Thursday, May 29, 2008

akamerahred

bilik pensyarah 1 ala-ala baru dilanggar garuda. senyap. ramai yang ke dewan membuat persiapan terakhir untuk majlis konvokesyen pertama kolej kami. ada yang masih tekun menanda kertas peperiksaan.....dari sini, sayup2 terdengar bunyi gamelan yang diimport dari Pekan, Pahang bukannya Pekan Nenas ( err...kg saya tu....) err..kalau ghazal atau zapin mungkinlah! ghazal pak ngah balik kesukaan saya.... suki des! ( suka!)

lewat entri yang lepas, saya ada bercerita tentang rumah sewa baru, sofa merah saya dan ada yang nak tengok rumah baru saya tu. sebenarnya malu nak tunjuk, takut dikata menunjuk pulak. tapi..tak pe lah, saya tunjuklah mana yang ada ya!

saya juga sedang 'mengusahakan' khat geometri DENGAN NAMA ALLAH untuk diletakkan di dinding, entah bilalah agaknya dapat disiapkan! tak pe ek, sikit-sikit lama-lama jadilah kan.



p/s: aka = merah = red
gomen neh ( maaf ya) ...gambar2 hasil 'petikan' saya mungkin tak menarik, itupun dengan bantuan PS

Tuesday, May 27, 2008

gangguan

seperti yang saya nyatakan dientri lepas, saya masih lagi dalam aktiviti marking. tapi perasaan nak menulis entri sangat-sangat mengelitik hati dan jari...eheeee..


semalam buku Gangguan Teksual yang diorder dari Rudy-san sampai..atau agaknya dah sampai lama, cuma saya yang terlupa nak check di ofis bawah. tak tunggu lama, saya buka sampul dan keluarkan blook pertama yang saya beli. harap-harap ini bukan yang pertama dan terakhirlahhh...selak sahaja cover GT ada memo kuning yang bertulis tulisan jepun....err..yang saya cuma dapat baca:

Asuhara *errr...
*eerrr errrr kudasai.
Rudy Bluehikari

itupun saya dapat membacanya dengan merangkak-rangkaknya dari buku-buku yang 'terpilih'....ehehehehehe...the rest cuma Rudy-san yang dapat memberi jawapannya...! onegaishimas! saya ini kata saja gila jepun, tapi membacanya masih merangkak tahap otromen dah kehilangan power ketika melawan rasaksa! rakan karib saya itu selalu sungguh menggesa saya mempelajari tulisan jepun, tapi....... ( kalau saya nyatakan nampak macam memberi 1000 alasan pulak!)

.......saya jawap telefon saya dulu......

Alhamdulillahh.... saya terima berita gembira...perjuangan saya di TPRG, masih belum selesai dan boleh diteruskan. Saya akan gambare habis-habisan semester depan Dr. Amran, untuk menamatkan perjuangan saya ini. biar perjuangan untuk diri saya ini mungkin kecil, namun doakanlah semangat saya tidak putus. minna...Onegaishimasssss !

tiba-tiba hilang semua yang nak saya ceritakan di entri ini dek kerana berita gembira tadi.
nantilah saya tulis lagi!

p/s: *err..errr..( wakarimasen/ saya tak tau)

Sunday, May 25, 2008

baru

banyak benda baru yang nak saya ceritakan di surat saya ini, tentang balang kaca yang dah berisi, tentang ruang tamu yang dah agak berseri, tentang skuter saya yg saya namakan arashi (storm/ribut), tentang kawan-kawan yang berjaya bertukar dengan senang hati dan tentang hujan yang sudah rajin diturunkan Pencipta di bumi ini. Alhamdulillah

sebahagian ARASHI saya [ *versi edit]

tapi... gomen neh ( maaf ya) saya masih ditimbuni kertas-kertas jawapan pelajar yang perlu diteliti.

nantilah ya!

p/s: matta neh! (c u again!)

Wednesday, May 21, 2008

mochiron

1
saya dah pindah rumah. walaupun masih belum 'kerasan' tapi pernah juga tertidur lena terus-terusan walau bunyi handphone menjerit-jerit di bawah bantal. ehee...( err..sebab hujan tuu....)

2
semalam 2 kertas teori saya telah selamat dijawap pelajar dengan selamatttnya. Saya belum terima kertas jawapan dari Unit Peperiksaan....saya berkira-kira...

soalan objektif+jawapan ringkas+3 soalan essei x 60++= berpinar bijik mata...
+
2 sets of drawings ( 1 st project = 5 kpg + 2nd project + 4 kpg = 9 kpg) x 37...fuh..


nak menanda juga perlu jaga emosi, supaya tenang dan lancar prosesnya nanti.


3banyak yang perlu disediakan untuk menghadiri acara ini, pelajar di sini bukan seperti kita waktu di uni, boleh dilepaskan dan dipercayai untuk menguruskan sesuatu acara. pelajar di kolej ini perlu dibimbing, tapi saya sengaja melepaskan sedikit demi sedikit dan memberi kepercayaan pada mereka untuk memikirkan dan melakukannya sesama-sama mereka. semoga usaha saya boleh mengubah perspektif pelajar-pelajar saya, sama ada pada titik lenyapnya atau pada projectionnya. perubahan kedua-duanya atau hanya 1 diantaranya pun pasti mengubah dimensi pemikiran warga kolej ini. Insya Allah....yang positif lah!

4
masalah kad kredit saya yg digunakan oleh pencopet di dalam surau 2 tahun dulu telah berjaya saya selesaikan ( hampir selesai sebenarnya). kerana sidurjana itulah, hidup saya tak keruan. tapi saya sudah maafkan dia, saya yakin pembalasan Tuhan lebih bererti. dan saya yakin tenang itu hadiahNya buat saya.

5
atas kesilapan saya sendiri membilang hari, saya terlepas peluang yang memang saya sia-siakan di hadapan mata saya . saya berjanji tak akan mengulanginya. namun saya tetap percaya ilmu yang telah saya perolehi sebelum ini telah membuat saya lebih gembira, walau watikah sarjana tidak menjadi nyata. dan mungkin jika tidak kerana ilmu itu, saya tidak yakin mengembara negeri asing. Terima kasih TPRG!


p/s: mochiron ( of course!)

Thursday, May 15, 2008

pra

hari ni adalah masanya..

- pra-perpindahan ke rumah baru

tadi malam, letih mengemas.... pada mata kasar, barang-barang milik saya cumalah beberapa kotak, yang boleh dimuatkan dalam 1 kereta.... rupa-rupanya..perlukan sebuah van! eheh!

sepatutnya mengikut perancangan esoklah hari perpindahan saya, tapi disaat-saat mata menatap jadual kerja mengawasi peperiksaan, terselit nama saya diantara senarai yang terdapat pada kertas A3 itu...

16 mei 2008- 8.30-10.30 pagi - K20 : DTV4012 project management : Mr. Yusri , Miss Asuhara*

malas mencetuskan isu, saya putuskan untuk mengangkat barang terlebih dahulu. esok, selesai tugas sebagai pegawas peperiksaan, saya akan mulakan aktiviti membersih... mujurlah rumah sewa saya itu hanya perlu kerja-kerja pembersihan ringan seperti mengemop lantai dan mengilatkan cermin sahaja!

p/s: yoshhhhhhhhh!

Wednesday, May 14, 2008

hitam

barangkali kerana baju yang saya pakai hari ini hitam, makanya semua kerja tak menjadi. Perasaan rasa tidak senang dan tenang membuatkan kerja yang dilakukan tidak menghampiri sasaran. tapi mungkin itu cuma alasan.

agaknya sebab baju kurung berwarna hitam dan berbunga merah bercampur kelabu ini yang membuatkan saya nampak sugul. hampir semua pelajar yang datang menjengah mendapat komen-komen dan hujahan yang tidak berjaya mereka sangkal. tapi yang datang berjumpa hari ini lagak bagai menyerah untuk ditembak. masih salah baju saya yang berwarna hitam inikah?

atau agaknya sebab selendang yang saya pakai hari ini terbalik, itupun ketika berbincang dengan seorang kawan yang terpandang..dan menyapa... ( kata orang dulu-dulu nak dapat duit! ehehheh).

andai benar keadaan suram ini kerana baju kurung berwarna hitam ini, sifat negatif warna inilah yang tersebar pada hidup saya seharian ini, sedangkan saya memilih warna ini kerana mahukan sifat elegan yang ada padanya.

eh...saya pun sudah jadi seperti bangau, menyalahkan sesuatu kerana sesuatu.

p/s: blues minggu exam.....

Tuesday, May 13, 2008

paku

bagaimana dapat mendirikan 11 paku di atas sebatang paku?
tanpa ada sentuhan dengan tapak?
sekali pandang, memanglah macam susah....

kata kunci yang boleh digunakan : sikat, bersilang, kunci.

inilah aktiviti yang paling saya suka ketika menjalani kursus team building selama dua hari di ibu negeri.

p/s: selamat mencuba!

Wednesday, May 7, 2008

percayalah...

saya suka lelaki ini.
saya percaya ramai lagi yang juga suka lelaki ini.

hampir semua lagunya saya gemari, malah banyak yang berbekas di hati.
tapi saya amat suka lelaki ini tatkala mengalunkan lagu ini...
menusuk sungguh ke dalam kalbu...

sabar menanti


p/s: dia memang lelaki ini! ;)

Tuesday, May 6, 2008

ohno

ohno dah mati. semalam saya datang dia dah timbul! selepas ditinggalkan bercuti ke kampung, dia terapung! sekarang balang kaca berisi batu-batu dan pokok'water popi' dah sunyi, tiada yang berenang-renang dengan tenang atau sesekali membuat formasi yang jarang terlihat.

ohno dah mati. walau dia cuma ikan bewarna biru bertompok jingga, dialah yang menyejukan hati yang terkadang panas, dialah yang membuat saya melukis senyuman tatkala ketegangan dan dia juga menjadi penyebab ramai yang terhenti di kabinet saya untuk memerhatikannya, tidak kiralah rakan sekerja atau pelajar. saya biarkan sahaja, sekurang-kurangnya, ohno juga dapat membuatkan orang lain tersenyum selain saya.

ohno dah mati. yang tinggal hanya balang dan 'water popi'.

p/s: ohno perlu diganti dengan ohno yang lain...ada sapa-sapa nak hadiahkan ohno ( atau nama lain) pada balang kaca saya?

Monday, May 5, 2008

dia

dia bekas pelajar saya di kolej terdahulu tempat saya bekerja. dia pantas dan teratur bicaranya. Jarang sekali menunjukan muka yang tidak manis pada saya mahupun tenaga pengajar lain. dia bukanlah pelajar yang konsisten, tapi dia bijak mengurus keadaan. Alhamdulilah, dia dapat menyambung pengajiannya ke satu lagi peringkat. biarpun bukan kehendak dirinya 100%, tetapi dengan minat pada bidang yang berkaitan dengan pengajian yang diambil dulu, dia relakan permintaan keluarganya.

malam tadi dia menghubungi saya setelah saya menghantarkan pesanan ringkas bertanyakan tentang peperiksaannya. Awal-awal dialog dia sudah mengeluh. mengeluh bukan kerana beban tugasannya (kerana katanya tugasan yang saya beri dulu, lagi berlebih-lebih!), tapi kerana sikap pensyarahnya yang suka menggunakan kata-kata yang tidak elok, menyebut-nyebut nama haiwan yang menjadi berita hangat di selangor bulan sudah, perkataan-perkataan yang ada pada kamus 'dewan bahasa dan puaka' dan benda-benda yang tidak elok didengar. Katanya lagi, pensyarahnya itu, jika memungkiri janji sehingga ke tahap 'gaban' ( katanya). Dalam jadual kelas jam 2.00 petang, menghantar mesej ditunda ke jam 4.00 petang pada pukul 2.00 (jam yang sepatutnya kelas dimulakan) namun muncul pada saat-saat jarum jam lurus menunjukkan angka 6 dan 12.

saya cuma minta dia bertahan dan bersabar selagi mampu, kerana katanya hatinya sudah tidak ada lagi di institusi itu dek kerana sikap pensyarah itu. keluhannya membuatkan saya termenung, termenung dan merenung diri saya, adakah saya juga mungkin pernah begitu.

Namun sudah jadi amalan keluarga saya, sedari kecil, andai perkataan yang tidak indah keluar dari mulut, padahlah jawapannya. Emak memang tegas, sementelah sendirian menjaga kami 3 beradik kerana arwah abah bekerja di Singapura. Tapi sikap emak itulah yang membuatkan kami adik-beradik berhati-hati apabila mengeluarkan kata-kata. Terimakasih mak!

Kembali kepada cerita anak muda yang mula mengenal dunia ini, dia sudah menyuarakan hasrat untuk berhenti sebagaimana 10 orang teman sekuliahnya yang lain, akibat sikap pensyarah itu. Saya berpesan, andai itu jalan yang terbaik untuk dia membina kehidupan gemilangnya, saya doakan dia berjaya selagi jalan yang dipilih tidak dassen ( tergelincir) dari landasan.

p/s: Ganbatte miru yo yarerudake ,Ganbatte mite yo sukoshi dake (I'll try to do my best as much as I can. ( i want u too) try to do your best a little more.)