Thursday, March 27, 2008

Pertama

Sejajar dengan sambutan ulang tahun Sultan negeri ini, saya juga akan menyambut ulang tahun pertama saya menjejakkan kaki ke tanah yang berpasirkan emas ini dipenghujung bulan nanti.

Diam tak diam, pejam celik-pejam celik dah setahun saya di sini meninggalkan mak di selatan di tanah kelahiran saya dan bersendirian di sini. Menyorot semula ingatan sewaktu mula-mula sampai di tanah ini, yang bulannya sentiasa mengambang 24/7, 365 hari sepanjang siang dan malamnya ramai yang tidak percaya dengan tindakan saya.

"Hah? kau biar betul beb, nak pegi tempat jin bertendang tu?" sadiskan bunyi soalan teman karib saya itu? Biarlah dia , hampir sepanjang hidupnya dia berada di bandar metropolitan. Saya cuma sengih je.

"Isk...jauh tuuuu..."

" La...tak de tempat lain ke?" dan macam-macam lagi lah kata-kata yang saya telan dengan senyuman.

Selain saya yang nekad untuk mencari pengalaman hidup, sementelah saya masih belum terikat dengan ikatan yang perlukan perbincangan untuk mendapatkan kata putus, maka saya terima ini semua sebagai cabaran untuk diri saya sendiri. Saya pasti, keluarga saya, terutama mak akan terus menyokong saya.

Maka pada tahun lepas pada 29hb bulan ini, saya yang tidak pernah menjejakkan kaki ke negeri ini, tiba di stesyen keretapi lebih kurang pukul 10.00 pagi buat pertama kalinya. Ketika itu, stesyen ini sedang dalam pembinaan menaik taraf bangunannya dan sekarang hampir 90% telah pun siap.

Minggu pertama di sini, selera saya agak sedikit terganggu dengan kehadiran rasa manis pada hampir semua makanan. Tapi Alhamdulilah, kerana saya yang bak kata Aziz Sattar dalam cerita Seniman Bujang Lapok ;

" Aku ni Din ( S.Shamsuddin aka sudin), jangankan kayu, batu pun aku telan!)"

Minggu-minggu seterusnya perut saya ini telah dapat menyesuaikan rutinnya dengan masakkan disini:)! maka bermulalah eksperimen-eksperimen merasa makanan yang pelik-pelik bunyinya seperti Akok, lompat tikam, kerabu kaki ayam, tuak (nira) dan macam-macam lagi lah.

Pengalaman pertama menghadapi musim bajir juga saya sudah alami, sehingga kolej ditutup selama 2 hari, nasib baik ketika itu cuti semester pelajar sudah bermula.

Perjalanan ke pejabat lebih menenangkan berbanding ketika di bandaraya di tepi Selat Tebrau dulu. Kalau sebelum ini, udara pagi yang macam segar itu sebenarnya penuh dengan habuk-habuk yang kadang-kala sehingga mengganggu pandangan dan menyesakkan nafas, kini perjalanan saya dihamparkan dengan sawah padi yang menghijau dan udara yang betul-betul menyegarkan!

Walaupun perjalanan untuk pulang ke kampung setiap bulan (sebagaimana yang telah dijanjikan dengan abang dulu) amat memenatkan, tapi apa yang paling saya suka dan tidak ternilaikan adalah ijab dan kabul dalam setiap urusniaga walau pun dengan hanya perkatan - " Jua deh (Jual ya)!" dan kita membalasnya dengan kata-kata seringkas anggukan sahaja pun sudah cukup. Terlihatnya kesopanan budaya Melayu yang sudah jarang-jarang saya terima ketika berurusniaga dengan orang luar dari negeri tempat saya berada sekarang.

p/s: doakan saya terus berjaya ya! Yoroshiku Onegaishimasss

Tuesday, March 25, 2008

Bengkel

Saya diberi tugas sepenuhnya oleh Ketua Fakulti untuk menyelaras delegasi kolej kami ke 20th Architectural Workshop yang akan diadakan di tempat saya mendaki puncak mencipta sejarah diri saya(ini tidak ada kena mengena dengan AF!).

Sebenarnya Workshop ini betul-betul sebati dengan kematangan diri saya. Tahun pertama mengaji di lokasi penggambaran Ali Setan ini, kampus itu telah menjadi lokasi workshop yang mengembara tema 1, 2, 3...universe. Ketika ini satu deklarasi senibna telah ditandatangani oleh semua wakil delegasi. Deklarasi yang dinamakan Deklarasi Pulau Pinang yang telah kami alunkan menjadi lagu dan berbunyi:

Kami pelajar2 senibina seMalaysia sebagai warga komuniti arkitektur dunia, penuh hemah dan kesedaran, dengan ini menyatakan:

1. bahawa arkitektur adalah milik manusia dan kami mencipta untuk kesejahteraan mereka seluruhnya;

2. bahawa bumi adalah tapak yang diamanahkan kepada kami menempatkan hasil kami untuk diwarisi generasi akan datang;

3. bahawa alam adalah sumber peraturan yang sentiasa kami halusi untuk mencapai kesinambungan dan keseimbangan ciptaan kami;

4. bahawa ilmu adalah alat utama dalam segala bentuk penghasilan ini;

5. demi Pengatur sekelian Alam, ciptaan kami hanyalah untukNya;

6. Dirgahayu arkitekturku.


Kemudiannya pada tahun akhir pengajian saya, selepas habis tesis dipersembahkan, kami bertungkus-lumus pula untuk menjayakan workshop terakhir kami sebagai pelajar. Ironinya, ia diadakan di kampus kami juga, yang berbukit-bukau bentuk muka buminya.

5 tahun pengalaman melombong ilmu di situ amat sangat saya hargai. Andai ia sebuah elemen yang boleh dilihat, dipegang dan dirasai, pastinya jika berlaku bencana, ia adalah antara barang yang akan saya selamatkan! Tahun akhir pengajian kami gerakkan workshop yang bertema Convergence yang penuh dengan aksi mendebarkan seperti Con-Dome, Conviction dan macam-macam con lagi lah!

Kali ini saya datang lagi untuk membiarkan pelajar saya pula merasai apa yang pernah saya rasai ( itupun kalau paperwork diluluskan Boss! -_*)

Gambare!

Wednesday, March 19, 2008

Gila

saya dah gila sekarang...

bukan gila yang kena dapatkan rawatan di Hospital Permai atau Tanjung Rambutan, tapi gila yang boleh memercikkan peluh di dahi saya sendiri. Saya sudah mula (nasib baik baru bermula) membeli-belah ditalian (online shopping). Bermula dengan membeli beg sandang, kemudiannya buku, dan buku lagi dan yang hampir dibeli adalah pakaian. Iklan pakaian ini akan terpacul (pop-up) di monitor bilamana blog Rudy-san dibuka.
Maka saya yang gilakan barangan Jepun tanpa lengah melakukan survey!

Agak parah juga kerana sudah hampir cukup sebelah tangan barangan yang menjadi pilihan! cuma tinggal ditekan 1 lagi kotak untuk menjadikan barang-barang yang ada dalam monitor itu berada betul-betul di atas meja saya ini!di depan mata saya ini!

taskete kudasai!

p/s: salah satu buku yang telah saya T E R B E L I !
-FREE STYLE by SATOSHI OHNO



Sunday, March 16, 2008

b.u.n.u.h

"Apa khabar dia? dia dah telefon kau?" tanya kawan dia pada saya
"Baik kot, dah" pendek. Tapi intonasi yang saya berikan sudah cukup untuk menggambarkan ketidaksukaan saya bercerita tentang dia.Tapi dia buat-buat tak faham..
"Dia ada email kau?" saya diam.
"Berapa lama dia kat UK?" pun saya diam, kawan sendiri pun tak tau ke? hati saya menggumam.
"Hello! hello..hello.. kau dengar tak?"
"Dengar lah..tak payah nak jerit-jerit"
"Dah tu, apsal kau tak jawap?"
"Aku dah BUNUH dia!"
"HAH!" terperanjat sungguh suara dia
"Aku dah BUNUH dia dari hati aku, jadi janganlah kau tanya lagi tentang dia, titik!"

Aku mengemas bilik untuk redakan kemarahan...
Dan ia reda menjelang ZOHOR
ALHAMDULILLAH

Wednesday, March 12, 2008

sms

Tiba-tiba saya teringat sms kawan karib saya semalam

beb,aku ingat, bulan 5 ni kita dah kena start plan apa-apa yang patut

itu yang tertulis pada skrin comel hp saya ( yang selalu saya sembunyikan kerana skrin hp pelajar saya lebih hebat!). Saya mengangguk seolah-olah hp saya punya kamera yang boleh menunjukan jawapan saya ke sana. Memang pun, perancangan untuk pergi bercuti sudah hampir sampai ke tarikh yang dipersetujui bersama. Walaupun masih ada 4 bulan lagi menghadapi musim panas di negara yang Insya Allah akan kami lawati lagi, tetapi masa yang berlalu terasa begitu cepat berlari.. umpamanya larian 100m bukan seperti larian maraton yang hanya memerlukan pecutan dimasa-masa terakhir.

Asal perancangan kami sebenarnya adalah mengikut kemahuan saya untuk menelusuri Korea, tapi entah macamana setelah menonton drama bersiri Ushi Ni Negai Wo (Love & Farm) dan Yashashii Jikan (Affectionate Time) yang membuat penggambaran di Hokkaido, kami terus sahaja mengubah perancangan. Padahal tentetif meninggalkan jejak ke Korea telah kami siapkan. hanya tinggal RM dan Visa sahaja!

Oleh kerana sekarang telah berubah perancangannya, maka tentatif perjalanan baru perlu di rancang sebaiknya. Banyak yang perlu diterokai sebelum bumi Hokkaido kami singgahi. Takut-takut peristiwa di Kansai 2 tahun lepas berulang. Oleh kerana mahu jimatkan kos, kami memilih untuk menaiki densha daripada membeli tiket shikansen untuk ke Kansai Airport hanya kerana maklumat yang diperolehi dari internet menyatakan hanya perbezaan masa 30minit diantara keduanya, padahal perbezaannya adalah 1jam30 minit + 15minit berhenti kerana pertukaran kapitan densha (atau mungkin kami yang tersilap baca!). makanya kami terdampar di Kansai sehingga jam 1.00pagi ( tiket asal 11.oo pagi) untuk menaiki kapal yang menerbangkan kami dan terpaksalah menambah cuti 1 hari lagi.

Perjalanan kali ini hanya mengambil masa 2 minggu berbanding perjalanan lepas iaitu 3minggu dengan 2 destinasi major iaitu Tokyo dan Hokkaido.Insya Allah.

Salah satu tempat yang telah menerima kesan jejak bertapak kaki saya! HIDA NO SATO, TAKAYAMA





p/s: kalau ada cadangan tempat menarik di Hokkaido, panjang-panjangkanlah usul ya! ;)

Tuesday, March 11, 2008

Hujan

Bumi tempat saya bermastautin kembali basah..
Walau mengikut kata kawan-kawan ini bukanlah petanda musim air melimpah ruah kembali mendatang. Cuma kebiasaan yang biasa.

Saya cuma mengiakan dan menetapkan dalam hati, yang turun itu rahmat dari-Nya.

p/s: payung sentiasa dalam beg walau tak hujan!

Monday, March 10, 2008

pangkin


Keadaan di sini terasa panasnya... kata orang sini panah keting!.
Bila malam, selimut sudah tidak diperlukan lagi.
Namun bila pagi, kabus putih penuh melitupi kawasan padi yang terbentang.

Teringat pula pada pangkin yang saya usahakan dengan 2 lagi adik saya di kampung setahun yang lepas. Kami letak dibawah pokok salam ( mak kata daunnya penambah perisa masakan jawa, tapi kalau mak yang masak semuanya sedap je). Biasanya petang-petang kami duduk-duduk sambil bercerita....nyamannya rasaaa....
Terasa nak balik sekarang juga!

kek coklat

Ini bukan cerita basi pasal sajak natasha hudson...
atau kek coklat yang berjaya membuang amarah saya...
tapi pasal cemburukan kek coklat seseorang maka, bersempena cuti yang diambil terus menerus sehingga hari mengundi telah membuatkan saya menghasilkan sesuatu...pada salah satu hari cuti itu...

dan inilah hasilnya!



p/s: oishiiiiii (masuk bakul angkat sendiri! eheh)

Sunday, March 9, 2008

9 March

Hari ni, semua yang menjadi teka-teki telah terjawap..
Keputusan telah diumumkan..
Pada hari ini, 9 March


9 March adalah antara yang terdapat dalam koleksi lagu kegemaran saya.
Yang menjadi 'soundtrack' (maaf, saya tak gembira menggunakan perkataan melayunya. Gomen nasai) drama 1 litre of tears. Bukan sekadar drama biasa, tapi berjaya membantu saya menambahkan kekuatan pada diri sendiri dan perasaan ingin berbakti walaupun kadang-kadang terasa seperti tiada kekuatan!

p/s: lirik dan terjemahannya akan saya upload kemudian!

Ja' matta neh
Wasalam

Tuesday, March 4, 2008

periksa

Yattaa....
Saya di JB sekarang..
exam dah lepas, tak tahu lulus ke tidak
kalau tidak kenalah ambil sekali lagi..

Lama sangat-sangat tak exam,
otak pun macam dah berkarat..
ehehehehee...

Cuti seminggu ni apa nak buat ehh?
Hajat hati nak menyiapkan tesis....
huhuuhuhuuhuu...

Ja' matta ne!