Monday, June 30, 2008

hajime

Minggu lepas, memang minggu yang sibuk, hingga tiada kesempatan mengisi tiap haribulan dengan ceritanya di tegami ini. namun banyak perkara pertama yang saya lakukan di bumi cik siti wan kembang ini berlaku minggu itu. saya tinggalkan di tegami ini sebagai ingatan untuk saya kenangi nanti.

" Darilah Tumpat ke Kota Baharu,
niat di hati nak beli udang,
sungguh menarik tari melayu,
seni asli indah dipandang"

khamis, diundang mengadakan ceramah dan pameran di Sekolah Menengah Cabang Empat, Tumpat. kali pertama menuju Tumpat melalui Repek. tidak banyak kelainan sebagaimana di Lati. di kiri dan kanan, sawah padi sedang riuh dikerjakan pemiliknya dengan bantuan jentera. hijau. damai terasa. sesampai di daerah tumpat, perubahan senibina beransur-ansur membawa kita ke seperti berada di negara gajah putih. selang beberapa keping tanah pastinya terjumpakan watt (tokong buddha). menurut pemandu, kawasan Tumpat adalah kawasan pertempatan orang siam. kalau pernah terdengar patung budha berbaring terbesar, maka ditumpat inilah tempatnya. malahan bukan hanya berbaring, yang tegak berdiri juga boleh dilihat dari jalan raya ini. ( akan saya upload gambarnya kemudian. gomen kudasai). menurut pemandu lagi, hampir semua patung-patung ini telah disambar petir.

sabtu, kali pertama mengendali pelajar menjalankan aktiviti khidmat masyarakat bersempena minggu silaturrahim (minggu orientasi). kami menjalankan gotong-royong membersihkan Masjid Makmur, Lati. Mengecat, menambak lecak, memotong rumput, membersihkan ruang sembahyang dan memasak untuk jemaah masjid. Menu yang kami sediakan adalah gulai ayam kawah (kari ayam), sayur kobis dan sambal lada (macam sambal belacan, tapi tiada belacan). saya didiberi tugas yang special. dah lama pun tidak rewang( gotong-royong) begini...........


-bersedia untuk 'memancung' leher ayam. ;)

p/s: hajime ( kali pertama)

Tuesday, June 24, 2008

onegaishimas

serasa peluh dingin memercik di dahi,
saya rasa dengan tangan, tiada pun yang membasahi dahi.
saya tak dapat tumpu perhatian dalam mesyuarat,
serasa semuanya tidak kena.
hendaknya diperkenankanlah cuti saya nanti oleh souchou (pengarah).
tiket sudah ditempah dan tidak boleh pula berubah waktu...

buchou, onegaishimas!!!
saya perlu bantuan buchou untuk meyakinkan souchou!
Onegaishimas!

p/s: kitto daijoubu

Monday, June 23, 2008

buchou

buchou datang ketika saya sedang 'lepak2' dengan yang lain. maklumlah dah habis waktu kerja.

"wah! wah! gembiranyaaa..." hahaha macam tu dia menyapa. buchou saya nih sempoi je. tapi jangan buat hal dah la, memang dia tak marah cuma kata-katanya sudah cukup menghiris-hiris ulu hati dan gegendang telinga kami. dah itu cara dia...

"dengan bangganya, saya dah submit nama kamu, awak (saya la tu), g and heri, pegi course seminggu" macam best je tu..

" kat mana boss?' cepat jek heri tanya

" kat Genting, ha kalau nak cuba2 jadi kaya boleh la, minyak kan mahal dah sekarang nih" bukan macam dah ni, ni memang best nih...hehehheeh ( saya gelak dalam hati). semua orang yang ada di working station saya ni gelak gembira. tempat best kan..

" bila?" nasib baik ingat nak tanya, gembira sangat mengenangkan tempatnya. macamlah course tu buat di Australia ke new Zealand ke..

" ogos!" aiseh!....cepat2 saya angkat tangan (macam budak sekolah pulak!)

" bos, saya tak boleh!" itu suara saya. dah tentu-tentu saya dah kata padanya yang saya nak kembara lagi.

" saya pun bos" itu suara g.

"apsal pulak?"

"eh kan saya kata saya nak cutiii......"

" saya ada trip pg bangkok kannn...., kan dah inform hari tu" g tak puas hati

" ahhh...tak peduli, kena pegi jugak. saya dah hantar nama awak semua..."

" ala...bosss!" saya cuba pujuk lagi..

" saya tak pernah cuti lagi tau! dengki la nih!" ayat mengukuhkan penolakkan saya.

" ah.. tak de, takde..kata nak cuti julai...takde takde..." begitu kata buchou saya bergerak pergi
sambil ketawa dengki, yang bunyinya macam ketawa geng jahat dalam cerita otromen tu...

" hampeh punya boss!" kebengangan yang amat nyata saya rasakan saat itu. g pun sama, cuma heri yang nyatanya gembira.

p/s: warate warate warateeeee (smile, smile, smileeeee)

" bosss...nak tanya pasal course kat genting tu...." dengar saja kata-kata saya dia buat gelak yang macam semalam tu....hah! hah! hah!....begitu bunyi dia. saya dah nampak dia kecikkkk je...

" kih..kih..kih..." dia gelak lagi, versi lain pulak..

"tak lah...saya tak email lagi nama u" cheh buat suspen jek buchou aku nih!

p/s: buchou ( ketua jabatan/fakulti)

Sunday, June 22, 2008

sepi

tatkala hati dimamah sepi
melonjak kangen menerawang jiwa
disegenap sudutnya mengingatmu
moga cahaya bintang yang bekerdip
pada malamku di sini
sama hangatnya dengan mentarimu di sana
memancarkan bahang perasaan ini


p/s: aitaina!(wanna see you)

Thursday, June 19, 2008

reaksi

ketika saya di penang, saya mendapat panggilan dari kenalan baru.
lama juga kami tidak berbual sejak pertama kali dia menghubungi saya.
Gomen neh, saya terlupa siapa awak...
pada saya, suaranya sama dengan milik rakan saya, cumanya selepas dia berkeluarga dan menguruskan firmanya dan saya juga sibuk dengan rutin harian, jadinya kami sudah lama tidak saling menghubungi.
betul tak papa mimi?
Jadi saya mengandaikan papa mimi yang menghubungi saya itu.
tapi saya salah.

kesal
saya tidak menyimpan nombor hp dia...hontto ni gomen nasai!
jadi saya tak dapat meneka siapa dia.
kesal

seingat saya entah berapa kali sudah saya suarakan kata maaf,
maaf ya sekali lagi!
sudah disimpan nombor taliannya di dalam hp saya yang tidak berkamera itu
dan dia sangat sibuk sekarang menguruskan tugasannya.
saya tahu dia sangat sibuk kerana esemes saya tiada balasan.
atau , entah...saya tak mahu berbarangkali mengapa dia tidak membalasnya.
saya yakin dia sibuk.
sangattt sangat sibuk.

saya teringat salah satu pertanyaannya:

" macamana kalau tiba-tiba sekarang ni, ada orang ketuk pintu dan saya orang yang ada depan pintu awak?"

" saya jawap je la salam awk" kalau tak silap itu jawapan saya.

tapi barangkali dia tak puas hati dengan jawapan saya berdasarkan intonasi suaranya di hujung talian.

" then?" dan soalan lagi, dan lagi soalan...hurm..bepeluh jugak nak menjawap tu. hahaha. dia pun ketawakan saya terkocoh2 memberi jawapan.

saya beri jawapan dan jawapan, tapi masih tak dapat memenuhi kehendaknya, barangkali.
Last-last saya katakan yang saya tak tahu apa reaksi yang perlu saya tunjukkan kalau itu berlaku kerana saya tidak ada pengalaman begitu.

Agaknya apa reaksi yang perlu saya tunjukkan kalau dia atau sesiapa yang sedang bercakap dengan saya ditalian dan betul2 muncul di hadapan pintu saya?


hasil kerja rakan yang berhijrah dari bergelar arkitek kepada jurugambar.
ada yang berminat boleh hubungi LensaSinggora

p/s: saya betul2 tak tau!

Tuesday, June 17, 2008

makeover

semester baru akan bermula hujung bulan ni. hampir semua tenaga pengajar sudah berkemas-kemas. Ada yang melakukan majoring makeover pada ruang kerja ( termasuk saya) sebagai motivasi pada diri sendiri ( ini pendapat saya). Yang bercuti sedang enak bercuti, yang berpindah ke lokasi baru sedang sibuk berpeluh mengemas. macam tulah keadaannya sejak 3 semester yang sudah-sudah semenjak wujudnya saya di sini.

saya juga sama: membuat makeover besar-besaran ( kalau boleh nak panggil debbie travis je rasanya...ha ha ha). Kemas punya kemas, saya terjumpa kad ini. sebenarnya ni kad raya tahun sudah! Gomen neh , pada sapa yang tak dapat balasan dari saya nun di JB tu ...wani, jimi, johny...kad ni terselit antara celahan nota-nota yang bertindih dalam rak saya tu.



sudah hampir 5-6 tahun saya tidak membeli kad, tak kisah lah kad hari raya ke, kad hari jadi ke, hari ibu atau kad-kad yang seumpamanya.... inilah masanya saya 'berkarya' ( bunyi macam artis la pulak ek) tapi walau se'simple' mana pun kad saya, saya puas jika orang yang menerimanya gembira. dan saya akan lebih cukup puas jika penerimanya menghargainya.

p/s: sonomama ( macam tu ler...)

Sunday, June 15, 2008

Haikei, Chichiue-sama



terkadang rindu yang terlalu memberat rasa
saat terkenang lelaki ini,
buat kolam mata pecah tebingnya
dan hadiah yang aku kirimkan
tiap waktu agar menjadi tanda kasih yang terhebat kau terima.

Haikei, Chichiue-sama,
jika hari ini katanya hari istimewa buat mu,
bukan bagiku,
untukku
hari yang dulu berlari bersamamu
biar jauh mana jaraknya kau dari ku
adalah yang terhebat aku rasakan.

Haikei, Chichiue-sama
nilai kesabaran mengalir dalam diri ini
adalah tanda darimu yang tak akan hilang
kesungguhan yang terpamer dulu
akan terus aku ikutkan.

Haikei, Chichiue-sama
salam hari yang memperingati jasamu.
bukan cuma hari ini
tapi setiap hari nafasku beralun

Otosan!( Abah)
arigato ghuzaimas! ( Thank you so much!)


p/s: Haikei, Chichiue-sama ( dear, father)

Thursday, June 12, 2008

vista

sebenarnya, saya hendak sangat share vista yang terlihat dari bilik tempat saya menginap ini....cuma, gambarnya akan saya upload kemudian ye.
kenapa eh, saya nak share vista ini dengan yang lain...dari jendela ini, saya dapat lihat terbentangnya selat melaka yang terpisah dengan adanya tanah pulau ini...dan pandangan yang terus ini akan singgah pada jambatan yang menjadi kemegahan rakyat pulau mutiara ini. Susah betul untuk menggambarkannya dengan kata-kata.... tapi di depan rumah tamu inilah bukit tempat saya meluahkan perasaan rindu saya dulu pada seseorang, yang tidak pernah saya beritahu pada seorang pun rakan2 saya. Sendirian mengimbau kenangan membuat saya kembali terjejak rindu itu. Semoga orang yang pernah saya rindukan itu terus berjaya dan cemerlang dengan dunianya. Insya Allah.
p/s: buat kawan saya yang seorang baharu terjun ke dunia pendidikan di Lumut dan seorang lagi yang sedang menanti keputusan agar dapat kembali bergelar pelajar- gambatte kudasai!

Tuesday, June 10, 2008

penang

Salam buat semua..
Sudah masuk hari ke-3 saya di kampus ini. Nun diseberang jambatan. Di atas bukit ini...bukan tanjung puteri OK...saya di verandah cafe sekarang ini, selepas menjamu selera...apa lagi iwak leleh berlada. Saya disini sebagai mengawasi pelajar-pelajar saya ke 20th Architectural Workshop di sini. Kami tiba agak lewat, malahan menjadi delegasi terakhir yang sampai pun.
Turun dari bas...betul-betul di hadapan School of HBP ini terus saja hati saya tergelincir pada kenangan silam, saat nakal menjadi pelajar, saat studio menjadi dunia kehidupan, saatnya digelar Hantu Balik Pagi.... semuanya terkenang dan tergambar...sorang-sorang junior yang masih ada tertinggal di school yang terkenal dengan Ali Setan ini menyapa saya.... tak sangka masih glamer jugak saya walau sudah sebelah tangan lamanya meninggalkan school yang terkenal dikampus ini ( ini lebih kepada ayat perasan la nih...ehehehe....).
Berhadapan dengan hampir 400 pelajar dari disiplin yang sama tetapi dari uni dan kolej yang berbeza sudah cukup menggegarkan dataran yang kami panggil TEMPLE. dalam pada menguruskan pelajar saya( sebenarnya saya lebih kepada monitor saja, biarkan saja mereka melakukan sendiri!ehehe) beberapa bekas pelajar di kolej lama menyapa saya..rata-rata menyambung pengajian mereka di uni swasta ternama Lim Kok Wing Uni. Tak mengapalah, saya dapat lihat perubahan dan kematangan dari wajah dan atitude mereka. dan saya sebenarnya rasa bangga kerana mereka masih mengigati saya dan menegur saya.
semalam sewaktu opening ceremony barulah saya berpeluang bertemu mata dengan lecturers saya...masih macam dulu ( 5 tahun sekarang ini tidak banyak yang dapat diubah atau berubah barangkali) kerana mereka masih lagi sama seperti waktu hari terakhir saya meninggalkan mereka. En. Wan yang penuh falsafah, Pak Ku yang sangat-sangat kakkoiii dan sporting, Mr. Yeoh yang begitu detail bila mengkritik, Pn. Wan Mariah yang semakin anggun dan Dr. Majid yang hebat bersilat. Semua masih manis dan saya masih gembira kerana mereka masih ingatkan saya walau tidak pada nama, tapi gambaran wajah saya masih jelas diingatan katanya. Honto ni arigato ghuzaimas!
p/s: menyaksikan semuanya dari perspektif yang berbeza ini membuatkan saya berkata : Jadi student lagi best!

Wednesday, June 4, 2008

sengal

seminggu ni memang minggu kritikal.
siang malam menanda.
macam stress..
macam nak demam pun ada.
di office marking drawing, di rumah menanda theory.
dalam pada sibuk-sibuk ni pulak, macam-macam meeting kena attend.
kot jadi komiti picisan tak pe jugak, ini diberi jawatan yang perlu banyak buat kerja hu..hu..hu..

semalam adalah kemuncak kesengalan saya, bila pergi ke pejabat dengan kasut yang berlainan.
Warna merah dikaki kanan dan warna hitam dikaki kiri...bakarashee neh! (how silly!)




















Balik ke rumah, saya hampir2 ditimpa ARASHI saya...
itulah bila ke'sengal'an melanda.
tapi Alhamdulilah,
masih berjaya saya atasi insiden ini dengan selambanya.
selesai solat Asar, saya duduk diam-diam menikmati kopi kampung yang sebenar...
cuba melupakan semua tugasan yang dibahu....
Terima kasih pada dia yang memberikan 'coffe maker' pada saya...
Saya ingat lagi pesannya dulu..

" jangan ambik caffein banyak-banyak !"

macam mana tu?
pesannya begitu, tapi dihadiahkan saya pembuat kopi!


p/s: buat dia yang semalam terdetik untuk berhenti dari perjuangannya....
zetaiii akira menai neh s**-kun! ( never give up!)