to iu asa imasugu kimi no moto
todoke ni yukou moeru kokoro mayowazu

**
Ride On Time toki yo hashiridase
ai yo hikaridase me mo kuramu hodo
Ride On Time kokoro ni hi wo tsukete
tobidatsu tamashii ni okuru yo Ride On Time

todoke ni yukou moeru kokoro ima koso

**, *, ** repeat

(credit to Cori)




p/s: kalau ada yang mencari lirik lagu jepun boleh ke sini

Monday, November 24, 2008

escape

malam tadi beramai2 sekeluarga menonton cerita ini di Bukit Raja. memang tak kering gusi menontonnya. Rata2 panggung dipenuhi separuh kanak2 dan sebahagiannya lagi golongan dewasa. yang 'havoc'nya penonton dewasa lebih2 ketawanya berbanding yang kanak2 tu!

apapun, memang enjoy!

p/s: you got to move it, move it!

Friday, November 21, 2008

handwriting

hari ni saya tak bawak komputer riba ke office kerana tau yang saya tak akan berkesempatan meng'on'kannya kerana mengikut perancangan saya perlu menelaah contoh POE Hospital Putrajaya dan ....dan...aiseh, satu lagi saya tak ingat pulak dah (inilah perlunya gingko biloba ni!). kemudiannya diberi tugasan ad-hoc untuk membuat plan baru bagi makeover ruang pejabat/kerja kami kerana peruntukan telah dikeluarkan...yang seronoknya, ruang kerja saya akan bertukar ke tempat yang lebih cerah! di tepi glasswall. mudahlah pokok2 saya memproses makanan nanti!

Jadi barulah waktu selewat begini saya berpeluang melayar internet khususnya blog saya.

macam biasa, penjelajahan blog2 sensei dan tomodachi dijalankan. satu, dua, 3, empat dan seterusnyalah. dan sampai di blog yg ini, saya terbaca dan saya telah ditag. malaskan nak jawap tag2 nih....tapi tag ni lain macam sikitlah...selain nak tau saja2 dengan soalan2 yang berkaitan dengan tulisan sebenarnya tag ini boleh juga menunjukan personaliti seseorang melalui tulisan tangannya. dulu saya adalah belajar sikit2 dan basic sangat pun ilmu tu...tapi bila dicuba pada kawan2 ada yang betul dan ada yang menyimpang jugak...err...tapi biasanya betul tauuu! dan sekarang saya benar2 sudah lupa ilmu basic yang saya tahu dulu..rugi kan?

ini tagnya:
tag tu suh tulis tangan sume benda2 yg aku dah tulis tangan ni pastu aku amek gambo aku buh kat sini. dah lah tu dia suh lak kita tag 6 org lagi.

soalan2nya adalah seperti berikut:


(baru upload!)

mcm tak clear pulak gambar ni kan? soalan2nya cuma 5 je:

satu: name/username

dua: lefthanded or righthanded

3: favorite letter to write

4: least favorite letter to write

*****: tulis " the quick brown fox jumps over the lazy dog"

( info tambahan: kalau nak tahu kenapa ayat ni selalu menjadi latihan menulis kerana dalam ayat ni ada semua 26 huruf dari A-Z!)

saya tak nak tag sapa2 pun, tapi kalau ada dari senarai sensei dan tomodachi yang berminat nak pamerkan tulisan tangan sendiri, jangan lupa beritahu saya! tapi saya teringin juga nak tgk tulisan tangan org lain, almaklumlah, teknologi yang ada buat kita lupa sekejap bahawa kita ada tulisan yang berupaya mempamerkan identiti dan tersirat personaliti kita!

p/s : teringat waktu mula2 membina identiti tulisan....setiap orang perlu ada identiti sehinggalah, tulisan tu boleh dikenali pemiliknya, walau tanpa nama...waktu tu saya sangat jeles dengan tulisan milik rudy ( bukan rudy-san yer). Rudy kat mana kamu sekarang?

Thursday, November 20, 2008

poster

gambar2 yang saya jadikan poster ketika berkursus di Agrotek Resort Hulu Langat... nak meng- email pada setiap orang masih tidak berkesempatan. Minna, gomen ne!

p/s: alamak tekenang2 air sungai yang jernih tu....

Tuesday, November 18, 2008

lambat

pagi tadi saya lambat lagi. inilah cabarannya......
kalau tempat kita bergantung tidak punya perasaan untuk mengukuhkan dahan yang rapuh.

p/s: sekian, pesanan khas untuk ktmb.

Friday, November 14, 2008

e

waktu: semalam
lokasi: densha/train/keretapi
pakaian: Lelaki- seluar jean +t-shirt merah
Perempuan- baju kurung+ tudung itam+ sweater putih.



'kalau adik saya memang saya dah lempang!'

saya mengaku saya ini bukanlah orang yang baik dan tidak pernah melakukan dosa atau pun anti-sosial. tapi perbuatan 2 mahluk tuhan ini buat saya rasa loya. saya anggarkan yang P itu baru diawal 20an atau lewat belasan tahun mungkin dan yang L- saya yakin dalam 20an.

kenapa yang saya geram sangat?
sebab dia jadikan keadaan bersesak dalam densha ini sebagai peluang nak bercengkerama. gatal jek tangan saya nak sekeh mereka. siap periksa degupan jantung pasanganlah.....eeee.....kalau saya lebih besar dari dia memang saya dah lempangkan jek. macam papa shuhie buat satu masa dulu ( dia duduk di belakang couple yg asyik bercengkerama, kena sekeh skali dan berdas2 syarahan motivasi percuma, sebab malu durang turun di next bus stop).

saya pula yang malu dengan orang sekeliling mereka yang rata2 bukan dari bangsa dan mungkin bukan dari agama kita. bangsa2 lain dok memeluk buku setebal-tebal tidak, yang dua orang ni salik peluk2 pulakkkkkk....iskkk...dah le betul2 kat depan mata saya. memang dua-dua salah, tapi kalau saya diberi peluang salah sorang sapa yang boleh disekeh, memang saya sekeh jek budak P tu. sebabnya dia yang membenarkan diperlakukan sebegitu! lantaklah kalau nak kata saya apa....tapi meluap2 darah saya ketika terlihat tangan L di dalam sweater P tu dan terkuis2 di punggung P tu.....kalau adik saya memang saya lempang dah. dah kena lempang dah kalau adik saya. Alhamdulillah bukan adik saya. tapi kesal saya tetap berbuku.

p/s: otoko yang duduk sebelah saya pun macam tak sanggup nak tengok dan buat2 tido.

Wednesday, November 12, 2008

gitar

semalam, saya disergah hizam. dah 5 tahun kami tak berjumpa. sejak majlis perkahwinan hizam di penang. dia masih macam dulu, cuma pipi dah berisi sahaja. dulu2 kami panggil hizam hairie othman sebab ada iras2 pelakon tu kononnya.

saya selalu minta hizam alunkan lagu itu dan ini dengan gitar. sebenarnya bukan minta, tapi lebih kepada paksaan! hahahaa....cerita pasal gitar ni, dah 2 orang saya berguru untuk bermain gitar. yang sorang cuma sempat berikan not lagu bangle pujaan saya, dan yang seorang fedup. kerana setiap sessi saya putuskan tali yang paling halus...hehehehhehe...tapi saya rasa macam membazir pulak darah seni yang ada warisan datuk saya dalam tubuh saya ini. mak cerita, beliau terkenal di kampung sebagai ketua ghazal....dan seorang ketua yang garang...pun macam saya. mak saya katalah. saya tak tahu kerana saya dapat berjumpa disaat usia terakhirnya sahaja.

p/s:mana nak carik gitar klasik yang murah tapi power ehhh?hehehehhe

Monday, November 10, 2008

seminggu

seminggu lamanya saya senyap tanpa entri. bukan merajuk, cuma ada perkara yang menjadi penghalang saya untuk setiap hari menghantar entri.
1. saya berkursus di Hulu Langat
2. sampai sekarang pc saya masih belum kelihatan
3. broadband saya dipinjam orang
rindu rasanya tak dapat berkunjung ke blog kawan2 yang lain. ada ke yang rindu pada blog saya? ke rindu pada sayalah...senang cerita...hehehe...
pengalaman berkursus di Hulu langat dan mendapat kumpulan yang sporting memang menceriakan. dengan en. lokman ( jurutera jajahan hulu langat) sebagai penghulu dan kak sailah yang kami panggil mama ( jurutera kawasan kuala selangor) yang sama2 beraktiviti biarpun mereka adalah dari golongan senior. tabik springg pada mereka dan beberapa orang senior yang lain, yang banyak memberi tunjuk ajar tentang kerja ataupun tentang hidup.
macam biasa kalau dah kursus team building dan berada berhampiran hutan, tak sah kalau tak ada aktiviti solo night walk. tapi kali ni saya menemani mama yang tak confident untuk jalan sendiri. sepanjang jalan didalam hutan mama senyap je....hahah. sampai satu waktu ketika melalui jalan yang licin dan hampir tergelincir pun mama masih diam. saya dah terfikir-fikir apakah tangan yang saya pegang itu tangan mama atau bukan! hehehehe....tapi last2 saya tanyakan mama;
" are you ok?"
bila mama menjawap " ok..ok" baru ler lega perasaan saya. sudahlah kami ditakut-takutkan pada awalnya oleh Kapten yang kami akan melalui kubur orang asli...hahaha...psiko jek lebih...tetiba bau kemenyan dan bunyi2an yang saya pasti dibuat oleh fasilitator kapten....ehehehe...
flying fox yang terpanjang juga kami redah.best! best!..sugoiiii...dapat release tension sekejap. ada juga yang sampai ke tanah lutut masih menggigil, ada juga yang menjerit2 kecil dan yang menangis menahan ketakutan pun ada...kira macam fear faktor lah! habis flying fox, acara yang ditunggu-tunggu iaitu...terjun sungai berlangsung! fuhhh bukan senang dapat mandi sungai yang jernih dan banyakkkkk ikan.
hari terakhir team building kumpulan saya yang kami namakan GAMBATTE berjaya sebagai kumpulan paling best! mengatasi kumpulan BERLIAN, P9 dan EDEN BAGUIH.Yehaaa...
p/s: seminggu bersama, moga berpanjangan silaturahim kita! Kapten terima kasih atas kek hari lahir kami, walau berkongsi ber-6 kami tetap hargainya!

Tuesday, November 4, 2008

Omedetou!

Asuhara-sama

Otanjobi Omedetouuu!

p/s: Alhamdulillah...